Tuesday, September 20, 2011

Akhbar Apa Yang Anda Baca?

Aku sedang baca Business Times online petang ni bila aku perasan ada rakan fb aku menegur aku di ruangan chat. (aku on kan fb tapi tak tengok pun pada masa tu).

Bila aku perasan aku pun switch ke fb dan balas tegurannya. Dia akan ke KL utk menghadiri satu kursus minggu depan di sebuah hotel. Dia kata nak singgah rumah aku utk beraya.

Sudah tentulah aku kata takde hal kalau aku ada kat rumah pada masa tu.

Dia kata nasib baik aku balas cepat. Kalau tak dia nak merajuk. Ek alah.

Berbalik kpd tajuk n3 kali ini iaitu suratkhabar, Sabtu lepas aku baru saja kansel langganan suratkhabar mingguan aku. Aku rasa tak berbaloi bila suratkhabar tu tak dibaca sangat. Dulu berebut aku dan anak2 aku nak baca. Sampai bercerai berai akhbar tu yg membuat emak Adam cukup pantang melihatnya.

Emak Adam sendiri selalu baca bila dia ada masa saja. Kadang tu dah dekat seminggu baru dia baca. Skrg ni jarang sangat dia baca. Dah bertambah sibuklah dia tu.

Kalau nak baca sangat, boleh pergi kedai beli. Akhbar harian mmg dah lama aku tak berlanggan. Buat penuh kat setor aje suratkhabar lama tu. Silap haribulan, jadi habuan anai2 yg sentiasa mencari kertas dan kayu utk dimamah.

Masa aku kerja dulu, akhbar online belum banyak lagi. Kalau nak baca kena beli yg hardcopy. Kawan2 aku ramai yg berlanggan. Tapi aku tak berbuat demikian kerana bagi aku masa kerja bukan masa utk baca suratkhabar. Kalau nak baca lakukanlah selepas waktu pejabat. Kawan2 aku yg berlanggan dan membaca akhbar di pejabat kebanyakannya akan tinggalkan suratkhabar mereka di pejabat atau campak dalam tong. Jadi dari membazir, aku bawa balik suratkhabar mereka hehehe.

Ada satu ketika, bos besar aku memberitahu aku agar membaca akhbar tentang bisnes spt Business Times kalau aku nak jadi bos.

Aku ingat lagi pesan dia "Don't just read Star and Sun if you want to be perceived as business savvy."

Ceit dia tak tahu ada pekerja dia yg baca majalah Mangga kat opis!

Jadi kalau korang nak naik pangkat, bacalah akhbar atau majalah yg nampak gah. Yang bacaan ringan atau penuh dgn gosip tu hentikanlah.

Ok aku nak sambung chat dgn kawan aku tu. Nanti perasan pulak dia aku tengah update blog ni. Kalau dia merajuk susah pula nak pujuk hehehe

18 comments:

  1. amboii..yg dtg tu kwn lelaki ke pompuan...sampai nk merajuk-rajuk pulak...heheheh!!

    ReplyDelete
  2. YB baca mangga??
    majalah tu banyak 'mangga' tepi swimming pool..

    ReplyDelete
  3. Salam YB.... Kadang2 bila vosan kt Feskelas, saya baca suma paper tmasuk tamil nesan n nanyang...huhu.

    ReplyDelete
  4. kaklong,

    dia belum datang lagi. Minggu depan baru kursus kat KL. Nantilah bila dia jadi datang dan saya rajin nak update blog boleh tahu lelaki ke pompuan hehehe

    ReplyDelete
  5. kakngah,

    Bukan saya yg baca mangga tapi ada satu section kat sykt lama kami tu yg melanggan mangga. Tak pasti samada mereka tong tong beli majalah tu atau cas ke kompeni.

    'Mangga' mengkal tu yg kat tepi swimming pool hehehe

    ReplyDelete
  6. Riz Ardy,

    Wsalam Riz. Dah balik rumah ke? Kata nak buat makan2 malam ni? Senyap aje huhuhu.


    Tak tahu yg Riz pandai baca suratkhabar tamil dan cina. Paling kuat saya cuba baca Utusan Melayu semasa flight dari KL ke London kerana suratkhbar rumi dah habis org lain ambil.

    ReplyDelete
  7. Perempuan kalau merajuk boleh pujuk..kalau lelaki bagi penumbuk....:-)

    ReplyDelete
  8. baca mana yg sempat je heheheh

    ReplyDelete
  9. Hyrie,

    nak pujuk org perempuan ni yg saya lemah. Nanti dah baik dia merajuk balik bila dia tahu 'senjata' dia tu berkesan huhuhu

    Lelaki tak payahlah bagi penumbuk. Bagi penampar cukuplah hehehe

    ReplyDelete
  10. Masy,

    betul tu. Selain akhbar kita pun nak juga baca blog dan fb hehehe

    ReplyDelete
  11. YB, saya keje ngan syarikat suratkabar jenama "tut" ni, baru ler saya baca suratkabar cap "tut" ni.. dulu tak pernah... tu pun sebab dapat free copy...

    ReplyDelete
  12. Anaa,

    Untunglah kerja kat sykt suratkhabar dpt paper free. Saya dulu kerja kat sykt minyak tak dpt pun minyak free huhuhu

    Kalau Anaa baca suratkhabar cap lain boleh tak?

    ReplyDelete
  13. sy tunggu majalah mempelam keluar tapi tak kuar2 pun huhuhuuuhhh

    ReplyDelete
  14. hehe YB.. cute..

    jam2 ni jugak saya bukak business times online.. siap subscibe email lagi.. hehehe..

    ReplyDelete
  15. mak adam dan juga sya boleh berkawan kwan, kita baca suratkhabar lama!!!!!!!!

    ReplyDelete
  16. sahromnasrudin,

    mesti lebih 'panas' majalah mempelam ni sehingga awak tertunggu2 hehehe

    ReplyDelete
  17. Anaa,

    Ada harapan naik pangkat tu. Nak nampak lagi canggih baca juga Financial Times, NY Times dan Washington Post.

    ps - masa awak subscribe email Business Time tu ada tak nampak nama saya? ngeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails