Friday, September 23, 2011

Hanya Doa Mengiringimu (Buat Utusanku)

Semalam rakan aku datang ke rumah utk berbincang hal2 bisnes. Dia nak bincang kat luar sebenarnya tapi aku nak cepat sebab malam tadi ada majllis bacaan Yaasin dan solat hajat di sekolah Haizam utk pelajar2 yg akan mengambil PMR tak lama lagi. Masa kawan aku hantar mesej aku masih di tapak projek. Jadi aku suruh dia ke rumah aje sebab masa tu dah pukul 6:00 ptg.

Antara perkara yg dibincangkan ialah memuktamadkan perjanjian dgn sebuah sykt di Pantai Timur utk mereka menjadi pengedar (bukan pengedar dadah) peralatan utk sykt kami. Aku tak boleh bagi tahu secara khusus apa alat tu tapi kami menjangkakan permintaan utk alat itu akan bertambah tak lama lagi. Yang aku suka, alat ini mesra alam dan akan mengurangkan pencemaran udara. Kiranya kami mengfokus kpd teknologi hijau.

Dalam perniagaan kita kena sentiasa melihat peluang2 baru kerana perniagaan sedia ada mungkin tak kekal jika keadaan berubah. Sebelum bidang pengurusan projek yg kini menjadi salah satu teras sykt kami berkurangan, aku mula mencari bidang baru.

Semalam rakan aku tu kena ke Kuantan utk bertemu dgn wakil pengedar kami. Misi utamanya ialah mendapatkan tandatangan pada perjanjian dan juga bayaran permulaan.

Dia kata nak bertolak lepas Maghrib. Dgn adanya LPT aku jangka dia akan sampai ke Kuantan sebelum pukul 11 mlm. Sempatlah kalau nak jumpa org tu.

Habis program di sekolah malam tadi, aku mesej rakan aku tu tapi tak berjawab. Mungkin dia sibuk. Lepas tu aku tak mesej lagi sebab aku pula ada tetamu pangkat anak saudara tapi ada title Dato'. Dia baru balik dari majlis dgn PM di Kuala Selangor. Sanggup dia datang rumah kami malam2 (malam Jumaat pulak tu huhuhu) kerana dia nak jumpa kami terutama emak aku.

Pagi tadi aku call rakan aku tapi tak berjawab. Pukul 10 lebih tadi baru dia call balik. Dia terlajak tidur sebab letih malam tadi. Belum sempat jumpa pengedar tu pun! Lewat pagi tadi baru nak pergi.

Lepas solat Jumaat tadi aku tanya perkembangannya. Dia kata nak kena pergi ke tempat pengedar tu di Kemasik, Terengganu utk melihat sendiri kemudahan yg ada di sana.

Tak kisahlah. Yang penting misi dia berjaya. Dah dekat pukul 4 ptg ni. Wei mana kau ni wei?

27 comments:

  1. kejap la.. sabar yer...



    sometimes, no news is good news...


    hahahaha releven x?

    ReplyDelete
  2. waaaaahhhhhhhhhh.. tempat pertama tu.


    yang lelain mana? sj kasik peluang aku meraja kot hari ni. buat penawar hati aku.. hahahahahahaaa

    ReplyDelete
  3. salam... title n jln cerita sgt saspen.. ingatkan ending nyer berakhir dgn sesuatu yg tak diingini berlaku kat kwn tu ke.. hehe, sorry.. blame it to my high imagination..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. hahahaha.... ada pun org lain selain aku. igtkan aku je melayan blog arini.


    babai, nk balik dah!
    moga2 berita baik bila dia hubungi ko nanti!
    all d best!

    ReplyDelete
  6. debar2 tunggu update mcm debar nak g meminang eh YB..hehehehe

    ReplyDelete
  7. soba YB jangan ghisau.... berita baik tu

    ReplyDelete
  8. It is too late for me to look for opportunities as you are doing. It does not stop me from wishing you success.

    ReplyDelete
  9. hhmm.. utusan terlajak tidur lagi kah..???
    :P

    ReplyDelete
  10. ingatkan ada sesuatu yang buruk menimpa utusan YB tu..

    moga - maga dia memabawa perkabaran baik secepat mungkin!!

    ReplyDelete
  11. zonaku,

    dah petang ni masih takde khabar berita.

    Apa jadi mamat seorg ni?

    Harap2 ada really good newslah nanti

    tak relevan lah hahaha

    ReplyDelete
  12. zonaku lagi,

    yg lain sibuk beraya dah hujung2 syawal ni kot.

    Biasalah siapa yg dapat first tu giler koser kejap. Aku faham tu.

    Ko tengah berduka ke? Jomlah dtg KL ikut geng memuah beraya esok

    ReplyDelete
  13. cikcloudy,

    Wsalam

    tak sangka awak berkongsi debaran dgn saya hehehe.

    I like your high imagination ngeeee

    ReplyDelete
  14. zonaku lagi dan lagi,

    eh ada ramai jugak yg baca cuma tak ramai yg komen masa tu kecuali awak dan cik cloudy.

    Rakan saya tu masih belum berjaya dihubungi. Nasib baik dia bukan ke Banting atau Tg Sepat, Selangor. Kalau tak lagilah suspen ngeeee

    ReplyDelete
  15. HEMY,

    Amin. InsyaAllah semoga berjaya.

    ReplyDelete
  16. KSWSK,

    Debar nak g meminang pun tak mcm ni sebab biasanya kita dah tahu pihak perempuan akan bersetuju punya.

    ReplyDelete
  17. bagai menanti buah yg tak gugur...!huhuhu!

    ReplyDelete
  18. ibuintan,

    dia hantar mesej kata kena tunggu sampai esok baru dia balik KL.

    Tambah lagi sehari dan tambah lagi perbelanjaan huhuhu

    ReplyDelete
  19. Al-Manar,

    Its never too late. If its not us, it could be our offspring.

    Thanks for your well wishes.

    ReplyDelete
  20. kakngah,

    bukan terlajak tidur lagi tapi habis kredit kot ngeeee

    ReplyDelete
  21. ~mrs azmi~,

    setakat ni rasanya dia masih bernafas. Cuma dia kurang menghantar laporan.

    Dia kata kena sambung urusan sehari lagi. Esok baru dia balik - bawa cek ngeeee

    ReplyDelete
  22. gadisBunga,

    Itulah yg kami harapkan. Kalau menjadi bisnes ni, tak payahlah saya bersusah payah ke PBT dan pihak2 berwajib yg lain hehehe

    ReplyDelete
  23. kaklong,

    nampaknya nak kena jolok jugaklah buah ni agar gugur.

    ReplyDelete
  24. Bawak bersabar yb insyaallah saya doakan segala galanya Berjalan dengan lancar dan yb dapat apa yang dihajati.

    ReplyDelete
  25. sharifah rosidah,

    Saya dah berjaya mengesan utusan saya tu. Dia selamat dan masih bernafas.

    Tapi dia menghadapi masalah dgn org yg ditemui itu. Petang ni harap semuanya akan selesai dgn baik. Kalau tak, saya akan suruh dia balik ke KL dulu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails