Saturday, December 31, 2011

Berniaga Hotel Bagus Ni ....

Orang Malaysia sekarang sudah makmur. Bila time cuti aje mereka akan pergi makan angin dan duduk di hotel. Tak macam masa aku kecil dulu. Jarang pergi melancong walaupun dalam negara kerana masa tu takde kereta sendiri. Nak naik bas agak susah. Dan kalau pergi melancong pun biasanya akan cari rumah saudara mara atau kenalan utk tumpang bermalam. Tujuannya nak jimat duit. Lagipun masa itu kalau duduk hotel lain macam aje bunyinya kerana hotel biasanya dikaitkan dgn elemen tidak sihat..

Sekarang ni org kita dah jarang tinggal di rumah saudara mara atau kawan2 bila pergi makan angin. Mereka lebih selesa duduk di hotel. Lebih privacy. Dan bagi yg ada anak2 kecil, biasanya mereka akan mencari hotel yang ada kolam renang kerana antara 'aktiviti wajib' bagi kanak2 ini ialah berenang di kolam renang. Sebahagiannya bukan tahu berenangpun. Lebih kepada berendam mcm badak air. Untuk menjaga keselamatan anak2, biasanya bapa mereka akan ikut berendam (macam bapak badak air). Takkan nak suruh emaknya pula berendam. Seksilah bila nampak body yg dah basah .... hehehe

Hari ni kami nak ke Melaka. Ya ke Melaka lagi utk kali ke 3 dalam bulan ini! Kalau sebelum ini kami balik hari tapi kali ini kami akan bermalam di sana.

Masa aku nak booking hotel kebanyakannya sudah fully booked. Kalau nak duduk chalet takde pula kolam renang. Nasib baiklah ada sebuah hotel 4 bintang yg masih ada 2 buah bilik. Aku rembat kedua2 buah bilik. Sewa utk 2 bilik tu termasuk katil tambahan dan sarapan pagi ialah RM700.

Kalau mcm ni aku rasa berniaga hotel pun bagus juga. Ada sesiapa nak jadi rakan kongsi aku? ngeeeee

Oh ya. Selamat menyambut Tahun Baru 2012.

13 comments:

  1. nak jadi staff je blh. nk jd rakan kongsi x cukup modal le

    ReplyDelete
  2. zonaku,
    Bolehlah kalau cawangan Penang dah buka. Awak jadi pengurus F&B.

    ReplyDelete
  3. sya sedang kira kira duit dlm tabung cap ayam, cadang nak jadi rakan kongsi YB boleh?
    cop!!! masok namo yo

    ReplyDelete
  4. SALAM,
    Singgah dan Ucapan selamat tahun baru 2012M dan 1433H drpd LF dan isteri. Mendoakan moga kita semua sentiasa di atas landasanNYA.

    ReplyDelete
  5. Selamat Tahun Baru 2012 YB... :)


    Mak saya pulak tak suka kalau sedara mara tido kat tempat lain.. Dia lebih suka kalau dorang bermalam kat rumah ni haa.. Saya pulak risau takut orang tak selesa sebab rumah kami cuma rumah kampung je.. Serba serbi kurang..

    ReplyDelete
  6. jadi staf je boleh?nak jadi share partner duit tak banyak mcm duit yb

    ReplyDelete
  7. YB, masa cuti sek n kelepasan am je hotel2 buleh buat duit krn ramai org nak bercuti. masa2 lain mrka bergantung kpd jabatan2 kerajaan kerajaan n swasta yg nak buat kursus n seminar. nak menyelenggara hotel ni pun tinggi. patutlah teruk kita disembelih....heheheheh

    Jangan Beri Ruang Malaysia Jadi Syurga

    ReplyDelete
  8. Eja,

    Kena ada banyak tabung cap ayam tu utk buat modal rasanya.... hehehe

    Nak masuk nama takde masalah

    ReplyDelete
  9. luahfikiran,

    Wsalam Dato'.

    Selamat tahun baru kpd Dato sekeluarga. Semoga doa Dato dimakbulkan Allah. Saya pun mendoakan yg terbaik utk Dato.

    ReplyDelete
  10. ~ Cik Azz Abu Bakar ~,

    Slmt tahun baru kpd awak juga. Maaflah lambat balas sebab kami ke Melaka masa tahun baru tu.

    ReplyDelete
  11. mMoOnN aAlLeEaA,

    Masa Tony dan rakan2nya memulakan sykt penerbangan, mereka pun bukan kaya sangat. Yang penting semangat yg jitu dan kerja keras.

    ReplyDelete
  12. Daddy Zuki,

    Masa cuti sekolah dan kelepasan am di Malaysia ni banyak. Kebanyakan hotel akan menaikkan kadar mereka pada waktu2 begini. Itulah masa mereka mengeruk duit.

    Masa lain tu mmg banyak bergantung kpd jab kerajaan dan swasta yg buat kursus dan seminar. Selain itu jika marketing sesebuah hotel itu berkesan, ada juga tetamu yg tinggal di hotel tersebut.

    Saya ada seorg rakan yg merupakan seorg kontraktor di Segamat. Dia buat satu projek tapi pelanggannya tak dapat bayar. Akhirnya dia diberi bangunan yg dibinanya itu sebagai bayaran lalu dia membuka sebuah hotel bajet di sana. Dari seorg yg tak tahu menahu tentang selok belok perniagaan hotel dia telah berjaya menjadi operator hotel. Setiap bulan dia mendapat untung bersih RM8K - RM10K. Mungkin tak berapa banyak tapi siapa nak bagi duit sebanyak itu setiap bulan selain mendapat sebuah bangunan free.

    ReplyDelete
  13. Tak ada modal lah yb, kalau jadi rakan kongsi pada nama je boleh tak? Boleh lah boleh lah boleh lah ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails