Tuesday, October 4, 2011

Ish Dah Bersawang Blog Ini

Dah dekat seminggu aku tak update blog ni. Kali terakhir pun cuma update melalui Blackberry aje.

Malam Ahad lepas, adik kembar aku sekeluarga datang ke rumah kami. Dia beritahu aku yg blog aku telah di'remove'. Adik iparnya yg pembaca senyap blog aku yg beritahu dia. Aku pun cubalah masuk. Betul dah takde! Tapi aku rilek aje. Adik aku yg risau usaha aku menulis beratus2 jam selama lebih 3 tahun akan hilang begitu saja. Dia tanya samada aku ada buat back up. Aku kata takde. Kalau hilang, hilanglah. Not the end of the world bagi aku. Tapi adik aku pula yg risau.

Malam tu ada juga rakan aku seorg blogger yg ramai peminat menghantar sms dari YM dia bertanya soalan yg sama mcm adik aku. (bagi yg belum tahu, anda boleh menghantar mesej ke hp rakan anda menggunakan YM dgn percuma jika anda masukkan no hp mereka). Kami berbalas2 mesej malam minggu tu. Dia dgn YMnya dan aku gunakan sms dari hp aku. Akulah yg kopak huhuhu.

Pagi Ahad tu aku tak online sebab aku nak cepat ke LCCT utk penerbangan ke Kota Bharu. Tapi pagi tu ada juga rakan yg menghubungi aku bertanya kenapa aku remove blog aku. Sayang juga korang kat aku blog aku ni ya.

Tengahari Ahad tu selepas aku selesai makan dan menunggu utk meeting selanjutnya di KB aku cuba upload n3 bergambar dari Restoran Nasi Ulam Cikgu di Pengkalan Chepa. Kami makan ikan bakar, gulai patin, ayam goreng dan yg best sekali budu di restoran tersebut. Tapi tak lepas nak update tu. Sah blog aku masih tak boleh nak akses.

Balik dari KB aku sampai rumah dah pukul 11:30 malam. Takkanlah dah seharian aku tinggalkan anak isteri bila balik sibuk pula dgn komputer. Jadi aku tak buka lappy aku malam itu w/p aku tidur dekat pukul 2 pagi. sila jangan tanya apa aku buat hehehe

Pagi Isnin aku ada mesyuarat di Ulu Bernam. Pagi tu aku sempat update Facebook aku aje dan balas sebahagian dari komen2 dari rakan2 mukabuku aku. Kat blog aku tengok dah boleh masuk sebab aku boleh baca komen2 di n3 aku yg ada gambar aku dan kembar aku tu. Aku tak sempat nak update blog aku kerana aku dah terlambat utk pergi meeting di Ulu Bernam tu.

Petang semalam selepas balik dari Ulu Bernam, aku buat kerja2 aku sambil berfb. Sekali lagi blog aku terabai. kesian blog aku dah mcm nasib isteri tua huhuhu

Petang ini aku dgn gigihnya buat update ini sebab aku tengok dah bersawang blog aku ni. Aku bukan kesian kat blog ni tapi kpd kawan2 yg masih sudi berkunjung ke blog aku w/p aku tak update dah berapa hari.

Kepada anda sekalian, I love you!

Ok aku nak sambung buat kerja.


30 comments:

  1. kesian aku tau.........



    walau bukan tetiap hari aku bukak blog ni, tp tetap la tertunggu2 update. yang entry konsep blog bebetul, bukan entry konsep fb.
    hahhahhahaaaa...

    ReplyDelete
  2. ya............... seperti biasa, siapa jd pengomen pertama, akan tamak takhta seketika...



    aku nk p buat keja.....

    ReplyDelete
  3. Memang minggu lepas ada terjadi blog ilang tanpa dapat dikesan, termasuk blog saya. Pastu dah ok dah...

    ReplyDelete
  4. kiranya blog yang takle akses aritu sebab ape ye?

    ke saja - saja dia buat macam tu?

    ReplyDelete
  5. zonaku,

    tau sebab saya tengok berpuluh2 malah beratus org yg masih mengunjungi blog saya w/p tak berupdate

    ReplyDelete
  6. zonaku lagi,

    Ini pasal saya kesian org mcm awaklah saya buat n3 ni....


    Nak buat n3 konsep blog kena ambil masa sikit. Kalau yg mcm fb tu, 10 saat dah siap hehehe.

    ReplyDelete
  7. zonaku lagi dan lagi,

    itu saya faham. Bila lagi nak giler koser. Dahlah skrg update bukannya setiap hari.

    Silalah buat kerja tu. Kata kawan2 dah pergi forum.

    ReplyDelete
  8. jadilah macam pemancing tegar .. walaupun pancing mereka tak turun ke air, tapi mereka tak pernah bersara dari memancing.

    kalau ada yang bersara atau jual pancing, tu bukan pemancing tegar. itu pemancing ikut arus .. maksudnya kalau boss dia kaki pancing, dia pun tukar hobi jadi kaki pancing juga.

    ReplyDelete
  9. taupun...tak update pun lea masuk blog ni gak tau.....

    ReplyDelete
  10. tuh yg malas rajin sgt kt fb. salah satu mesti akan terabai.

    ReplyDelete
  11. azieazah,

    Oh blog awak pun hilang jugak ke? Itu yg saya syak mcm kes malware dulu. Ribut di dalam cawan.

    Tapi kali ni saya dah tak kisah sbb percaya ianya akan ok semula hehehe

    ReplyDelete
  12. ~mrs azmi~,

    Saya pun tak tahu sebabnya. Mungkin ramai sangat org blogging sampai tak boleh akses mcm masa org nak bayar saman trafik tahun lepas hehehe

    ReplyDelete
  13. al-lavendari,

    Ini nasihat dari pemancing dan blogger tegar. Sgt menyentuh perasaan.

    Persoalannya adakah saya ni blogger tegar? Rasanya tidak. Cinta dah beralih arah. Tak guna dirayu lagi

    cewah

    ReplyDelete
  14. mMoOnN aAlLeEaA,

    saya tau. Terima kasihlah lea. Tapi kalau nak ikuti perkembangan saya bolehlah ke fb. Kat sana lagi bnyk update w/p pendek2.

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    tahniah kerana masih setia dgn blog. Semoga fidde membuat pilihan yg betul.

    Nanti jgn lupa buat n3 banyak2 bila ke Kundasang

    ReplyDelete
  16. saya pun dah jadi silent reader...hari ni saja yg tak silent! hehehe

    jangan risau..blog saya lagi lama tak berupdate...

    ReplyDelete
  17. i love u too lah yb..
    hehhh..mak adam marah tak agak2 nya...hehehe!!

    ReplyDelete
  18. nurazzah8,

    oh pasal itulah saya dah tak nampak komen2 dari Azzah lagi kebelakangan ini.

    Kalau tak keberatan coretlah sikit komen bila dah baca tu. Jadi saya tahu maklum balas kawan2.

    ReplyDelete
  19. kaklong,

    Wow very unsangkarable!

    Emak Adam tak marah sebab dia tak baca blog ni. Takut cik abg kaklong yg marah. Saya larikksss

    ReplyDelete
  20. memang dah terabai dah blog ko ni hehe..
    ramai yang terkena ..

    ReplyDelete
  21. ibundo,

    tak dapat dinafikan blog ini dah tak terupdate sekerap dulu.

    Nanti kalau datang semangat baru saya cuba hidupkan semula spt dulu kerana masih ramai yg BW ke sini termasuklah kakpah.

    ReplyDelete
  22. salam..yb..

    terima kasih singgah komen di blog saya.

    ReplyDelete
  23. YB... tu la saya ingatkan betul2 YB dah tutup blog ni, dah dua kali saya tak boleh masuk


    janganlah tutup YB

    ReplyDelete
  24. ibuintan,

    InsyaAllah saya tak akan tutup tapi mungkin skrg ni say a dah kurang buat update.

    Terima kasihlah kerana terus memberi sokongan.

    ReplyDelete
  25. Yb kenapa tidur lambat? Saya nak juga tahu!

    ReplyDelete
  26. sharifah rosidah,

    Kat rumah kami ni mmg dah biasa tidur lambat. Adam yg kecil tu pun tidur selepas pukul 12 tgh malam. Antara sebabnya dia tidur petang agak lama. Dari pukul 5 ptg sampai pukul 7 lebih atau 8 mlm. Jadi lepas tu dia susah nak tidur sehingga tengahmalam. Aktif dia. Selagi dia tak tidur kami pun tak boleh nak tidur.

    Lepas Isyak baru saya balik rumah makan. Lepas makan kalau tak tengok tv saya sambung buat kerja atau buka fb dan blog.

    ReplyDelete
  27. Yb saya saje bergurau, tak sangka yb jawab dengan panjang kenapa tidur lambat, takut pulak nanti ada yang ingat busy body.

    ReplyDelete
  28. sharifah rosidah,

    Saya ni jenis terlebih ramah hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails