Friday, August 5, 2011

Sifir Di Bulan Puasa - Bhg 1

Di bulan puasa ini ramai org membuat perhitungan atau sifir. Maklumlah setahun hanya sebulan. Ada yg berkira macamana nak menambah amalan, ada yg kira duit utk beraya - tambang nak balik kampung, beli pakaian raya, beli kuih muih dan duit raya utk budak2. Yang berkira apa juadah nak dibeli di pasar ramadan pun ada.

Pada n3 sifir di bulan puasa bhg 1 ini aku nak kongsi tentang:

Sifir nak khatam Al-Quran 30 juz.

Bagi yg mengikuti program tadaruz di masjid atau surau, nak khatam 30 juz itu tak jadi masalah asalkan konsisten turut serta program itu setiap malam. Kebiasaannya, mereka akan khatam sebelum habis Ramadan lagi. Maklumlah kalau tunggu sampai hujung Ramadan, berapa kerat ajelah yg tinggal kerana kebanyakannya akan balik kampung utk beraya.

Oleh itu mereka kena habiskan lebih dari satu juz setiap malam.

Di surau aku, mereka telah tamat juz 9 malam tadi. Bermakna 4 malam dapat 9 juz. (malam pertama mereka tak bertadaruz). Pengerusi surau memberitahu minggu pertama ini saja mereka baca lebih dari satu juz. Selepas ini satu malam satu juz sehinggalah khatam pada malam 27 Ramadan.

Itulah sifir mereka.

Bagi yg membaca al-Quran sendirian berhad, minima kenalah habis satu juz sehari. Kalau ikut kalendar tahun ni Ramadan cuma 29 hari. Maka kenalah lebih sikit dari satu juz melainkan nak pulun dua juz sehari sebelum raya. Tak usah haraplah sebab masa itu kita sibuk nak menyediakan juadah hari raya.

Aku juga cuba khatam Al-Quran Ramadan tahun ini. Setakat ini alhamdulillah masih mampu menghabiskan satu juz sehari. Pagi tadi aku dah masuk juz 6. So far so good kata omputih.

Sifir aku: hari2 kerja baca satu juz. Hujung minggu Sabtu dan Ahad - 3 juz.


Sifir Majlis Buka Puasa di Hotel

Sudah menjadi seperti tradisi di negara kita terutama di bandar2 besar, utk berbuka puasa di hotel2 dan restoran2 besar. Tempat2 ini berlumba2 menyediakan pelbagai hidangan utk berbuka. Ada yg sampai 300 jenis. Nak makan 10 jenis pun dah kenyang tapi ada juga kawan aku yg boleh makan lebih 30 jenis bila berbuka (aku rasa itu bukan buka tapi melantak).

Kebanyakan org yg berbuka di tempat seperti ini adalah mereka yg makan free kerana dibelanja oleh pihak lain. Kalau nak keluar duit sendiri mahal2 mcm tu, pahitlah.

Semalam aku ada mesyuarat dgn klien aku dan konsultannya. Konsultan tu memberitahu dia baru saja belanja rakan2 bisnesnya di Shangrila pada hari Rabu. Satu kepala kena RM138. Kalau satu meja dah berapa. Program dia menjamu kawan2 ini tak berakhir dulu semalam saja. Ianya penuh sampai hujung bulan.

Aku masa kerja dgn sykt org lain dulu pun biasa mengajak pihak2 tertentu utk berbuka puasa. Memang penuh sebulan itu malah tak cukup hari kalau nak belanja semua kenalan atau bisnes kontek. Ini tak masuk lagi kontraktor dan pembekal yg sibuk nak belanja kami selaku klien mereka.

Sifir aku dan kakitangan aku senang saja. Sebelum puasa lagi kami kenal pasti mereka yg kami nak ajak berbuka. Ini terdiri dari PBT, Bomba, JKR, LLM, PLUS dan satu dua yg lain. Memandangkan projek kami ada di merata tempat maka PBT yg terlibat juga banyak - dari Johor sampailah ke Penang. Nasib baik sebahagian besar PBT yg terlibat adalah di sekitar Lembah Klang. Lepas buka puasa tak perlu tinggal outstation. Cuma yg jauh2 tu aku dan beberapa org staf kena tidur di sana.

Setiap majlis berbuka ini beribu riban juga habis utk bayar bil. Biasanya aku suruh anak buah aku yg bayar guna kad kredit sykt. Tapi kalau lebih daripada RM3,000 kenalah guna kad aku kerana had mereka cuma setakat tu.

Lepas bulan puasa bajet selalunya meletup!


Di n3 seterusnya aku akan citer sifir2 lain di bulan puasa ni.

15 comments:

  1. belum pernah buat lagi nk habiskan khatam alqurasn dlm bulan ramadhan. mesti sekerat jalan jadinya...
    :(

    eerrr.. sifir majlis berbuka utk blogger ada tak?
    :P

    ReplyDelete
  2. Matematik atau sifir khatam individu YB tu menarik juga..Moga jadi ikutan dan manfaat bagi semua yang mau meraih kebaikan di bulan Ramadhan.

    Bagi kami org perempuan, biasanya masa awal2 lah kena pulun minima satu hari 2 juzuk atau lebih (Terpulang cara bekerja). Pasal bila 'ABC' (Allah beri cuti) beberapa hari tertinggal, nak motivate diri kejar balik fuhh.. mau meroyan.

    Bagi anak-anak sekolah pula biasanya ok, especially yang sekolah agama mereka minima boleh 2 atau 3 kali khatam. Malah Ate pernah mendengar cerita anak saudara yg seorang kenalan mereka 30 Ramadhan khatam 10 kali, walau pun dia bukan seorang hafiz. (Ehh..tetiba jer rasa nak buat N3 ttg ni :))

    ReplyDelete
  3. kalao macam saya yang baca satu `ain setiap kali baca Quran, setiap kali pulak ialah bila anak tak kacau lepas solat, maka ikut sifir saya, setahun penuh baru boleh khatam 30 juzuk.. huhu..

    ReplyDelete
  4. dulu time kecik memang bertadarus dekat surau time puasa. kenangan betul....

    ReplyDelete
  5. Harap2 YB dapat habiskan 30 juz seblom raya yep..owg ppuan xleh tadarus sorg2 sbb ade cuti tanpa gaji..kena beramai2 baru boleh habiskan 30 juz tu...

    ReplyDelete
  6. sifir yg last tu sib baik wa kena jd tlg arrange jer..yg bayo bos..

    ReplyDelete
  7. saya punye sifir nak berjimat sakan bulan puasa ni.

    tapi bukan la untuk berbelanja sakan menjelang raya. :D

    ReplyDelete
  8. kakngah,

    org perempuan lebih mencabar nak khatam sebab kebanyakan mereka ada cuti hampir seminggu. Tahun ni kakngah tak cuti bolehlah cuba banyakkan baca al-Quran. Kalau tak sempat khatam pun takpe. Emak Adam baru dapat 2 juz sebab dia banyak kerja rumah. Kesian tengok dia nak cari masa.

    Majlis berbuka utk blogger ada tapi bukan saya yg anjurkan sebab saya lebih suka berbuka di rumah bersama keluarga. Antara yg menganjurkan majlis tersebut ialah Geng Memuah. Mereka nak buat kat IOI Mall.

    ReplyDelete
  9. Ann Huda,

    Terima kasih menyukai sifir saya tu. Moga memberi menafaat kpd org lain. Sebenarnya sifir tu boleh diperincikan lagi.

    Satu juz biasanya mengambil masa 90 minit utk habis baca. Jadi kita kena cari masa sebanyak itu sehari kalau nak habis satu juz. Biasanya lepas Subuh saya pulun dlm 30 minit sebab saya tak perlu bekejar2 ke opis. Lepas Zohor dan Asar baca dlm 15 minit. Lepas terawih baca yg selebihnya.

    Org perempuan mmg susah nak habiskan 30 juz. Bukan saya mereka dapat ABC tapi sibuk dgn kerja rumah selain dari kerja di opis bagi yg berkerjaya. Emak Adam pun baru dapat 2 juz aje. Allah tahu niat semua hambaNya.

    Budak2 sekolah yg rajin mmg boleh khatam lebih dari sekali.

    ReplyDelete
  10. Anaa,

    walaupun setahun baru khatam tapi yg penting istiqamah. Walaupun awak baca satu ain selepas setiap solat itu lebih baik dari yg tak baca langsung. Anaa tak guna al-Quran resam Othmani ke sebab masih gunakan ain sebagai tanda berhenti bacaan? Kalau al-Quran othmani biasanya org baca ikut muka. Satu juz ada 20 mukasurat.

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas peringatan yang baik ini..

    ReplyDelete
  12. mMoOnN aAlLeEaA,

    Kenangan manis tu. Sekurang2nya Lea pernah ikut tadarus. Skrg buat kat rumah ajelah kalau takde peluang nak bertadarus di surau atau masjid. Mengaji ni mesti diteruskan kerana al-Quran akan membela kita di kubur nanti.

    ReplyDelete
  13. cuba jgk tapi blom bjaya lg. huhuhuhuuhuh

    ReplyDelete
  14. suami tiap tiap tahun bertadarus di Masjid Telok Panglima Garang, belum bulan puasa lagi dah siap beli kain pelikat baru dan baju melayu baru untuk bertadarus tup tup tahun ni masjid buat sembahyang terawih sebanyak 20 rakaat sehingga dekat jam 11 malam pun tak habis lagi, suami betul2 fedup dengan pengurusan masjid sekarang ni dulu semasa dibawah BN sangat teratur dia pun dah malas nak bersuara sbb masjid bukan tempat bergaduh, dengan hati yang sedih dia pun mengaji dirumah je(sebenarnya pagi sebelum pergi kerja setiap hari tnpa miss pun dia mengaji cuma dia seronok nak bertarus dimasjid pada bulan puasa ni)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails