Monday, September 5, 2011

Adam Dah 3 Tahun


Hari ini genaplah usia Adam 3 tahun.

Walaupun kisah Muhammad Adam Hakimi hanya sekali sekala di blog aku ni tapi nama dia dan nama emak Adam sering aku sebut. Makanya ramai yg tahu tentang anak bongsu aku ni. Sabtu lepas semasa aku ke rumah sepupu2 dan anak2 sepupu (kiranya dua pupu Adam) di Olak Lempit, mereka semua kenal Adam kerana biasa membaca tentang dia di blog aku.

"Oh inilah Adam," kata sebahagian dari anak saudara aku yg pertama kali melihat Adam. Anak saudara aku tu ada yg dah ada anak2 remaja. Itu kira pangkat anak saudara pula kpd Adam. Pakcik mudalah si Adam ni.

Dua hari lepas Adam ada memberitahu emaknya yg dia tak sabar nak sambut hari jadinya. Yok yok oh betul budak ni.

Malam ni kami sekeluarga bercadang nak bawa dia pergi makan. Abang2 dan kakak2 dia kira tumpang semangkuklah. Aku juga yg kena bayar bilnya tu nanti. Nasib baik masa harijadi mereka dulu tak minta belanja makan. 4 org dah lepas harilahir mereka. Hanya tinggal abg Adam yg sulung yg akan menyambut harilahir hujung bulan ni. Botak aku kalau nak buat sampai 6 kali ngeeeee.

Jadi sesiapa yg bercadang nak datang berhari raya ke rumah kami, malam ni tangguhkanlah hasrat kalian tu sebab kami takde di rumah. Boleh datang hari lain. Raya lama lagi hehehe

10 comments:

  1. sudah sampailah masanya untuk adam beradik pulak !

    ReplyDelete
  2. pasni kang sape2 dtg umah YB sure nak gmbo ngan Adam plak..pemes Adam skang ni

    ReplyDelete
  3. al-lavendari,

    biarlah Adam jadi anak bongsu. Ayah dan emaknya pun bukan muda sangat lagi ngeeee

    ReplyDelete
  4. Ala Adam...sebenarnya Ayah tu nk Adam masukkn juga nama beliau bila Adam dh ada blog nti...hehee

    ReplyDelete
  5. Ahad ni ada kat umah tak? I nak dtg.rumah u dah masuk dlm list walaupun blom ada cnfmation tuan rumah.hehehehe

    ReplyDelete
  6. sue-ab dan Acik Erna,

    terima kasih auntie berdua.

    ReplyDelete
  7. KSWSK,

    kena standby kameralah kalau mcm ni. WAwa tak nak dtg ke ambil gambar dgn adam? Boleh beraya sekali kat rumah kami.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails