Friday, October 14, 2011

Keluli Sebenar



Hari Selasa malam Rabu hari tu aku membawa anak2 aku Haizam, Haikal dan Adam Hakimi pergi menonton tayangan amal filem Real Steel di MBO Subang Parade. Atikah juga datang menonton. Kawannya yg hantar dari UiTM.

Setiap tiket berharga RM100. Dah namanya pun tayangan amal. Ianya untuk mengutip derma bagi tabung majlis sukan, kebajikan dan kebudayaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Aku beli 4 keping tiket sebab pegawai Bomba yg menawarkan tiket itu kpd aku ada cuma tinggal 4 keping tiket. Emak Adam mengalah tak pergi. tapi kalau pergi ok aje sebab ada beberapa tempat duduk kosong kerana ada org yg beli tiket tak datang



Kisah berkisar tentang perlawanan tinju antara robot di tahun 2020. Robot utama Real Steel bernama Atom.


Inilah kali pertama Adam masuk panggung. Mula2 masuk dia bertanya kenapa tak hidupkan "tv besar" di depan tu kerana masa tu belum ada apa2 di skrin.

Bila tayangan bermula nasib baik dia tak buat bising. Kalau tak, susah juga sebab akan mengganggu penonton lain.

Real Steel mula menemui penonton melalui tayangan biasa mulai dari semalam. Kalau anda mahu membawa anak2 menonton atau anda sendiri rasa nak tengok mcmana robot bertinju bolehlah ke panggung hujung minggu ini.


10 comments:

  1. Tengok wayang adalah perkara yang paling bench oleh cik abang kita, memang dari dating muda2 dulu kami tak tengok wayang Kalau pergi pun Ada 2 Kali je itu pun paksa sampai merajuk2 saya baru dia mengalah.

    Dia lebih rela tunggu film tu dimainkan ditv atau beli DVD je, sekarang DVD pun dia dah tak beli lagi, masa tengah gila membeli dulu sehari sehingga 10 DVD dia beli. Gilos punya orang kan.

    ReplyDelete
  2. sharifah rosidah,

    Saya pun amat jarang ke panggung sebenarnya. Kali terakhir saya ke panggung sebelum malam Rabu baru ini adalah tahun lepas bersama emak Adam. Itupun kerana tayangan amal juga. Masa tu beli 2 tiket aje sbb satu tiket RM100 juga.

    Anak2 kami selalu juga pergi tengok wayang guna duit mereka sendiri.

    Wah kalau sampai 10 DVD sehari mmg gilos. Saya jarang tengok wayang di rumah. Kalau anak2 beli DVD atau download biasanya hanya mereka yg menonton.

    Kerana jarang menonton di pawagam itulah saya buat n3 bila saya pergi sebagai mengingati tarikh dan citer bila saya baca blog saya ni 10 tahun dari skrg (kalau saya dan blog ini masih ada) hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak mcm best je cite ni yb. nanti bolehlah bawak en.sham pergi nonton

    ReplyDelete
  4. macam nk pegi tgk..... hugh jackman.........

    ReplyDelete
  5. Ramai dah dok citer filem ni best. Saya rasa saya beli CD jer kot...

    ReplyDelete
  6. mMoOnN aAlLeEaA,

    Boleh tahan jugalah citernya. Dengar khabar tiket sold out semalam.

    Kena booking awallah kalau lea nak bawa En Sham pergi menonton.

    ReplyDelete
  7. zonaku,

    Hugh Jackman mmg hero yg macho. Cuma heroin citer ni tak cun huhuhu

    ReplyDelete
  8. azieazah,

    Beli jangan tak beli. Budak2 yg seronok tengok citer ni terutama watak Max anak Hugh Jackman tu.

    ReplyDelete
  9. ibuintan,

    Waalaikum salam.

    Malam tadi saya jawab dalam hati aje sebab tak sempat nak balas dgn tulisan ngeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails