Tuesday, October 11, 2011

Cabaran Menjaga Orang Tua

Pagi tadi semasa sarapan pagi aku tengok emak aku tak lalu makan w/p mcm2 kuih disediakan oleh emak Adam, menantu dia. Ada popia dan karipap yg emak Adam goreng pagi tadi setelah dia sediakan secara sejuk beku beberapa hari lepas. Aku bedal popia sampai 3 biji dan karipap sebiji sedangkan emak aku sebiji pun dia tak jamah.

Selain popia dan karipap tersebut emak Adam juga membuat ubi goreng dgn rempah. Lepas habis aku makan popia dan karipap aku beralih ke ubi goreng pula. Memang sedap.

Aku pun tanya kenapa emak aku tak nak sarapan apa2 pagi ni.

"Kau tak keluar ke mana2 ke hari ni Nus?" tanya dia setelah agak lama membisu.

"Kenapa emak? Patutnya saya nak ke Ulu Bernam hari ini tapi takpelah. Kerja sendiri boleh adjust," jawab aku.

"Lepas sarapan ni hantar emak pergi klinik. Rasa macam nak pitam aje ni. Dah 3 hari mcm ini," pinta emak aku.

"Ok. Emak siaplah. Saya nak suapkan Adam roti ni sementara dia nak makan tu.."

Adam memang susah nak makan. Itu sebab badannya tak montel macam Haikal. Tapi yg penting dia sihat.

Aku ke bilik mengambil dompet aku. Sambil tu aku minta Haizam ikut aku utk tolong menolak kerusi roda neneknya ke dalam klinik semasa aku nak cari parking nanti. Biasanya susah nak dapat parking kat kawasan klinik tu sebab Cina2 pengusaha bengkel kereta dah sapu kebanyakan parking. Pajak parking 1-2 petak dgn tanda merah tapi semua parking sekeliling bengkel mereka, org lain tak boleh parking.

Semasa sampai di klinik tiada pesakit lain. Haizam pun terus tolak nenek dia masuk bilik doktor setelah mendaftar. Masa aku masuk ke klinik setelah parking kereta, aku lihat emak aku sudah di pintu bilik doktor. Aku ikut masuk sekali. Aku dah biasa berbuat begitu setiap kali emak aku berjumpa dgn doktor ni. Doktor perempuan di awal 50an.

Selepas bertanya khabar dan melakukan pemeriksaan doktor dapati tekanan darah emak aku tinggi - 173/119. Paras gula juga naik kpd 15.8,

Patutlah emak aku kata dia nak pitam. Nasib baik tak pengsan. Emak aku kalau kata pergi hospital memang dia tak nak kecuali dah terpaksa. Dengan doktor pun bukan sebarang doktor dia mahu. Dgn doktor ni dia ok.

Doktor ini beritahu emak aku dan aku yg emak dia sudah meninggal dunia. Skrg bapa dia tinggal bersama dia di KL ini. Dia berasal dari Terengganu. Umur bapanya sudah 90 tahun tapi masih mampu berjalan sendiri. Kalau doktor ni kerja, bapanya tinggal di rumah seorg diri kerana doktor ni dan bapanya tak selesa jika ada org gaji. Bapanya ada semua jenis penyakit - 3 dlm 1. Kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Bahkan dia telah menjalani pembedahan jantung 11 tahun lalu. Kiranya sekarang doktor inilah yg menjaga bapanya. Suaminya tak kisah bapa mertua tinggal bersama mereka menghabiskan sisa2 usia.

Emak mertua doktor ini duduk di kampung di rumah anak2nya di sana setelah kematian suami. Nak bawa KL dia tak selesa duduk berkurung dalam rumah. Mujur ada anak ramai di kampung.

Inilah secebis kisah 3 orang tua di hari2 senja mereka. Kalau dapat anak dan menantu yg baik, alhamdulillah. Kalau anak semua jenis tolak menolak tak nak menjaga sebab semua sibuk dgn urusan kerja, tinggallah di kampung seorg diri. Atau mungkin jadi penghuni Rumah Kenangan.

Apalah nasib kita bila kita tua esok?

20 comments:

  1. untung YB masih berpeluang tabur bakti pada nenek adam...

    kem salam kat nenek adam yer...

    ReplyDelete
  2. Salam YB,

    Ishhhh...InshaAllah, anak kita semua akan jaga kita dgn baik.

    ReplyDelete
  3. kakngah,

    Dari sudut positif memanglah kita diberi peluang menjaga ibu yg telah tua. Tapi tak semua org boleh bersabar dgn kerenah org2 tua ni. Sedangkan anak sendiri kadang tu tak sanggup menjaga inikan pula menantu.

    Tapi alhamdulillah emak Adam sanggup melaluinya sejak 18 tahun lalu.

    InsyaAllah nanti saya sampaikan.

    ReplyDelete
  4. Marina Monroe,

    Wsalam kak.

    Alhamdulillah lah kalau anak2 kakak semua nak jaga kakak dan abg.

    Ada sebahagian tu bukan tak nak jaga tapi masing2 ada komitmen lain. Samada tuntutan keluarga sendiri spt nak jaga anak2 mereka yg masih bersekolah atau tuntutan kerja lebih2 lagi jika suami isteri bekerja. Tambahan rumah ibubapa jauh dari rumah anak2 huhuhu

    ReplyDelete
  5. I've done my part with my parents..moga mereka telah bersenang hati dengan layanan dan kasih sayang yang kami curahkan dulu..

    ReplyDelete
  6. Sally,

    Tahniah kerana telah memberikan yg terbaik utk ibubapa Jaja di penghujung hayat mereka. Mungkin asbab dari itu, Allah murahkan rezeki kalian dan mencurahkan rahmatNya.

    Semoga ibubapa Jaja berbahagia di sana.

    ReplyDelete
  7. sentiasa memikirkan bagaimana nasib masa depan..

    ReplyDelete
  8. Mak saya tinggal dijb dengan kakak saya Dan anak nya(kakak saya janda cuma Ada seorang anak). Kakak duduk rumah mak, tapi rumah tersebut telah ditukar milik keatas Nama beliau. Mereka berdua macam Dan kucing asyik bergaduh aje.

    Suami Dan saya ajak mak duduk dengan kami, oleh kerana saya dikira bungsu( Ada adik tapi dipelihara datok sejak Dari umur 2 hari).suami sangat sayang kan mak saya sebab kami pernah duduk serumah semasa kerja dijb, tapi mak saya kata dia tak nak duduk rumah saya sebab dalam hutan dia tak biasa Dan dia tak nak mati kat tempt orang, kalau duduk seminggu boleh lebih dia tak hendaknya. Kami dengan Serba salah ikut kan je sebab tak nak mak merajuk kalau kami tahan dia lama dirumah kami. Ini lah dilemma kami suami isteri.

    ReplyDelete
  9. wallahualam apa akan terjadi pada masa depan... cuma berharap aku mampu jadi anak yang menyenangkan hati mak dan berbakti pada dia




    pada ayah, hanya doa dapat kami kirim sebab tak berpeluang berbakti.

    ReplyDelete
  10. saya juga terfikir...apa nasib saya nanti bila tua...risau akan menyusahkan anak2 dan org sekitar...nauzubillah

    ReplyDelete
  11. Sally,

    You are most welcome.

    Itulah sedikit bakti yg dapat kita curahkan. Belum cukup utk membalas sekali susuan oleh ibu kitapun atau penat lelah ayah mencari rezeki utk membesarkan kita.

    ReplyDelete
  12. ikan emas,

    bagus IE sentiasa memikirkan nasib masa depan. Tapi kita hanya mampu merancang. Allah yg menentukan. Semoga Dia berikan yg terbaik buat kita.

    ReplyDelete
  13. sharifah rosidah,

    Terima kasih kerana berkongsi kisah awak.

    Org tua ni kadang susah kita nak fahami keputusan yg mereka ambil. Mungkin kita rasa jalan yg kita cadangkan lebih baik tetapi mereka memilih jalan lain. Kalau dah puas kita pujuk, nampaknya kitalah yg kena mengalah dan cuba sesuaikan diri kita dan keluarga dgn kehendak mereka.

    Emak mertua saya pun tinggal di kampung seorg diri skrg setelah suaminya meninggal dunia bulan Ramadan baru lalu. Kalau ikut anak2 kan lebih senang tapi dia tak nak.

    ReplyDelete
  14. hai YB .. salam kenal..

    Jaga org tua ni kita cuma perlu beberapa perkara.. sabar.. faham .. tak payah fikir sapa nk jaga.. mak pak kita biarlah kita yg jaga sbb depa yg jaga kita dr kecik dulu..

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Ya kita tak tahu apa akan terjadi kpd kita di masa depan. Apa yg boleh kita lakukan ialah memberi yg terbaik utk ibu kita pada masa skrg. Awak dan saya sama. Kita cuma ada tinggal ibu saja.

    Kpd ayah, kita hanya mampu mendoakan setiap lepas solat di samping sedekahkan al-fatihah dan bacaan Yasin dan tahlil.

    ReplyDelete
  16. shaliza,

    Awak masih muda utk terlalu risau memikirkan perkara tersebut. InsyaAllah anak2 akan menjaga awak dan suami bila tiba masanya.

    Jika kita berbuat baik kpd ibubapa kita, anak2 kita pula akan berbuat baik kpd kita.

    ReplyDelete
  17. halila ibrahim,

    Hai Fazz. Terima kasih menghulurkan salam perkenalan.

    Betul tu emak bapak kita, kitalah yg sepatutnya menjaga. Dan utk menjaga mereka kena sabar dan faham. Banyak2 sabar. Semakin meningkat usia mereka semakin banyak perlu bersabar.

    Tak semua yg mereka mahu kita faham dan tak semua yg kita faham mereka mahukan. Kena banyak komunikasi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails