Thursday, October 13, 2011

Bila Isteri Demam, Suami Yang Risau

Selasa lepas tiba2 Hazwan, anak sulung kami balik dari UIAM tengahari dihantar oleh seorang rakan. Biasanya dia pergi pagi, balik lewat petang atau malam dgn Camry lama yg dah berwajah barunya itu.

Dia tak sihat rupanya. Dia dah pergi periksa di klinik universiti dan doktor mengesyaki demam denggi. Sepanjang hari dia di rumah dan suhu badannya turun naik.

Semalam demam tu dah berjangkit kpd emak Adam. Tengahari tu seperti biasa dia masih gagahi utk melakukan kerja2 rumah. Org perempuan ni selagi boleh bangun mereka akan teruskan buat tugasan mereka. Yang ini memang aku tabik spring.

Malam tadi demam dia semakin tinggi. Tak selera dia nak makan. Selepas aku balik dari surau aku makan seorg diri. Anak2 dah makan sebab aku balik dah pukul 9 lebih. Malam tadi ada kelas agama di surau.

Lepas aku selesai makan, emak Adam minta aku tolong suapkan Adam - satu tugas mencabar sebab budak tu memang susah nak makan. Aku pun ambilkan nasi, letak ikan tenggiri masak kari yg emak Adam masak tengaharinya, letakkan 3 bendi yg aku gunting2 dan kicap.

Sambil menonton Mr Bean di iPad berselera pula Adam makan malam tadi. Senang kerja aku hehehe.

Pagi ni emak Adam masih demam. Makin teruk. Dia tak larat bangun utk buat kerja rumah.

Setakat jerang air panas dan buat teh bolehlah aku. Nak buat sarapan kirim salamlah. Emak Adam kata biskut crackers ada dalam kabinet kalau aku nak. Maka aku pun bersarapan biskut Hup Seng ajelah pagi ni. biar kurus sikit badan tu

Lepas sarapan tadi aku hantar emak Adam ke klinik. Suhu badannya 104 darjah. Macam api kata doktor.

Balik dari klinik kami singgah pasar Keramat utk beli lauk. Naik pilih lauk pun emak Adam tak larat w/p dia cuba gagahkan.

"Abang ajelah yg pilih sebab yg nak makan abang dan anak2," katanya.

Nak pilih lauk pun aku pening sebab biasanya dia yg buat kerja tu kalau kami beli lauk di luar.


27 comments:

  1. Semoga cepat sembuh...panasnya tak kena admit pulak?

    ReplyDelete
  2. semoga kak siti cepat sembuh..!

    ReplyDelete
  3. moga cepat sembuh
    bawak g sepital
    kesian mak adam
    kesian adam
    kesian bapa adam gak
    tp tak pe lah bukan selalu buat kerja2 rumah

    ReplyDelete
  4. tingginya suhu badan mak adam.. semoga cepat sembuh ye..

    ReplyDelete
  5. mmg lain skit bila wife dh tak sihat tu..kita plak dh besa..tp cam saya, sbb masih baru..jadi masih ingat dn boleh la nk take over keja kalau wife tak sihat..hehehe

    ReplyDelete
  6. susah kan bila 'suri' tak sihat.
    kalau kat dapur tu cari bende/brg mesti tak jumpa..

    hargailah org rumah anda :-)
    iklan sikit

    ReplyDelete
  7. Salam,
    Semoga emak Adam cepat sembuh...

    kesian Adam
    kesian abah Adam... ;-)

    ReplyDelete
  8. Kesian mak Adam semuga cepat sembuh, baru tahu kalau isteri sakit boleh dikatakan semua urusan rumah tergendala. Saya selalu beritahu suami Dan anak anak dalam rumah ni hanya mama je yang tak boleh sakit kalau sakit juga terpaksa gagahkan diri juga untuk buat kerja sebab saya tak Ada Pembantu untuk mengemas rumah. Kalau setakat makan boleh beli begitu juga Baju boleh hantar dobi.

    ReplyDelete
  9. shaliza,

    terima kasih mendoakan emak Adam.

    Tak kena admit sebab pergi ke klinik biasa aje. Doktor suruh minum banyak air dan sapukan air di badan selain makan ubat yg dia berikan.

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    amin. Itulah yg kami semua harapkan.

    Kalau lama demamnya, makin banyak kerja rumah yg tertangguh hehehe

    ReplyDelete
  11. kasihibu,

    kalau bawak hospital takut kena tahan kat sana. Susahlah sebab Adam tidur bawa ketiak emak dia. Setakat ni rasanya tak perlu masuk hospital lagi.

    Terima kasih bersimpati dgn kami sekeluarga.

    Dah lama tak buat kerja rumah sendirian. Rasa kekok pulak. Setakat menolong2 emak Adam tu biasalah ngeeee

    ReplyDelete
  12. -GC-,

    Itulah. Malam tadi satu malam dia tak boleh tidur. Panas mcm api. Tapi ada masa sejuk mcm ais.

    ReplyDelete
  13. HEMY,

    Eloklah awak masih ingat nak buat kerja2 rumah. Teruskan supaya bila isteri demam awak mampu melakukannya dgn senang.

    Bab masak memasak yg best2 ni saya tak pandai. Setakat nak makan sendiri tu bolehlah. Tapi kalau nak buat rendang atau masak yg komplikated tu saya serender hehehe

    ReplyDelete
  14. HappyIrfa,

    Memang susah bila 'suri' demam.
    Cari barang di dapur tu ok lagi sebab saya sering tolong dia bila dia di dapur spt menumbuk bawang, mengacau bahan2 yg dimasak dlm kuali dan mengisi bekas gula dan garam yg dah nak kosong. Tapi nak masak sendiri utk keluarga saya dah tak pandai hehehe.

    Terima kasih di atas pesanan penaja itu.

    ReplyDelete
  15. nurazzah8,

    wsalam.

    Amin.

    Memang kesian lelaki dua org tu hehehe

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    Ini menunjukkan yg kebanyakan kita bergantung hampir sepenuhnya kpd isteri/ibu utk menjalankan kerja2 rumah terutama mereka yg menjadi surirumah sepenuh masa. Kalau isteri/ibu sakit, makan menggelabahlah ahli keluarga yg lain.

    Hari ni kami beli makanan di luar dan bawa balik utk dimakan bersama. Emak Adam tak larat nak masak dan tak sanggup makan di luar.

    Baju kami tak hantar dobi. Jadi kumpulkanlah dulu utk sehari dua ni. Lepas ni rumah kami pulak jadi mcm dobi bila terpaksa membasuh banyak.

    ReplyDelete
  17. dah mlm ni..... mcm mana ngan mak Adam?


    bawak la ke hospital....... masuk wad untuk pemantauan lebih ketat. bagi minum jus..... dan bykkan minum air kosong jugak.....


    harap cepat sembuh

    ReplyDelete
  18. susahkan kalau isteri tak sihat.....lea kalau dah demam teruk kesian jugak nengok suami makan maggie je dah....

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum YB,

    Semuga isteri cepat sembuh...biasalah masing-masing punya peranan masing-masing yg saling bantu membantu...kalau pincang satu memang membebankan...

    redho jer pada Allah dia nak naik kan makam iman YB tu...Insyaallah...aaminnn.

    ReplyDelete
  20. betapa pentingnya isteri kanns?!

    moga emak adam cepat sembuh.. minum 100plus banyak2 ya

    ReplyDelete
  21. Saya pernah kena demam denggi, saya tau peritnya macamana. Demam tu ok lagi, tapi sakit badan tu yg tak tahan.

    Asik berulang amik darah jerrrr.. Kena banyak minum air (100 Plus pun ok).

    Bila isteri terlantar, suami kena berkorban jadi tukang masak. Kalu lama tak pegang kuali, alahaiii... makan di kedai mamak ler jawabnya.

    ReplyDelete
  22. zonaku,

    Malam tadi kurang sikit demamnya. Bolehlah juga dia lelap.

    Skrg makin sihat tapi belum sembuh sepenuhnya. Dia kata masih sengal2 badannnya.

    Kalau masuk wad susah pulak siapa nak jaga adam. Biarlah kat rumah aje sambil makan ubat.

    Terima kasih kerana prihatin dan doa awak tu.

    ReplyDelete
  23. mMoOnN aAlLeEaA,

    Memang susah. Banyak kerja dia yg kita org lelaki tak dapat nak gantikan.

    Baik sungguh isteri2 mcm lea ni. Dah demam pun masih ingatkan dan kesiankan suami yg makan maggie je sedangkan isteri yg sakit tu makan pun tak lalu.

    ReplyDelete
  24. azmnor,

    Waalaikum salam.

    Itulah yg kami semua harapkan. Nampaknya ada perubahan positif hari ini. Dia dah boleh bangun dan gagahkan diri utk masak dan buat kerja2 lain.

    Kita mmg saling bantu membantu tapi ada perkara2 yg isteri lebih cekap melakukan.

    Mungkin Allah nak kifarah dosa dia dgn memberi ujian tak sihat ni. Dia banyak bersabar tu.

    ReplyDelete
  25. ~mrs azmi~,

    Memang isteri sangat penting.

    Amin. Dia minum Gatorade. Anak saya yg juga demam tak suka 100Plus. Jadi bila saya belikan Gatorade utk anak, saya belikan juga utk emak Adam benda yg sama. Doktor kata itu pun boleh sbb minuman tenaga tu.

    ReplyDelete
  26. azieazah,

    kalau kena demam denggi mmg sakit2 satu badan. Saya pun pernah kena 7 tahun lepas. Petlatte saya turun sampai 9. Alhamdulillah belum ajal. Tambah darah berbotol2. Kalau tambah air tu tak usah cakaplah. Seminggu saya di hospital. Azah tu dah melaluinya. Jadi azah tahu betapa peritnya penderitaan org yg kena denggi ni.

    Semalam saya beli lauk aje di gerai pada waktu tengahari. Malam tadi di surau mmg ada makan2 lepas tahlil setiap malam Jumaat. Anak2 saya beli nasi goreng dan chicken chop aje.

    Hari ni emak Adam dah boleh bangun utk masak. Selamatlah saya dari kena masak hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails