Semalam rakan aku datang ke rumah utk berbincang hal2 bisnes. Dia nak bincang kat luar sebenarnya tapi aku nak cepat sebab malam tadi ada majllis bacaan Yaasin dan solat hajat di sekolah Haizam utk pelajar2 yg akan mengambil PMR tak lama lagi. Masa kawan aku hantar mesej aku masih di tapak projek. Jadi aku suruh dia ke rumah aje sebab masa tu dah pukul 6:00 ptg.
Antara perkara yg dibincangkan ialah memuktamadkan perjanjian dgn sebuah sykt di Pantai Timur utk mereka menjadi pengedar (bukan pengedar dadah) peralatan utk sykt kami. Aku tak boleh bagi tahu secara khusus apa alat tu tapi kami menjangkakan permintaan utk alat itu akan bertambah tak lama lagi. Yang aku suka, alat ini mesra alam dan akan mengurangkan pencemaran udara. Kiranya kami mengfokus kpd teknologi hijau.
Dalam perniagaan kita kena sentiasa melihat peluang2 baru kerana perniagaan sedia ada mungkin tak kekal jika keadaan berubah. Sebelum bidang pengurusan projek yg kini menjadi salah satu teras sykt kami berkurangan, aku mula mencari bidang baru.
Semalam rakan aku tu kena ke Kuantan utk bertemu dgn wakil pengedar kami. Misi utamanya ialah mendapatkan tandatangan pada perjanjian dan juga bayaran permulaan.
Dia kata nak bertolak lepas Maghrib. Dgn adanya LPT aku jangka dia akan sampai ke Kuantan sebelum pukul 11 mlm. Sempatlah kalau nak jumpa org tu.
Habis program di sekolah malam tadi, aku mesej rakan aku tu tapi tak berjawab. Mungkin dia sibuk. Lepas tu aku tak mesej lagi sebab aku pula ada tetamu pangkat anak saudara tapi ada title Dato'. Dia baru balik dari majlis dgn PM di Kuala Selangor. Sanggup dia datang rumah kami malam2 (malam Jumaat pulak tu huhuhu) kerana dia nak jumpa kami terutama emak aku.
Pagi tadi aku call rakan aku tapi tak berjawab. Pukul 10 lebih tadi baru dia call balik. Dia terlajak tidur sebab letih malam tadi. Belum sempat jumpa pengedar tu pun! Lewat pagi tadi baru nak pergi.
Lepas solat Jumaat tadi aku tanya perkembangannya. Dia kata nak kena pergi ke tempat pengedar tu di Kemasik, Terengganu utk melihat sendiri kemudahan yg ada di sana.
Tak kisahlah. Yang penting misi dia berjaya. Dah dekat pukul 4 ptg ni. Wei mana kau ni wei?
kejap la.. sabar yer...
ReplyDeletesometimes, no news is good news...
hahahaha releven x?
waaaaahhhhhhhhhh.. tempat pertama tu.
ReplyDeleteyang lelain mana? sj kasik peluang aku meraja kot hari ni. buat penawar hati aku.. hahahahahahaaa
salam... title n jln cerita sgt saspen.. ingatkan ending nyer berakhir dgn sesuatu yg tak diingini berlaku kat kwn tu ke.. hehe, sorry.. blame it to my high imagination..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletehahahaha.... ada pun org lain selain aku. igtkan aku je melayan blog arini.
ReplyDeletebabai, nk balik dah!
moga2 berita baik bila dia hubungi ko nanti!
all d best!
semoga sukses!!!
ReplyDeletedebar2 tunggu update mcm debar nak g meminang eh YB..hehehehe
ReplyDeletesoba YB jangan ghisau.... berita baik tu
ReplyDeleteIt is too late for me to look for opportunities as you are doing. It does not stop me from wishing you success.
ReplyDeletehhmm.. utusan terlajak tidur lagi kah..???
ReplyDelete:P
ingatkan ada sesuatu yang buruk menimpa utusan YB tu..
ReplyDeletemoga - maga dia memabawa perkabaran baik secepat mungkin!!
zonaku,
ReplyDeletedah petang ni masih takde khabar berita.
Apa jadi mamat seorg ni?
Harap2 ada really good newslah nanti
tak relevan lah hahaha
zonaku lagi,
ReplyDeleteyg lain sibuk beraya dah hujung2 syawal ni kot.
Biasalah siapa yg dapat first tu giler koser kejap. Aku faham tu.
Ko tengah berduka ke? Jomlah dtg KL ikut geng memuah beraya esok
cikcloudy,
ReplyDeleteWsalam
tak sangka awak berkongsi debaran dgn saya hehehe.
I like your high imagination ngeeee
zonaku lagi dan lagi,
ReplyDeleteeh ada ramai jugak yg baca cuma tak ramai yg komen masa tu kecuali awak dan cik cloudy.
Rakan saya tu masih belum berjaya dihubungi. Nasib baik dia bukan ke Banting atau Tg Sepat, Selangor. Kalau tak lagilah suspen ngeeee
HEMY,
ReplyDeleteAmin. InsyaAllah semoga berjaya.
KSWSK,
ReplyDeleteDebar nak g meminang pun tak mcm ni sebab biasanya kita dah tahu pihak perempuan akan bersetuju punya.
insyaAllah YB, berita baik le tu. :D
ReplyDeletebagai menanti buah yg tak gugur...!huhuhu!
ReplyDeleteibuintan,
ReplyDeletedia hantar mesej kata kena tunggu sampai esok baru dia balik KL.
Tambah lagi sehari dan tambah lagi perbelanjaan huhuhu
Al-Manar,
ReplyDeleteIts never too late. If its not us, it could be our offspring.
Thanks for your well wishes.
kakngah,
ReplyDeletebukan terlajak tidur lagi tapi habis kredit kot ngeeee
~mrs azmi~,
ReplyDeletesetakat ni rasanya dia masih bernafas. Cuma dia kurang menghantar laporan.
Dia kata kena sambung urusan sehari lagi. Esok baru dia balik - bawa cek ngeeee
gadisBunga,
ReplyDeleteItulah yg kami harapkan. Kalau menjadi bisnes ni, tak payahlah saya bersusah payah ke PBT dan pihak2 berwajib yg lain hehehe
kaklong,
ReplyDeletenampaknya nak kena jolok jugaklah buah ni agar gugur.
Bawak bersabar yb insyaallah saya doakan segala galanya Berjalan dengan lancar dan yb dapat apa yang dihajati.
ReplyDeletesharifah rosidah,
ReplyDeleteSaya dah berjaya mengesan utusan saya tu. Dia selamat dan masih bernafas.
Tapi dia menghadapi masalah dgn org yg ditemui itu. Petang ni harap semuanya akan selesai dgn baik. Kalau tak, saya akan suruh dia balik ke KL dulu.