Wednesday, December 28, 2011

Kelip-Kelip Kg Kuantan

Sejak lebuhraya LATAR dibuka, perjalanan pulang ke kg emak Adam semakin pantas. Biasanya dalam 65 minit dah sampai. Pernah juga tempoh perjalanan kurang dari sejam tapi masa itu kami balik dari kampung ke KL pukul 3 pagi.

Dari rumah aku di KL aku terpaksa melalui empat batang lebuhraya iaitu DUKE, PLUS, GCE dan LATAR sebelum masuk ke jalan negeri di persimpangan Ijok iaitu di penghujung LATAR. Dari situ aku menuju ke arah Kg Rotan sebelum belok ke kanan ke Kg Kuantan.

Bagi sebahagian penduduk di sini dan juga pelancong yg pernah sampai ke Kg Kuantan, tempat itu sinonim dgn kelip2. Ada yg kata Kg Kuantan ini adalah satu dari dua buah tempat di dunia yg menjadi habitat kelip2. Tapi masa aku kecil dulu ada biasa melihat kelip2 ini di tempat aku tinggal. Semasa aku jadi pengakap dan berkhemah di Batu 12 Jalan Gombak, di situ juga banyak kelip2. (sekarang kalau suruh aku camping di situ lagi, kirim salam ajelah setelah aku menyaksikan filem Karak ... huhuhu).

Kelip2 juga terdapat di Kg Ebok, Terengganu iaitu tak jauh dari Kijal. Aku pernah membawa anak2 buah aku dan keluarga mereka melihat kelip2 di situ semasa kami mengadakan Hari Keluarga sewaktu aku kerja di sykt kulit kerang pada tahun 2005.

Apa yg aku cuba sampaikan ialah kelip2 ini ada di beberapa tempat di dunia ini.

Tapi apa yg anehnya, aku sekeluarga tak pernah pergi melihat kelip2 yg di Kg Kuantan! Biasalah org kata yang jauh kita pergi tapi yg dekat selalu kita lupakan.

Hari Isnin baru ni aku sekeluarga singgah di Kg Kuantan utk solat Zohor semasa perjalanan kami balik dari kampung. Tengahari buta mana ada kelip2. Nasib baik anak2 aku tak ajak melihat kelip2 pada masa itu. Kalau mereka mengajak juga, aku dah bersedia dgn alasannya. Nak tahu apa aku akan cakap utk tak pergi melihat kelip2 pada waktu tu?


Aku akan kata, "siang2 kelip2 tu tengah cas bateri mereka utk pasang lampu kelip2 pada malam nanti." hehehe

Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga
Petikan lagu Dato' Malek Reduan. Lirik oleh Habsah Hassan


Masjid Kg Kuantan yg terletak berhampiran jeti utk melihat kelip-kelip

20 comments:

  1. takut mereka tanya charge bateri dengan apa?

    ReplyDelete
  2. dah boleh agak apa awak nak jawab dgn anak2 awak.

    lain macam je lirik lagu tu bila abang baca !

    ReplyDelete
  3. mMoOnN aAlLeEaA,

    kalau mereka tanya saya kata cas dgn kuasa solar. Bila petang baru cukup casnya utk digunakan pada waktu malam ... hehehe

    ReplyDelete
  4. al-lavendari,

    Abg memang pandai membaca hati saya.

    Abg baca lirik tu macamana? Ada pembaca blog abg yg dah lama menghilang. Mungkinkah dia sengaja nak menduga? ekeke

    ReplyDelete
  5. Saya teringin sangat nak tengok kelip-kelip kat Kg Kuantan tuh. Tapi bila dengar orang kata, tak boleh snap gambar, rasa rugi lak tiada rakaman gambar.

    Kalu seharian siang dok cas bateri, boleh pasang lampu kalimantang ler kelip-kelip tu bang!

    ReplyDelete
  6. banyak khazanah alam dah hilang dek pembangunan manusia yg kurang lestari ni.

    zaman Ai kecil, Ai tangkap kelip2 tu dan bubuh dalam sarung bantal tido. syok tengok ia berkelip2 sampai mati.


    mungkin Ai dan abang2 punca kelip2 pupus.

    mak Ai cukup marah kalau nampak kami buat mcm tu. so utk menakutkan kami, mak selalu cakap kelip2 tu dari kuku org mati yg carik tuan. hihihihih

    ReplyDelete
  7. oh kg kuantan..
    dulu lalu situ gak 2/3 kali

    ReplyDelete
  8. 1) Kat mana actually Kg Kuantan ni YB? berapa KM from KL? saya teringin nak tgk kelip2 tu

    2) Antara nama2 highway yg YB sebut tu, hanya DUKE & PLUS aja yg saya pernah lalu.hehe

    ReplyDelete
  9. samolah kito... walaupun kg kuantan tu laluan tiap kali balik kg

    tak pernahnye nak menyinggah! haha

    ReplyDelete
  10. sama la kita YB..wa pun xpernah g kelip2 kg kuantan tu..kang jom kita bt trip nak...

    ReplyDelete
  11. azieazah,

    Kalau dah teringin sangat apa lagi? Pergi ajelah ke sana. Bukan jauh sangat pun. Lepas tengok tu boleh balik KL sebab tak sampai sejam.

    Ambil gambar boleh tapi tak boleh guna flash. Nanti terkejut kelip2 tu.

    Siang cas pun kadang tak penuh bila asyik hujan ... hehehe

    ReplyDelete
  12. AiTotYati,

    itu yg sedihnya. Kenalah ada usaha bersepadu utk menyelamatkan khazanah alam spt ini.

    Tot kejam sbb membunuh kelip2 tu. Itu tak masuk bab mereka terpaksa mencium bau sarung bantal busuk tu! hahaha

    Memang org tua2 ada yg kata kelip2 tu kuku org mati.

    ReplyDelete
  13. alien,

    Lalu situ nak ke mana tu alien? Jarang org lalu di situ sebab ianya terkeluar dari jalan utama.

    ReplyDelete
  14. Daddy Ziyyad,

    1) Kg Kuantan ni dekat dgn Kuala Selangor. Dari KL sekitar 70km. Eloklah kalau pergi tengok kelip2 tu. Satu pengalaman yg seronok sebab saya dah pergi tengok yg di Kg Ebok.

    2) Guthrie Corridor Expressway (GCE) menghubungkan Shah Alam di Bukit Jelutong dgn PLUS hiway di Rawang selatan.
    LATAR pula hiway baru dari Templer Park, Selayang ke Ijok.

    ReplyDelete
  15. ikut jalan potong.. lalu jalan kelab..
    kikiki

    ReplyDelete
  16. ~mrs azmi~,

    Kami tak bersendirian dlm hal ini nampaknya. Welcome to the club.

    Lain kali bolehlah singgah melawat kelip2 tu. Malu kat org yg jauh2 yg dah sampai ke situ sebelum kita ... hehehe

    ReplyDelete
  17. KSWSK,

    Elok juga cadangan tu. Nanti kita tetapkan satu tarikh kita pergi ramai2. Bolehlah jumpa wawa.

    ReplyDelete
  18. alien,

    Pandai! Jln Kelab tu hampir takde kereta. Boleh pecut sepanjang 7 km tu. Dari Kg Kuantan ke simpang Kuala Selangor ikut Teluk Penyamun tu pun tak banyak kereta jika dibandingkan ikut Bkt Rotan. Dahlah banyak kenderaan ada pula speedtrap tu huhuhu

    ReplyDelete
  19. kat karak banyak kelip kelip gak ek? heheh~

    ReplyDelete
  20. gadisBunga,

    Bukan kat Karak tapi kat Jalan Gombak - Bentong lama tu. Dulu time sekolah masa saya camping kat situ banyak kelip2. Tapi sekarang tak tahulah ada lagi ke tidak.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails