Tengahari tadi semasa dalam perjalanan balik dari kampung, aku dan famili singgah di warung mee udang banjir Kuala Selangor. Semasa kami lalu di situ semalam emak Adam dah sebut2. Tadi sebelum sampai depan warung tu dia sebut2 lagi. Masa aku tanya samada nak singgah ke tidak, dia diam aje.
Atikah kata, "Singgah aje ayah. Emak nak lah tu."
Kan aku pernah buat n3 tentang org perempuan ni tak suka cakap direct. Nasib baik Atikah tak tergolong dalam kategori tersebut. Budak2 perempuan skrg berbeza dgn generasi sebelum mereka kot.
Bila sampai di warung tersebut, aku lihat ramai org. Nasib baik ada meja yg masih kosong. Aku dan emak Adam order mee udang banjir. Atikah nasi goreng udang manakala Haizam dan Haikal order char kueh teow. Kalau nak tengok gambar mee udang bolehlah ke fb aku. Dalam gambar memang mengancam tapi hakikatnya biasa2 aje rasa mee udang tu.
Masa kami makan tu pelanggan tak henti2 datang. Semuanya datang dgn keluarga masing2. Ada yg anak 4 org w/p pasangan suami isteri tu kelihatan masih agak muda. Ini mesti Jawa sebab anak ramai!
Tak lama lepas tu datang lagi satu keluarga. Kali ini anak 6 orang. Dari muka, aku agak mesti Jawa. (Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya seperti Tg Karang memang sarang org Jawa). Anak mereka yg sulung mungkin dalam darjah 2-3. Yang kecil baru setahun lebih. Ini bermakna, masih ada peluang utk mereka menambah anak.
Betullah kata Abon, "Kalau tak 10 org anak, tak konfom Jawanya."
Oklah. Aku nak ke London ni nak hantar Afifah. Petang ni kami nak makan ikan bakar di Melaka pula.
semalam lalu jugak..tapi masa tu perut kenyang sangat tak singgah la..tengok aje..sambil lalu kedai tu..
ReplyDeleteAcik Erna,
ReplyDeleteSemalam lalu situ pukul berapa? Kami lalu situ dalam pukul 1 tghari. Kalau tak, bolehlah jumpa.
Kalau dah kenyang semua tak sedap ... huhuhu
ptg2 ni mkn london swill roll pun sodap! hehe
ReplyDeleteSaya ke Sg Besar dulu, tak merasa Mee Udang Banjir tuh. Kedai tu tak buka masa tu.
ReplyDeleteHehehehe konpom Jawa?
Saya ada 6 orang anak. Tak tau ler nyambil-nyambil atau gurau-gurau. Tapi kami tak Jawa.
Yang pasti, bahagia!
sebab saya dan wife bukan jawa, so max yg kami boleh ada ialah 3. hehehehe..
ReplyDeleteYB dah try mee udang kuala sepetang?
My parents jawa original tp anak ada 2 je.
ReplyDeleteI think teori org jawa anak ramai ni non applicable to my fmily.hehehehhehe
Hamboii... Pergi London ke Lendu.. hehe..
ReplyDeleteSaya tak pnh makan lagi mee udang ni.. Dulu pnh baca kat entry sape tah pasal kedai mee udang yang agak kotor persekitarannya... Kalau tak silap kat sebuah kedai yg pemes kat belah utara nun..
adoi.. terliur plak walau xde gambar.. dh lama teringin nk makan mee udang yg real mee udang..
ReplyDeleteAde juge Jowo anak due!
ReplyDeletemakdara TERdiva,
ReplyDeleteptg2 bila lapar makan apapun sedap ... hehehe
azieazah,
ReplyDeleteKe Sg Besar tempat siapa tu azie? Kakak emak Adam duduk di sana.
Warung mee udang banjir ada 2 sepanjang jalan ke Sg Besar. Satu di Kuala Selangor (tempat kami makan semalam) dan satu di Sg Burung (yg keluar kat JJCM). Kenalah Azie pergi lagi nampaknya sebab belum dapat rasa.... hehehe
6 org tu saya rasa gurau2 aje. Kalau serius mahu tambah lagi ... hahaha
Org bukan Jawa pun ada yg terer bab2 anak ramai ni
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteYang ke3 tu tahun depan ke? Nak ada lebih dari 3 pun takde masalah kalau Allah nak bagi. Nanti bila anak2 dah besar 3 tu rasa sikit sangat. Percayalah cakap saya ni.
Kami belum try lagi mee udang Kuala Sepetang tu. Yang selalu kami makan mee udang Sg Dua. Dah berlori2 udang kat situ kami makan hehehe
syida,
ReplyDeleteyour parents tak menyambil2 agaknya ... hehehe. Kalau tak mesti meriah lagi dgn adik beradik yg ramai.
~ Cik Azz Abu Bakar ~,
ReplyDeletePergi Londang aka London kata org Melaka. Hantar Afifah balik ke Kolej Matrikulasi.
Kenalah cuba sekali rasa mee udang ni. Ada yg berkuah dan ada mee goreng taruh udang. Jgnlah pergi warung yg tak bersih atau banyak lalat tu. Warung yg di Kuala Selangor ni ok dari segi kebersihan.
marinahunny,
ReplyDeleteMaaflah malas nak upload gambar semalam sebab nak cepat ke Melaka. Ada 5 ekor udang di dalam setiap mangkuk mee udang tu.
Skrg ni dah banyak orang jual mee udang. Bolehlah cuba bila nampak gerai yg berkenan di hati.
PelangiPagi,
ReplyDeleteItu Jawa yg sibuk cari duit .... hehehe
jawa pun jawa la..janji rock..(ayat abon jugak)
ReplyDeleteKSWSK,
ReplyDeleteEmak bapak saya Jawa tapi saya org Kay Ell ....
Saya pernah makan Mee Udang Mak Jah je di Kuala Sepetang, mee udang Kuala Selangor tak pernah tak tahu pulak orang jawa pun ada buat mee udang, belum sempat nak tanya Yb dah cakap tak power so tak jadi lah nak makan kat situ.
ReplyDeletewak pon anak dah limo jugakkk..,, eeeeE wak dh dateng niiii nk komen komennnnn..........
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteKita kan 1Malaysia. Makanan org Melayu, org bangsa lain pun makan dan ada juga yg pandai buat. Begitu juga mee udang. Org Jawa dah ramai yg tahu buat. Selain di Kuala Selangor ada juga di Sg Burung, Tg Karang. Yang itu lebih power kata org yg dah pernah makan di situ termasuk Serina JJCM.
Saya belum sempat cuba yg itu dan juga yg Mak Jah punya. Satu hari nanti nak cuba jugak.
Wak Gelas,
ReplyDeletecukup ke wak lima sahaja? Org Jawa kalau boleh nak sedozen.... hehehe
Datanglah lagi wak. Saya suka komen2 wak.