Monday, December 19, 2011

Mengapa Aku Tak Jadi Pelakon Macam Aaron Aziz?

Pagi ni aku terbaca Aaron Aziz belikan isterinya 9 tas tangan jenama LV. Dia cakap kpd isterinya yang dia akan belikan sebuah beg tangan LV bagi setiap kontrak yg dia dapat pada tahun ini.

Jadi semasa mereka bercuti ke Amerika dan Hong Kong baru2 ini AA telah tanpa banyak bicara belikan sampai 9 buah beg tangan LV tu. Ini bermakna dia dapat 9 kontrak berlakon sepanjang tahun 2001 ini. Orang tengah lakulah katakan. Filem Ombak Rindu pun sedang meletup di pawagam. Sudah mengutip RM10 juta dan akan dilanjutkan seminggu lagi kerana sambutan luar biasa.

Aku ni nak belikan emak Adam sebuah beg LV pun belum tercapai lagi. Kalau nak harapkan 1 kontrak 1 beg LV bengkoklah aku. Kontrak yg aku dapat tahun ni banyak yg bayaran belum habis lagi w/p kerja dah siap. Dalam bidang pembinaan dan pembekalan barang ini biasalah pelanggan lambat bayar. Masa nak bagi kontrak dulu janji bukan main. Siap nak bagi Letter of Credit. Bila dah siap projek, hampeh.

Kalau fikir hal ini, aku rasa jadi pelakon lagi senang. Tapi bab2 aksi romantik dan romen2 tu yg aku tak tahan. Mana aku sanggup nak pegang2 anak dara atau isteri orang beb.

Nampaknya kenalah aku teruskan bergiat dalam bidang yg aku ceburi sekarang ni. Cuma nak kena pandai kutip hutang! Barulah emak Adam boleh pakai beg LV ... hehehe


26 comments:

  1. kalau YB jd pelakon... habis aa tak dpt cari makan hihihi!!

    ReplyDelete
  2. kena pandai kutip hutang:-)Bos saya pun macam YB, susah nak mintak hutang...sudahnya kami jelah buat tebal muka kutip on behalf.

    ReplyDelete
  3. kena tengok pada periuk nasi sendiri,besar periuknya,banyak lah keraknya..itu periuk zaman dulu,skrang periuk eletrik..hehehhe!
    syukur alhamdulillah dengan apa yang ada...

    ReplyDelete
  4. kdg tu nak tunggu hutang berbayo pun mau abis duit gaji. tu pun belum tentu dapat.

    nak LV? beli sendiri le jawabnya.

    tu pun macam la boleh beli. heheh!

    ReplyDelete
  5. kakngah,

    Itulah kan. Tak jadilah dia nak minta kewarganegaraan Malaysia. Duduk ajelah seberang tambak sana ... hehehe

    ReplyDelete
  6. shaliza,

    dah naik letih dgn satu dua org ni. Yang lain tu ok. Nak kena pakai khidmat jin agaknya ... hahaha

    Staf saya pun rajin tolong kejar. Nak raya hari tu dapatlah sebahagian hutang tu. Bolehlah buat bayar bonus masa tu.

    ReplyDelete
  7. kaklong,

    guna periuk karan pun kalau asyik dipanaskan nasi tu berkerak juga ... huhuhu

    ReplyDelete
  8. gadisBunga,

    Hutang sendiri masih manageable. Hutang syarikat ni yg pening kepala.

    GB kan ada sumber pendapatan lain spt dari rumah sewa tu. Oklah tu.

    Nanti kalau GB nak nikah, mintalah hantaran tu beg LV ... hehehe

    ReplyDelete
  9. mak adam bg ka YB jadi pelakon?? hahaha

    ReplyDelete
  10. -GC-,

    Kalau saya jadi pelakon Tanah Kubur mungkin boleh kot .... hahaha

    ReplyDelete
  11. kalaulah YB jadi pelakon
    *sedang membayangkan sambil angkat kening (,")*

    ReplyDelete
  12. Eja,

    Apa yang Eja bayangkan tu? Tak mestilah saya mcm AA tu. Macam Jalaludin Hassan pun ok jugak ... hehehe

    ReplyDelete
  13. ko boleh jadi macam pelakon watak pak imam ke - boleh aku juga aku rasa beli bag LV

    ReplyDelete
  14. sonata,

    Setakat watak pak Imam takde masalah rasanya. Watak YB pun boleh .... hehehe

    Nak rasa beg LV kenalah awak ayat Pak Sheikh. Cakap kat dia birthday tahun depan bagi hadiah beg LV lah mcm Datuk K ....

    ReplyDelete
  15. kakakakka...saya suka ayat YB yg ni " Tapi bab2 aksi romantik dan romen2 tu yg aku tak tahan. Mana aku sanggup nak pegang2 anak dara atau isteri orang beb."


    Tapi kan YB, nama Yunus Badawi ni sendiri catchy tau kalau jadi pelakon/penyanyi...serius cakap ni

    ReplyDelete
  16. hahha..macam Aaron Aziz yang tak tahan tu, sebab tengah dok cari titik persamaan muka Aaron Aziz ngan Yunus Badwi.. hmm, tang mana yaa.. kehkehkeh..

    ReplyDelete
  17. Belakon la dgn Mak Adam aje..tak timbul la soal berpegang2an atau beromantik2 dgn yg bukan muhrim nghee~

    ReplyDelete
  18. Daddy Ziyyad,

    Kalau saya belakon kena pegang watak orang alim kot. Takdelah kena belakon yg bemesra di ranjang tu.

    Betul ke nama tu catchy kalau jadi penyanyi atau pelakon? Ingat catchy utk jadi calon pilihanraya aje ... hahaha

    ReplyDelete
  19. Anaa,

    muka mungkin tak sama tapi cuba cari tang lain ... hahaha

    ReplyDelete
  20. PelangiPagi,

    Dgn emak Adam bukan belakon lagi tapi mmg betul2 setiap hari.

    Kalau nak belakon yg di tv atau filem dgn emak Adam nanti siapa pulak nak jaga Adam? Tengok isteri Aaron pun tak belakon ... hehehe

    ReplyDelete
  21. kalau sy tak dpat lv pun xpelah..
    sambil peluk lv duk bygkan somi berlakon adegan atas katil.
    oh tidakkkkkkkkkkkkkkkkk
    pakai je hbag jenama cap ayam
    hehe

    dha itu keje dia isteri redha je la

    ReplyDelete
  22. Byk la koleksi bag wife AA yep...
    Kok ye pun minta la brand lelain..
    ni semilan2 LV..huhuhu

    ReplyDelete
  23. Irfa,

    sambil bygkan suami berlakon adegan atas katil tapi awak dpt LV tu takpe jugak. Ini tak dapat apa2 pun tapi suami dok buat hal dgn wanita lain .... huhuhu

    Nak redha pun akan timbul juga cemburu kalau dah rapat dan mesra sangat

    ReplyDelete
  24. Cik SHiNJU,

    Banyaklah tu kalau ikut laporan berita tu. Tahun ni dah janji LV. Jadi dapat 9 kontrak semua buat beli LV.

    Tahun depan mesti banyak lagi kontrak baru. Boleh beli jenama lain pulak ... hehehe

    ReplyDelete
  25. Belum jadi AA lagi YB dah salah skrip.. Tahun 2001 ke tahun 2011 AA dapat kontrak tu YB...? Hehehe..

    Alahaii, pakai je la beg apapun. Janji ada isi kat dalam tu.. Saya ni pakai beg harga 35 hengget je, beli kat jalan Masjid India nunn... Itupun rasa mahal dah tu.. hahaha...

    Tak mampu nak beli beg mahal2.. Tambahan pulak saya ni bukan kenal pun beg LV tu mcm mana... hehe..

    ReplyDelete
  26. ~ Cik Azz Abu Bakar ~,

    Mana tak salah skrip - saya nervous bayangkan peluk2 dgn Maya Karin dan Lisa Surihani .... hahaha

    Dulupun rasanya isteri AA tu gunakan beg yg ada aje. Tapi tahun ni rezeki suami dia murah. Itu yg raya sakan beli beg LV.

    Tak kisahlah beg mahal atau murah. Yang penting ia memenuhi keperluan penggunanya. Org lelaki tak guna beg tangan pun ok aje .... oopsss

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails