Tuesday, September 27, 2011

Kisah Berebut iPad

Di rumah aku ni aku dan anak2 masing2 ada komputer sendiri kecuali Adam dan emak Adam (juga ibu aku tapi dia tak memerlukannya kerana dia tak tahu menggunakan komputer dan takde keperluan berbuat begitu).

Bagi Adam dan emak Adam mereka akan gunakan iPad yg aku dapat sebagai hadiah dari kawan aku.

Adam sering menggunakannya utk main game dan juga belajar. Dia dah hafal A, B, C sampai Z (disebut zee kerana program tu dibuat oleh org Amerika). Adam juga sudah kenal nombor 1 - 10. Kakaknya risau Adam akan cepat bosan bila dia masuk tadika nanti kerana dia mungkin dah pandai membaca masa itu

Bagi emak Adam pula iPad itu digunakan utk menonton sinetron terutama yg tak sempat ditontonnya semasa disiarkan di tv. Biasanya emak Adam menonton lewat malam bila Adam dah tidur. Akulah yg terkebil2 tunggu dia habis menonton. Pukul 1 pagi tak habis lagi menonton huhuhu.

Malam ini tadi Adam nak gunakan iPad. Aku rasa dia nak main game. Cara dia meminta nak guna iPad tu cukup menarik.

"Emak nak Adam pandai tak?" tanya Adam kpd emaknya.

"eh tentulah," jawab emaknya.

"Adam nak guna iPad boleh?"

Emaknya tahu dia dah terperangkap dgn soalan Adam hehehe

23 comments:

  1. hikss..
    nasib baik Adam tak minta nak guna iMac kan...kalau idak...ayahnya terkebil2 lah takleh nak on9..hehee..

    ReplyDelete
  2. azza_irah,

    Kalau siang kadang tu dia minta gunakan iMac ni juga. Adam tahu mcmana nak guna iMac dan semua komputer di rumah ni. iPhone kakaknya pun dia pandai guna w/p dia baru 3 tahun.

    Malam ni mana boleh bagi dia guna iMac. Nanti saya nak chat dgn 'org tu' terganggu hehehe

    ReplyDelete
  3. err...
    malam-malam masih ada awan nano ke awk...ekekek..

    ReplyDelete
  4. azza_irah,

    awan nano tetap ada w/p tak jelas kelihatan. Sesungguhnya awan itu tetap setia menemani awak.

    ReplyDelete
  5. sibbaik adam tak ckp emak dia camni,

    "Emak nak Adam dapat adik baru tak?" tanya Adam kpd emaknya

    "eh tentulah," jawab abahnye..

    ekeke

    ReplyDelete
  6. gadisBunga,

    ish awak kan nak pergi mengembara. Tak payahlah nak tahu hehehe

    ReplyDelete
  7. kaklong,

    Kita minum dulu.

    Itu sebab semalam saya rasa nak minum susu mcm adam biar saya pun jadi bijak bila sel otak saya banyak yg bersambung hehehe

    ReplyDelete
  8. zonaku,

    mmg sian. Tak dapat tengok sinetron malam tadi. Emak Adam mengosok baju akhirnya huhuhu

    ReplyDelete
  9. en_me,

    kalau ada adik baru bila kami nak pergi haji hehehe

    ReplyDelete
  10. bijak.. bijak..

    reverse psikologi tuuuu

    ReplyDelete
  11. Maksudnya kan YB, dah tiba masanya emak Adam dapat sebijik ipad sendiri..haha

    ReplyDelete
  12. hehe..pandai adam perangkap mak nya... ni sure belajar dari abah Adam.. hihi..

    ReplyDelete
  13. sbb dah bijak la ada mampu keluarkan pertanyaan mcm tu...

    ReplyDelete
  14. ~mrs azmi~,

    dari kecil dah nampak bijak si Adam ni. Harap2 bila besar tambah bijak.

    ReplyDelete
  15. juliet,

    Kami tidur lambat sebab Adam pun lambat tidur. Paling cepat pukul 12 baru dia nak masuk buai huhuhu

    Awak tidur cepat kann?

    ReplyDelete
  16. Daddy Ziyyad,

    Baru ni ada lucky draw yg hadiah utamanya Galaxy Samsung. Kalau menang hari tu, mmg nak bagi emak Adam tapi seperti biasa, saya tak bertuah huhuhu

    ReplyDelete
  17. Anaa,

    Yang ini takde siapa yg ajar Adam. Entah dari mana dia dapat idea nak cakap mcm tu.

    ReplyDelete
  18. KSWSK,

    Ada lagi beberapa soalan yg kita sendiri tak jangka dia tanya.

    Cepat dia belajar.

    ReplyDelete
  19. Yb, kalau dirumah saya hanya saya je yang pakai iPad,masing2 dah ada laptop sendiri. Bila anak2 nak pinjam saya saje je buat keras. Saya suka menyakat anak2 sebab mereka selalu mengejek saya pakai iPad untuk baca blog Dan berfb je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails