Thursday, October 27, 2011

Kisah 3 Keluarga - Bhgn 1

Dalam seminggu ini aku telah bertemu 3 keluarga yg mempunyai kisah masing2 yg mungkin menarik utk aku kongsikan. Dua daripadanya adalah bekas rakan sekerja dan satu lagi adalah saudara terdekat aku sendiri.

Hari ini biar aku mulakan dgn salah seorang rakan yg sama2 bekerja di sykt kulit kerang dulu.

Khamis lepas dia ada menghantar sms kpd aku memberitahu dia dan isterinya akan ke udara di rancangan nasi lemak kopi o di tv9 pada pagi Jumaat lepas. Aku pun beritahu emak Adam kerana isteri kawan aku ni boleh dikatakan rapat dgn emak Adam kerana masa mula2 emak Adam ikut aku berpindah ke Miri selepas kami nikah, aku tinggalkan emak Adam di rumah kawan aku ini semasa aku bertugas di laut.

Aku mula mengenali kawan aku dan isterinya semasa kami sama2 belajar di AS. Lepas habis belajar dan berkahwin, kedua2 mereka dapat kerja dgn sykt kulit kerang sebagai senior staff. Isterinya berhenti kerja selepas mendapat anak ke2 yg juga sebaya dgn anak sulung aku. Ada org kata sayang belajar jauh2 keluar negeri tapi duduk rumah jaga keluarga. Tapi isterinya tak duduk diam di rumah. Selain kerja2 rumahtangga dia juga buat kerja sambilan menterjemah surat2 rasmi utk sykt2 besar. Kasar juga masyuknya. Setelah beberapa tahun bekerja sambilan, isterinya mula menulis buku kekeluargaan pula dan telah menghasilkan 2 buah buku.

Bintang suaminya di dalam sykt agak terang. Dia telah naik pangkat dgn agak cepat dan telah dihantar berkhidmat di luar negara. Ramai kakitangan sykt tempat aku kerja dulu yg berebut nak kerja sebagai pegawai dagang (expartriate) kerana gaji dan ganjarannya besar. Bila balik semula ke Malaysia memang jadi jutawan kalau pandai simpan duit! cuma aku aje yg tak nak dihantar keluar negeri w/p pernah ditawarkan oleh bos aku. Belum nak jadi jutawanlah tu ...... huhuhu

Baru2 ini rakan aku ini berhenti dari sykt kulit kerang. Skrg dia bekerja sendiri dan buat mcm2 kerja. Dia juga telah bergabung tenaga dan minda dgn isterinya utk menghasilkan sebuah buku mengenai generasi Y dan generasi Z. Kerana buku itulah mereka dijemput ke tv9 utk ditemubual oleh Aziz Desa.

Pada usia lewat 40an mereka berani mencuba sesuatu yg baru. Aku percaya tak ramai org sanggup berbuat begitu dan lebih senang memilih utk berada di zon selesa sehingga mereka bersara.

Terpulanglah kepada diri masing2.

18 comments:

  1. kalau dah di zon selesa susah nak mencuba sesuatu yang baru

    ReplyDelete
  2. MasZuber,

    The actual story is much more inspiring. I am not a good story teller .... huhuhu

    ReplyDelete
  3. mMoOnN aAlLeEaA,

    kebanyakan org mcm tulah. Kita tak boleh nak salahkan mereka. Kalau dah selesa mengapa nak cari susah?

    Saya ni antara yg degil ingin mencuba sesuatu yg baru. Alhamdulillah no regret

    ReplyDelete
  4. zonaku,

    yup. KIta semua bebas memilih.

    ReplyDelete
  5. kalau takut dilambung omak,jagan berumah ditepi pantai...
    mungkin dah bnyk pengalaman dia berani mencuba sesuatu yg baru...

    jgn cari isteri baru sudah..!hehehehhe!!

    ReplyDelete
  6. YB, kalau rajin dan selalu berusaha insyaallah rezeki akan datang mencurah-curah. Abang ipar saya pun dulu dari Petronas kemudian bukak company Oil & Gas sendiri iaitu Dayang Enterprise Sdn Bhd dan semasa Dayang masuk bursa saham dia jual syer dia dan terus buka lescoupaque dan buat katun sendiri.

    sekarang rezeki dia alhamdulillah, boleh beli ferrari tunai, merc tunai, BMW tunai dan 4 lagi kereta tunai dan buat rumah berharga 5 juta tunai dan lembaga hasil dalam negeri berhutang dengan dia sebanyak 2 juta kerana terlebih bayar tax.

    Dulu masa kedua mertua masih hidup, mereka menangis bila abang ipar saya kata nak berhenti dari Petronas dan buka company sendiri, mereka takut dia tak berjaya dalam perniagaan dan setelah berjaya kedua meetua meninggal pula. Cerita ini bukan untuk berbangga-bangga tapi untuk dijadikan motivasi kepada kita semua, insyaallah.


    tax.
    L

    ReplyDelete
  7. kaklong,

    Betul kata2 tu.

    Kawan saya dan saya dah lama kerja di laut masa dgn sykt kulit kerang dulu. Dah biasa dilambung ombak. Dah puas mabuk laut. Mungkin itu membuat kami lebih berani utk berumah di tepi pantai hehehe.


    Dari dulu lagi isteri dia kasi kawan saya ni kahwin lagi dgn syarat utk membantu madunya itu. Contohnya cari ibutunggal yg ramai anak yg takde siapa nak tanggung atau balu2 mujahid di Afghanistan. Tak berani laki dia kahwin lain dgn syarat mcm tu!!!

    ReplyDelete
  8. sharifah rosidah,,

    Terima kasih berkongsi kisah kejayaan abg ipar awak ini. Memang hebat kisahnya dan siapa yg tak kenal dgn Upin dan Ipin. Kalau dia terus kerja dgn Petronas mungkin gaji dia dlm RM30K sebulan sekarang. Cukup lumayan bagi kebanyakan org. Tapi dgn memilih jalannya sendiri, pendapatannya jauh lebih banyak dari itu.

    Ibubapa memang sedih bila melihat anak2 mereka mahu berhenti dari kerja yg bergaji besar kerana mereka takut anak cucu tak cukup makan. Tapi kalau kita ada perancangan yg rapi dan berusaha kuat, insyaAllah kita akan berjaya.

    Ibu saya masih tak faham kenapa saya berhenti.

    ReplyDelete
  9. move on when u r in a comfort zone - challenging but the deeply satisfying.

    tapi frankly, tak ramai yg berani buat begitu.

    oh, jap lagi saya tidur. heheh~

    ReplyDelete
  10. gadisBunga,

    I think its time for you to move on baby. Takkan nak tunggu bulan tujuh tahun depan? hehehe

    Tak semua yg kerja sendiri ni lebih berjaya dari kerja makan gaji. I tell you in my Bhgn 3 nanti ahaks.

    Lain kali sebelum tidur tutuplah dulu lappy tu. Nasib baik saya tolong kejutkan awak malam tadi hehehe

    ReplyDelete
  11. YB, ramai yang tak moh kuar dari zon selesa, walopun sebenarnya tak seselesa mana, sebab takut dan tak yakin dengan rezeki Allah.. termasukler saya, huhu..

    ReplyDelete
  12. Anaa,

    Tahap keselesaan manusia berbeza. Sesuatu yg tak selesa bagi seseorg mungkin sangat selesa bagi yg lain. Dari pemerhatian saya, org yg bertukar kerjaya atau tempat kerja mempunyai visi dan misi yg menjangkau pendapatan semata2. Sebahagiannya mempunyai cita2 menolong bangsa dan negara.

    Kalau Anaa rasa takut dan tak yakin mungkin lebih elok teruskan di tempat sekarang. Kerja kuat dan dgn ikhlas. InsyaAllah akan naik pangkat.

    ReplyDelete
  13. Setiap kita harus berusaha hebat di bidang tertentu tak kira berapa usia kita. Kadang kalau tak mencuba, kita tidak tahu di mana kemampuan sebenar kita. Sebenarnya banyak bakat 'terendam' kita yang tidak atau belum di manfaatkan.

    ReplyDelete
  14. Ann Huda

    Betul tu. Ramai di antara kita mempunyai bakat terendam yg tak digunakan semaksima mungkin. Jadi tak dapatlah menafaat sepenuhnya.

    Mungkin kita kena bermuhasabah diri dan fikirkan hala tuju kita yg sebaik2nya.

    ReplyDelete
  15. a.z.r.i.n.a,

    Mereka ni mmg pasangan hebat. Anak2 mereka pun hebat2 juga.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails