Di rumah aku ni aku dan anak2 masing2 ada komputer sendiri kecuali Adam dan emak Adam (juga ibu aku tapi dia tak memerlukannya kerana dia tak tahu menggunakan komputer dan takde keperluan berbuat begitu).
Bagi Adam dan emak Adam mereka akan gunakan iPad yg aku dapat sebagai hadiah dari kawan aku.
Adam sering menggunakannya utk main game dan juga belajar. Dia dah hafal A, B, C sampai Z (disebut zee kerana program tu dibuat oleh org Amerika). Adam juga sudah kenal nombor 1 - 10. Kakaknya risau Adam akan cepat bosan bila dia masuk tadika nanti kerana dia mungkin dah pandai membaca masa itu
Bagi emak Adam pula iPad itu digunakan utk menonton sinetron terutama yg tak sempat ditontonnya semasa disiarkan di tv. Biasanya emak Adam menonton lewat malam bila Adam dah tidur. Akulah yg terkebil2 tunggu dia habis menonton. Pukul 1 pagi tak habis lagi menonton huhuhu.
Malam ini tadi Adam nak gunakan iPad. Aku rasa dia nak main game. Cara dia meminta nak guna iPad tu cukup menarik.
"Emak nak Adam pandai tak?" tanya Adam kpd emaknya.
"eh tentulah," jawab emaknya.
"Adam nak guna iPad boleh?"
Emaknya tahu dia dah terperangkap dgn soalan Adam hehehe
hikss..
ReplyDeletenasib baik Adam tak minta nak guna iMac kan...kalau idak...ayahnya terkebil2 lah takleh nak on9..hehee..
azza_irah,
ReplyDeleteKalau siang kadang tu dia minta gunakan iMac ni juga. Adam tahu mcmana nak guna iMac dan semua komputer di rumah ni. iPhone kakaknya pun dia pandai guna w/p dia baru 3 tahun.
Malam ni mana boleh bagi dia guna iMac. Nanti saya nak chat dgn 'org tu' terganggu hehehe
err...
ReplyDeletemalam-malam masih ada awan nano ke awk...ekekek..
azza_irah,
ReplyDeleteawan nano tetap ada w/p tak jelas kelihatan. Sesungguhnya awan itu tetap setia menemani awak.
sape 'org tu' tu YB? :D
ReplyDeletebijak..! memang bijakk...!
ReplyDeletehahahaa.......
ReplyDeletesian mak adam...
sibbaik adam tak ckp emak dia camni,
ReplyDelete"Emak nak Adam dapat adik baru tak?" tanya Adam kpd emaknya
"eh tentulah," jawab abahnye..
ekeke
gadisBunga,
ReplyDeleteish awak kan nak pergi mengembara. Tak payahlah nak tahu hehehe
kaklong,
ReplyDeleteKita minum dulu.
Itu sebab semalam saya rasa nak minum susu mcm adam biar saya pun jadi bijak bila sel otak saya banyak yg bersambung hehehe
zonaku,
ReplyDeletemmg sian. Tak dapat tengok sinetron malam tadi. Emak Adam mengosok baju akhirnya huhuhu
en_me,
ReplyDeletekalau ada adik baru bila kami nak pergi haji hehehe
bijak.. bijak..
ReplyDeletereverse psikologi tuuuu
lambat emak adam tido yer
ReplyDeleteMaksudnya kan YB, dah tiba masanya emak Adam dapat sebijik ipad sendiri..haha
ReplyDeletehehe..pandai adam perangkap mak nya... ni sure belajar dari abah Adam.. hihi..
ReplyDeletesbb dah bijak la ada mampu keluarkan pertanyaan mcm tu...
ReplyDelete~mrs azmi~,
ReplyDeletedari kecil dah nampak bijak si Adam ni. Harap2 bila besar tambah bijak.
juliet,
ReplyDeleteKami tidur lambat sebab Adam pun lambat tidur. Paling cepat pukul 12 baru dia nak masuk buai huhuhu
Awak tidur cepat kann?
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteBaru ni ada lucky draw yg hadiah utamanya Galaxy Samsung. Kalau menang hari tu, mmg nak bagi emak Adam tapi seperti biasa, saya tak bertuah huhuhu
Anaa,
ReplyDeleteYang ini takde siapa yg ajar Adam. Entah dari mana dia dapat idea nak cakap mcm tu.
KSWSK,
ReplyDeleteAda lagi beberapa soalan yg kita sendiri tak jangka dia tanya.
Cepat dia belajar.
Yb, kalau dirumah saya hanya saya je yang pakai iPad,masing2 dah ada laptop sendiri. Bila anak2 nak pinjam saya saje je buat keras. Saya suka menyakat anak2 sebab mereka selalu mengejek saya pakai iPad untuk baca blog Dan berfb je.
ReplyDelete