Friday, December 23, 2011

Kalau Lebih Tertumpu Kepada Main Game, BerFB dan Menonton Cerita Korea Tapi Masih Mahu Dapat 8A Dalam PMR, Cubalah Cara Ini

Mak ai panjangnya tajuk n3 aku hari ni. Tapi aku tak tahu nak letak tajuk apa lagi. Bantailah. Yang penting ada yg berminat utk mengetahui rahsia nak dapat 8A dlm PMR.

Haizam, anak aku yg ke4 baru saja mengambil keputusan PMR dia hari ni. Abangnya yg sulung dulu dapat 7A dlm PMR. Kakak2 Haizam pula kedua2nya dapat 8A semasa PMR. Mereka belajar di MRSM. Jadi tak hairanlah kalau dpt 8A.

Haizam seperti abangnya hanya bersekolah di sekolah harian yg dekat dgn rumah kami. Budak2 sekolah harian ada yg pandai dan ada yg kurang dlm akademik. Disebabkan pengaruh kawan2, Haizam taklah belajar gila2 mcm budak2 yg bersekolah di SBP. Balik dari sekolah dia lebih banyak menghabiskan masa dgn komputer atau main game bolasepak dgn kawan2. Pernah dia usung kawan2 datang rumah yg juga opis aku ni utk bermain game. Bising kalah stadium sehingga aku nak buat kerjapun terganggu

Haizam juga tak berminat mengambil kelas tusyen selamat duit aku . Masa sebelah malam digunakan utk menonton citer Korea dan Running Man.

Memandangkan abang dan kakak2nya mendapat keputusan yg baik dlm PMR mereka, emak Adam amat berharap jika Haizam dapat meneruskanlah pencapaian yg membanggakan dalam keluarga kami. inilah susahnya kalau ada abang atau kakak yg pandai

Macamana aku nak buat dgn anak aku yg ke4 ni?

Kebetulan abang sulung dia ada menjadi pengedar Score A. Kebanyakan cikgu2 dan ibubapa tahu tentang pakej ini. Ianya satu cara pembelajaran online dgn menjawab soalan2 yg disediakan oleh pakar2 di dalam bidang masing2. Ianya ada utk pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kita boleh pilih tahun mana atau tingkatan berapa yg kita hendak utk anak2 kita.

Akupun langgan pakej utk Haizam (Tingkatan 3) dan Haikal (darjah 4). Harganya jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos menghantar anak2 ke tusyen. Dan yg lebih bagus lagi, ianya bergantung kpd anak2 kita bila mereka nak buat latihan2 tersebut. Ibubapa boleh memantau pencapaian anak2 secara dalam talian.

Hasil daripada tunjuk ajar guru2 di sekolah dan usahanya di Score A serta doa pelbagai pihak, Haizam telah berjaya mendapat 8A dalam PMR dia. Alhamdulillah.

Siapa nak tahu lebih lanjut tentang pakej Score A bolehlah berhubung dgn abang Haizam iaitu Hazwan. Siapa beli pakej itu di awal tahun depan, kira cukup cantik sebagai hadiah utk anak2 kalian.

39 comments:

  1. tahniah untuk sekeluarga :) bole dapat diskaun?

    ReplyDelete
  2. uisshh.. senang ler macam ni kan.. nanti kalo anak kita beso, nak try laa...

    ReplyDelete
  3. tapi kan, tak tentu jugak.. agaknya haizam ni memang jenis cerdik, belaja sikit pun dah pandai... it's in the blood kaaannn..

    ReplyDelete
  4. YB..anak acik pun bersekolah harian yang dekat dengan rumah aje..tapi kena la hantar kelas tusyen sebab dirumah dia tidak belajar sangat..cuma harapkan tuisyen dan sekolah aje..alhamdulillah hari ni keputusan..dapat jugak dia 8A.syukur alhamdulillah atas usaha dan doa ..

    ReplyDelete
  5. YB..tahniah buat haizam serta YB dan Emak Adam

    ReplyDelete
  6. Tahniah wat Haizam..


    Jedi

    ReplyDelete
  7. tahniah buat haizam dan yb sekeluarga
    anak saudara sya pun dapat 8a
    dia sekolah di sekolah bukit bandaraya je dari sekolah rendah sampai menengah

    ReplyDelete
  8. klcitizen,

    Terima kasih di atas ucapan.

    Tahniah kpd SMK Setiawangsa di atas pencapaian terbaik utk PMR ni. Ramai yg dapat semua A.

    Nanti saya tanya Hazwan kalau boleh beri diskaun. Rasanya boleh.

    ReplyDelete
  9. Salam En. YB,

    Rasanya lama jugak AY tak melawat blog YB ni..(mungkin jugak YB pun dah tak ingat sapa AY..sapa lah saya pun kan?)

    Alhamdulillah dan tahniah untuk kejayaan Haizam. Seronak jadi bapak dan mak kepada anak anak yang cemerlang ni..
    Pasal Score A tu memang bagus katanya, ramai yang dah berjaya.

    ReplyDelete
  10. salam YB..alhamdulila..tahniah ye..

    haizam..study smart..cayalah dik..tahniah ye..:)

    ReplyDelete
  11. tahniah YB..hebat anak2 YB..yg kat MRSM tue dulu blajor kat serting kan???

    slalu YB tulis ulang alik ke N9

    ReplyDelete
  12. Anaa,

    Skrg ni ada macam2 kaedah pembelajaran. Score A ini salah satu dari cara yg telah terbukti berkesan.

    Bolehlah cuba bila anak Anaa dah sekolah nanti.

    ReplyDelete
  13. Anaa lagi,

    nak kata Haizam ni pandai sangat tak juga sebab dia bukan dapat no 1 bila peperiksaan biasa. Tapi dia di kelas atas jugalah.

    Kalau dia kurangkan main dan tumpukan lebih kpd pelajaran mungkin keputusannya lebih baik kot ... ngeeee

    ReplyDelete
  14. mMoOnN aAlLeEaA,

    terima kasih b/p Haizam.

    ReplyDelete
  15. Acik Erna,

    Tolong sampai ucapan tahniah saya kpd anak Acik dan juga acik sekeluarga.

    Memang kebanyakan anak2 kita ni kalau kat rumah malas nak ulangkaji. Baguslah anak acik nak ke tusyen. Haizam ni tak nak.

    ReplyDelete
  16. Waaaah Paman YB, secara tak langsung tolong promote ye.. hehehe..

    Anyway, high 5 Haizam.. ina pun tak suka pi tuition.. hehehe.. paling byk pun pi kelas tambahan yg cikgu buat kat sekolah.. masa PMR dulu walaupun dok sek asrama, inalah antara budak yg paling kuat tidur dan main.. tapi Alhamdulillah.. yg penting tumpuan masa cikgu mengajar tak boleh dikompromi..

    masa SPM lak, ada seorang cikgu.. Cikgu Aziz nama dia.. dia ajar Prinsip Akaun.. haa dia nilaa yg tanamkan semangat "no tuition" dalam kepala otak ina ni.. dia cakap, kalau kat kelas tuition ajar bende yg sama mcm kat sekolah, tak payah buang masa dan duit.. melainkan, cikgu kat tuition ada extra formula ke ada kaedah special utk lebih paham, bukan setakat score masa exam, then pegilaa dgn rela hatinya.. Alhamdulillah, walaupun tak pegi tuition, SPM masih 1st grade..

    Bravo Haizam..

    p/s: oh masa SPM tu siap tgk Moto GP tgh2 malam buta.. padahal esoknya nak exam tu.. kih kih kih..

    ReplyDelete
  17. score A tu ada utk budak 3thn tak?hehehe.
    tahun depan aqid ada exam kat preschool.kena buat persediaan dari sekarang.Adam pegi skolah tak?

    ReplyDelete
  18. Acik Erna,

    terima kasih.

    Tahniah kpd acik dan anak acik sekali lagi di atas pencapaian cemerlang dia semalam.

    ReplyDelete
  19. Eja,

    Terima kasih dari kami sekeluarga.

    Tahniah buat anak saudara Eja tu. Sekolah Bukit Bandaraya tu ramai pelajar yg pandai2.

    ReplyDelete
  20. Auntie Yan,

    Waalaikum salam AY. Ha'ah memang dah lama AY tak singgah sini. Terima kasih kerana masih sudi ke mari. Saya masih ingat AY lagi. Mana boleh lupa gitu aje rakan2 blogger saya... hehehe

    Terima kasih di atas ucapan tahniah tu. Alhamdulillah Haizam dapat menyaingi pencapaian kakak2nya. Kalau tak, kesian pula dia rasa tertekan.

    Kalau rajin mengulangkaji menggunakan kaedah Score A itu saya percaya pencapaian pelajar boleh meningkat. Masa trial exam Haizam tak dapat 8A pun ...ngeee

    ReplyDelete
  21. cikceriacorner,

    Wsalam. Alhamdulillah syukur. Terima kasih di atas ucapan tahniah tu.

    Hidup ni kalau nak tahan lama bukan saya kena study smart tapi work smart. Kenalah belajar cara2nya.... ngeeee

    ReplyDelete
  22. sahrom,

    Terima kasih.

    Alhamdulillah bolehlah budak2 tu dlm pelajaran. Nak kata pandai sangat tu takdelah.

    Yang di MRSM Serting tu anak kami yg ke3. Masa Tingkatan 1-3 dia di MRSM Gerik. Tingkatan 4-5 dia di Serting sebab Gerik takde Ting 4 -5.

    ReplyDelete
  23. gadisBunga,

    Itu belum tengok ayahnya lagi ... hahaha

    ReplyDelete
  24. S-a-B-r-I-n-A,

    Produk yg baik apa salahnya kita tolong promote. Untung boleh jadi duta produk tu ... hahaha.

    Haizam tengah rilek tu selepas balik masjid.

    Ina tak tusyen pun dah memang pandai sebab adik beradik Ina pandai2. Apa yg Ina dan cikgu Ina cakap tu betul. Kena beri tumpuan dan fahamkan apa yg cikgu ajar di kelas. Kalau tak faham tu yg susah nak jawab soalan peperiksaan. Tapi ada pelajar yg lambat faham. Itu sebab dia perlukan tusyen atau cara lain utk belajar.

    Dalam hidup pun mcm itu juga. Ada yg mahir dan ramai yg kurang mahir dlm kehidupan ni.

    Ina peminat GP Motor ek? Bolehlah minta kat anak atuk Usu yg di Taman Seri tu utk dapat tiket free sebab dia kerja di SIC.

    ReplyDelete
  25. Syida,

    Yang saya faham akan ada pakej utk budak2 di bawah 7 tahun tak lama lagi. Kalau berminat nanti saya suruh Hazwan kontek Syida.

    Nak ambil exam preschool pun dah siap2 prepare awal. Bagus tu.

    Adam kat rumah aje. Belajar dari emak dan adik beradiknya selain dari iPad dia tu.

    ReplyDelete
  26. tahniah :)
    ni bukan en3 promo yer(gurau je)
    tapi mmg ramai yg cakap scoreA ni bagus

    ReplyDelete
  27. Irfa,

    Terima kasih.

    Sepatutnya saya letak ScoreA kat tajuk tu biar jadi n3 promo. Nanti bolehlah saya minta kat tauke dia komisen sikit ... hehehe

    Ramai pelajar yg dah berjaya hasil menggunakan ScoreA ini selain dari pengajaran oleh guru2 di sekolah. Baguslah rasanya.....

    ReplyDelete
  28. Tahniah Haizam...
    Anak buah saya pun dpt 8A..
    Alhamdulillah...
    Tp Haizam lebih hebat sbb skolah harian jer bleh dpt 8A...

    Saya pernah dgr pasal score A tu dulu...

    ReplyDelete
  29. Paman,

    Dulu2 laa minat kat MotoGP tu.. Ini Adood punyer pasal lah.. dia yg kenalkan Ina dgn MotoGP.. tapi skang ni dah takde masa nak ikuti apa2.. masa habis utk keje dan anak2..

    Apa yg Paman cakap tu betul.. tapi yg buat sakit hati tu, ramai yg ambik kesempatan.. in the end budak2 tak dapat extra pemahaman dan mak bapak habis duit.. tak dapat straight A tu takpe lagi.. ini langsung tak paham kan..

    Apa lak Ina pandai nyer Paman.. biasa2 je.. yg btul pandai tu haa Kak Imang tu.. Paman pun apa kurangnya.. ihiks..

    ReplyDelete
  30. Cik SHiNJU,

    Terima kasih...
    Tahniah kpd anak buah awak tu. Awak bagi dia hadiah apa?
    Tahun ni 44 orang pelajar di sekolah Haizam dapat staight A's. Pencapaian terbaik setakat ini.

    ReplyDelete
  31. S-a-B-r-I-n-A,

    Walaupun sibuk dgn keje dan anak2 kena juga cari ruang utk lakukan apa yg Ina minat. Hidup kita ini lebih dari hanya keje dan keluarga. Biasanya keje tu yg mengambil terlalu banyak masa. Kalau itu berlaku, paman rasa kenalah usaha mendapatkan work live balance.

    Ada guru2 yg cari duit luar dgn mengajar tusyen. Itu tak salah tapi yg salahnya dia lebih menumpukan kpd kelas tusyen daripada mengajar di sekolah.

    Imang mmg terer. Kalau mengajar di U mungkin dah jadi professor ... hehehe

    ReplyDelete
  32. Tahniah buat Yb dan anak, tahun depan saya dah tak ada anak yang bersekolah jadi tak dapat lah nak tahu bagaimana berkesan nya Score tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails