Thursday, October 6, 2011

730 Mata

Pagi semalam aku dapat sms dari sebuah sykt minyak mengatakan aku telah menebus 730 mata ganjaran di salah sebuah stesen minyak mereka.

Terkejut aku sebab aku takde menebus sebarang mata. Kalau nak potong sesuka hati pun janganlah sampai macam tu punya banyak. Ini dah kalah penyamun.

Tadi aku menghubungi pusat khidmat pelanggan mereka melalui nombor bebas tol.

Selepas diarahkan menekan butang itu dan butang ini oleh mesin suara akhirnya aku dapat bercakap dgn seorg manusia. Sarah namanya.

Aku pun mengenalkan diri aku dan masalah yg aku hadapi. Dia pun minta nombor kad yg aku gunakan itu. Mujur ada dlm sms tu. Kalau tak, manalah aku nak ingat sebab kad itu akku simpan di dalam kereta. Sampai 17 angka. Kalah no IC. Mungkin sykt ini menjangkakan pelanggan mereka akan berbillion2 orang.

Sarah memberitahu aku 730 mata itu aku gunakan utk isi minyak sebanyak RM7.30 di stesen T--T dua hari lepas. Aku kata minyak tu aku isi gunakan kad kredit. Macamana pula dia kata aku gunakan mata gajaran.

Aku teringat yg pam minyak terhenti pada RM7.30 semasa aku mengisi minyak di stesen tersebut. Aku ingat nozzle dia tendang sebab tekanan udara di dalam tangki aku. Bila aku nak menyambung mengisi minyak dah tak boleh. Rupanya sistem komputer sykt minyak ini sudah belasah mata ganjaran aku.

Bila aku komplen kata aku tak rela gunakan mata ganjaran utk tujuan itu, Sarah kata dia tak boleh buat apa2. Mata ganjaran yg telah ditebus tak boleh dikreditkan semula. Tapi aku kata bukan aku yg tebus mata ganjaran tu. Mesin sykt dia yg memandai2 potong dari mata yg telah aku kumpulkan bertahun2.

Nak menjustifikasikan tindakan sykt mereka, Sarah kata aku isi minyak sedangkan kad kredit aku tak diluluskan. Sedapnya dia cakap. Kalau kad kredit aku tak lulus, mana aku boleh pam minyak. Aku sendiri melihat di skrin yg permintaan aku menggunakan kad kredit itu diluluskan.

Pusing sana pusing sini akhirnya dia tetap bertegas aku tak boleh dapat semula mata ganjaran itu w/p jika aku bayar RM7.30 utk minyak tu.

Malas aku nak buang masa lagi. Aku dah ambil no aduan dan kalau tiada tindakan sampai esok, aku akan buat Aduan Rakyat atau aku call Tok Ki di Klinik Pengguna di Radio 24.



Tahukah Anda?
Anda hanya mendapat satu mata ganjaran utk setiap liter petrol yg anda isi (RM1.90) Untuk mendapat 730 mata ganjaran anda perlu mengisi RM1,387.00. Dengan mata sebanyak itu (730) anda boleh mendapat petrol bernilai RM7.30 bersamaan 3.84 liter.

Satu mata bernilai satu sen saja.

12 comments:

  1. semenjak dah tak bekerja ni.. takde lagi kumpul mata ganjaran..

    ReplyDelete
  2. kakngah,

    ada mcm2 mata ganjaran selain dari minyak petrol. Skrg TM pun ada bagi mata ganjaran dan tawaran bagi mereka yg bayar bil awal.

    psst - kalau kakngah tak masuk pun bagus juga. Adalah peluang lebih sikit utk saya hehehe

    ReplyDelete
  3. kaklong,

    dulu mereka bagi satu mata utk setiap ringgit tapi bila harga minyak naik mereka tukar satu mata utk satu liter.

    ReplyDelete
  4. azieazah,

    Betul tu. Ia dikenali sebagai program ketaatan. Pelanggan akan terus menggunakan produk sykt yg sama kerana hendak mengumpul mata. Tapi hakikatnya nilai mata tu tak seberapa.

    ReplyDelete
  5. Suka suki je diorang tu nak potong mata ganjaran yang dikumpul ye...

    ReplyDelete
  6. aNIe,

    itulah. Nasib baik dapat sms tu. Kalau tak mungkin saya tak perasan mata ganjaran dah kena potong huhuhu

    ReplyDelete
  7. wuhu..memang panas hati la kalau kene mcm tu paman YB..redha je la..

    ReplyDelete
  8. sharifah rosidah,

    Sykt besar pun buat aniaya kpd pelanggan.

    Sampai hari ini takde siapa yg menghubungi saya semula dari sykt tu.

    ReplyDelete
  9. nazwellazo,

    memang bengang.

    Sykt ni atau pekerja mereka belum ada budaya 'to delight the customers'. Masih perlu banyak belajar mereka ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails