Tuesday, November 15, 2011

Untung Siapa Yang Ada Anak Ramai

Semalam Haikal bawa balik surat dari Guru Besar meminta ibubapa datang ke sekolah petang esok utk mengambil bantuan khas awal persekolahan RM100 kepada murid tahun 2012.

Seperti yg dibentangkan di dalam Bajet 2012 semua murid sekolah rendah dan menengah akan mendapat RM100 setiap seorg. Bagi pelajar universiti dan matrikulasi mereka dapat RM200.

Anak aku ada 3 org di IPTA dan Kolej Matrikulasi. 3 x RM200 = RM600
Yang masih bersekolah rendah dan menengah 2 org. 2 x RM100 = RM200
Jumlah RM800

Itu baru 5 org anak yg masih belajar. Bayangkan kalau org itu ada berbelas2 org anak.....

38 comments:

  1. sekolah anak kaklong senyap jer..tak bg apa2 notis pun,yg ada jumlah bayaran untuk thn depan,berharga lebih dr rm200 seorang...haiiiii...!

    ReplyDelete
  2. kabarnya yuran PIBG akan di naikkan.betoi ka?
    sekarang kita menerima,buka sesi persekolahan januari 2012 kita(ibubapa) memberi/menghulur pula.haha

    ReplyDelete
  3. kaklong,

    minggu lepas baru TPM kata nak bagi sebelum cuti sekolah ni. Tentulah kelam kabut pihak2 yg berkenaan. Nak ambil duit tu dari BSN dulu sebelum boleh diagih2kan.

    Sekolah Haikal ada 2500 org murid. Dah suku juta ringgit tu letak di pejabat sekolah. Bahaya jugak tu.

    Bayaran apa yg sampai RM200 tu kaklong?

    ReplyDelete
  4. Anonymous,

    yuran PIBG bergantung kpd mesyurarat PIBG dan AJK. Kalau ada keperluan takpelah naik yg berpatutan.

    Jangan naik yg melampau sudahlah. Kesian org yg anak ramai huhuhu

    ReplyDelete
  5. tah apa2...kata tak ada yuran tahun depan,tapi bayaran lain bukan main banyk...tak hurai kaklong satu persatu...huh!

    ReplyDelete
  6. Mmg kelam kabut sikit YB sbb rinngal 2 hari je lg sini nak sklh..

    Sally bersyukur dgn bantuan Gov ni, bg saya yg pendapatan sederhana ni sgt bersyukur. Yg asyik nak merungut manjang, muhasabbahlah, jgn smpai masuk group manusia tak bersyukur,lg pun anak siapa tu?? kalau bukan anak kita sendiri,tanggungjawab kita sendiri. Wallahua'lam. Owhhh yea, andai ada rasa smbgn tu kecil n x bermakna, anda boleh tolak sbgn tu..bukan paksaan pun utk terima.
    :)

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    TAK ACI YB ! LF ADA 4 ORANG. 3 DAH KAHWIN, 1 MASIH BELAJAR KAT U. JADI MEMANG TAK DAPAT LE ! TAPI TETAP BERSYUKUR.

    ReplyDelete
  9. Sally,

    Kalau tak sempat bagi sebelum cuti ni, saya rasa masa buka sekolah januari depan pun takpe. Taklah kelam kabut sgt.

    Jika kita bersyukur dgn nikmat Allah, nescaya Dia akan tambah nikmatNya.

    ReplyDelete
  10. luahfikiran,

    Wsalam Dato'

    Aci ke tak aci dah rezeki. Yang kat U tu kan dapat RM200? Jadilah ada juga wakil dari kelaurga Dato'. Nak suruh ada anak lagipun kena tunggu dia masuk sekolah rendah baru boleh dapat bantuan khas ni. Itu pun kalau masih diamalkan 7 tahun dari sekarang .. .hehehe

    ReplyDelete
  11. Untungnya jadi budak sekolah rendah zaman sekarang ni.. Zaman saya dulu apapun takde... Cuma ada bantuan milo percuma je.. Itupun bukan selalu...

    Takpe la.. Hidup susah ni banyak gak kelebihannya.. Sekurang2nya mengajar untuk tidak membazir pada benda yang bukan2..

    ReplyDelete
  12. alhamdulillah.... ada la bantuan untuk meringankan beban yuran.



    macam2 kerajaan bagi untuk generasi sekarang, dulu mana ada semua ni. semoga tiada yang ambil kesempatan untuk belanjakan ke arah yang tidak baik

    ReplyDelete
  13. Tak ramai anak pun saya bersyukur. Mungkin bahagian yang anak saya tak dapat tu bolehlah kerajaan bantu ramai lagi anak2 orang lain yang lebih memerlukan dari kami kan YB.

    ReplyDelete
  14. Yang jadi tukang salur ni, tak menang tangan :D

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah..rezeki kerajaan bagi..itupun masih ramai lg yg tak berpuas hati huhuhuhhh

    ReplyDelete
  16. ingatkan duit bantuan tu terus bank in dlm akaun..
    sekolah adeeb pun belum bg apa2 notis utk collect duit. padahal murid tak sampai 100 org pun..

    ReplyDelete
  17. lum ada apa apa berita ....


    yang sekolah kerajaan je ke yang dpt??

    agak agak anak pB yang sekolah under Yayasan Islam Kelantan tu dapat tak ????

    ReplyDelete
  18. harap bantuan ni berterusan ler.. anak3 lom masuk sekolah niii..

    ReplyDelete
  19. pB
    yang tu kena tunggu YIK la bg....

    ReplyDelete
  20. alhamdulilah rezeki anak2 :)

    ReplyDelete
  21. ~Cik Azz ~,

    Jangan emak bapak yg amibl duit tu utk perkara lain sudahlah. Duit tu utk kegunaan pelajaran anak2. Nak beli baju baru, kasut baru dsbnya.

    Masa saya dulu ada roti percuma utk kanak2 kurang berkemampuan. Tapi utk dpt tu bukan saja kena miskin tapi kena pandai. Kalau miskin saja tak pandai tak dapat. Kalau pandai tapi tak berapa miskin pun tak dapat huhuhu

    ReplyDelete
  22. zonaku,

    Rasanya ada juga yg akan gunakan buat beli hp. Budak2 skrg hp canggih2 kalau kita yg kerja ni.

    Dulu kerajaan tak banyak sumber pendapatan. Masa saya sekolah dulu hasil utama negara adalah getah dan bijih timah. Minyak dan gas serta hasil sektor pembuatan belum ada. Awal tahun 70an.

    ReplyDelete
  23. sharifah rosidah,

    Itu semangat yg kita perlukan. Kalau ramai org mcm ni barulah cepat maju negara kita.

    ReplyDelete
  24. ckLah,

    Terima kasih kpd yg jadi tukang salur. InsyaAllah ada bahagian di Akhirat nanti.

    ReplyDelete
  25. sahrom,

    Kalau nak tunggu semua org puas hati mmg takkan terjadi.

    Buatlah apa yg majoriti rasa baik.

    Ibubapa yg miskin dan kurang berkemampuan mengalu2kan bantuan spt ini.

    ReplyDelete
  26. kakngah,

    Kalau nak bank in terus lagilah pening sebab tak semua murid ada akuan BSN.

    Tak esok, lusa dapatlah adeeb duit tu. Jgn buat pergi makan angin pula ... hehehe

    ReplyDelete
  27. pB,

    Kalau tak silap saya semua murid termasuk yg sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil serta yg sekolah agama sepenuh masa dapat bantuan ni.

    Yang YIK tu kenalah tunggu pengumuman dari pihak pengurusan spt kata Sally tu.

    ReplyDelete
  28. Anaa,

    harapnya mcm tu lah. Nanti anak2 Anaa dan Adam anak saya ni bolehlah dapat bantuan jugak ...

    ReplyDelete
  29. Sally,

    YIK sedang cari dana. Dengar ada banyak lombong akan dibuka di Kelantan selain kawasan membalak dan tanaman getah dan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  30. makdara TERdiva,

    rezeki anak2 dapat juga meringankan beban ibubapa....

    ReplyDelete
  31. Sekolah Fareez kena pergi amik hari Jumaat...

    ReplyDelete
  32. aNIe,

    Oh sama macam sekolah Haizam utk pelajar2 Tingkatan 3.

    tak bolehlah nak ponteng Jumaat tu nampaknya... hehehe

    ReplyDelete
  33. wahhhh... seronoknya.. lepas belanja mak ayah bawak anak2 bercuti..

    ReplyDelete
  34. kalau yg anak 20 org cam mat saleh tu camne la...mesti pakcik kayo punyo...hahahha

    kalo yg isteri ramai untung jugak kot YB...heheheh

    ReplyDelete
  35. - GC -,

    Belum ada rancangan nak bercuti ke mana cuti sekolah ni. Banyak sangat jemputan kahwin.

    Kalau kami ke Pangkor dan singgah tempat GC boleh tak? ngeee

    ReplyDelete
  36. jedi,

    setakat RM100 tu taklah jadi kaya rasanya sebab setiap bulan berapa banyak belanja dia kena keluarkan kalau anak sampai 20 org.

    Isteri ramai untung bab lain tu .... hehehe

    ReplyDelete
  37. YB, agak-agak budak-budak universiti/matrikulasi macam adhek dapat bila yea? adhek amik sendiri ke makpak adhek yg kena pi amek? adhek tak sabaq nak rasa duit kerajaan ni. hahaha!

    ReplyDelete
  38. Anonymous,

    Budak2 u dan matrik tak diberi wang tunai mcm budak2 sekolah. Mereka akan diberikan voucher RM200 utk beli buku. Mungkin akan dapat awal tahun depan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails