Semalam semasa aku balik dari mesyuarat pukul 7:20 ptg aku lihat emak Adam sedang khusyuk buat karipap. Intinya satu kuali besar. Seperti biasa aku ambil inti tu dan masukkan ke dalam mulut. Dan seperti biasa juga, emak Adam akan menjerit kerana takut tak cukup inti tu nanti sebab dia dah uli tepung banyak2.
"Alaaa nak rasa sedapnya inti ni pun tak boleh," kata aku pura2 merajuk. macamlah dia nak pujuk depan Adam dan Haizam serta ibu aku yg berada di dapur ketika itu
Aku pun naik ke bilik di tingkat atas untuk mandi dan bersiap ke surau. Nasib baik Maghrib pukul 7:30 malam. Kalau tak, tak sempat nak berjemaah di surau semalam.
Bila aku masuk bilik aku lihat Haikal sedang menonton tv sambil mengerjakan giginya.
"Gigi ni nak tercabut dah," katanya sambil menunjukkan gigi gerahamnya.
"Yang ini gigi susu ke ayah?" tanyanya
"Kalau belum pernah dicabut, kira gigi susulah tu," jawab aku. Sebenarnya aku pun tak pasti sebab giginya dah banyak yg gigi kekal. Maklumlah dah 10 tahun umur dia.
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Selepas aku balik dari surau malam tadi, Haikal memberitahu aku giginya telah berjaya dicabut dgn tangannya sendiri. Seperti sebelumnya aku akan bayar dia RM5 kalau dia berjaya mencabut giginya sendiri sebagai insentif penjimatan tak perlu ke klinik gigi. Haikal kata mana cukup RM5 sebab susah nak cabut gigi geraham. Memang betul pun. Kalau ke klinik cas utk cabut gigi geraham lebih tinggi dari cas mencabut gigi lain.
"Nak berapa?" tanya aku.
"Enam ringgit," jawab dia sambil tersengih menampakkan giginya yg dah rongak tu.
Aku lantas mengambil duit di dompet lalu memberikannya kpd dia.
"Setakat tambah seringgit oklah tu," bisik hati kecil aku.
Sebelum tidur malam tadi Haikal pesan kpd emak dia supaya menggorengkan karipap utk dibawa ke sekolah. Tak payahlah dia beli makanan di kantin pada waktu rehat
888888888888888888888888888888888888888888888888888888888888
Pagi ini emak Adam menggorengkan 8 biji karipap utk Haikal. Habis dibawanya semua. Aku ingat dia nak tinggalkan sebiji dua utk aku huhuhu. Dia kata separuh dia nak makan sebelum kelas dan separuh lagi pada waktu rehat. Dah bawa karipap banyak2 tu tapi duit belanja seringgit tetap diambilnya. Duit tu masuk tabung dialah tu.
Bila dia balik dari sekolah agama sebentar tadi, emaknya tanya habis ke karipap 8 biji tu. Habis katanya. Tapi dia makan 6 biji aje. Sebiji dia bagi ustazah dan sebiji lagi dia bagi kat kawan dia.
"Kawan2 nak order karipap tu mak," kata Haikal
"Ada seorg tu nak 4 biji dan seorg lagi nak 5 biji," sambungnya.
"Nak cas 40sen ke 50sen sebiji?" tanyanya lagi. Cewah mentang2 karipap emak dia sedap.
"Eh janganlah cas mahal2. 3 biji seringgit sudah," kata emak Adam. Setahu aku sekarang kebanyakan org jual kuih kat KL ni sebiji 40 sen. Zaman 3 biji seringgit dah lama berlalu.
Aku nampak Haikal ini ada otak bisnes sejak aku tegur dia jual air tin murah sangat tahun lepas. Emak dia kurang sikit dari segi bisnes ni kerana lebih berjiwa welfare!
"Alaaa nak rasa sedapnya inti ni pun tak boleh," kata aku pura2 merajuk.

ooooopppppssss
ReplyDeleteeh eh eh.
ReplyDeletetak sangka.
:D
kak kts pun nak order karipap ngan haikal la. eh. ngan mak haikal murah skit
ReplyDelete:D
lagi satu, nak suh haikal tolong cabutkan gigi bole tak?
ReplyDeleteerr.. bukan gigi kak kts, tp gigi anak sedara kak kts.
gigi depan 5 hengget je kan?
:D
Terer Haikal..
ReplyDeleteSaya x penah cabut gg sendiri..
Mesti ke klinik gak..siap jahit lagi
x bagi darah kuar...
zaman kuih 3 biji singgit dah berlalu...tp ok la tu,emak adam kira nak sedekah kot..jual kat budak2 kan..
5 posen sebijik??
ReplyDeletehamboi.. cekik darah betul la.
anak sapa la ni...
:P
dah rongak cenggitu pun bleh makan karipap banyak2? :D
ReplyDeleteanak bapaklah katakan...
ReplyDeletehaikal patut mintak seploh hingget bukan 6 lah
ReplyDeleterugi tu..
haikal patut mintak seploh hingget bukan 6 lah
ReplyDeleterugi tu..
jangan sebab nak kayo cepat, haikal dok cabut gigi kekal udah ler.. hehehe.. sat lagi tak pepasal kocik2 dah kena pakai gigi pelsu...
ReplyDeletetapi klu ikut cara memproses nya elok la dijual 5 posen sebiji...sbb org yg mengeluarkan tenaga nak baut tu lebih teruk dari org yg senang2 menelan nya...
ReplyDeletetapi buat la besar sikit dari biasa...
tapi emak adam tu,perihatin...disebabkan budak nk makan..kdg bagi jer...!
murah rezeki mak adam kan?
kts no 1,
ReplyDeleteopocot!
kts no 2,
ReplyDeleteeh kenapa pulak tak sangka? Bukan tak biasa jadi no 1 kat sini.
kts no 3,
ReplyDeleteeh awak nak makan karipap jugak ke? Ingat awak suka donut aje.
Kalau nak order melalui saya pun boleh tapi kena cepat. Ada 120 biji aje. Sebahagian dah digoreng pagi tadi.
kts no 4,
ReplyDeletetak sempat nak tanyakan Haikal tadi. Kalau gigi kts, saya boleh tolong cabutkan. Free pun takpe hehehe
Cik SHiNJU,
ReplyDeleteGigi susu ni senang sikit nak dicabut sebab tak besar sangat. Dah banyak juga gigi dia yg dia cabut sendiri. Abg2 dan kakak2 dia pun ada yg buat mcm tu tapi masa tu saya tak bagi duit pun hehehe.
Karipap tu bukan niat nak dijualpun. Buat makan sendiri atau standby kalau ada tetamu datang ke rumah. Tapi Haikal ni pandai2 offer kat kawan2 dia ngeeeee
kakngah,
ReplyDelete50 sen pun ada yg nak beli. Aweks yg nak tackle Haikal sanggup bayar berapa pun hahaha
juliet,
ReplyDeleterongak sebelah kiri aje. Sebelah kanan ok lagi. Itu yg boleh makan karipap banyak2.
Kak Juliet tak nak rasa ke?
Eja no 1,
ReplyDeleteAnak emak jugak ngeee
Anak Saudagar Ranjang...mestilah cekap ber bisnes...:P
ReplyDeleteJenis yg macam Emak Adam, memang tak sesuai ber bisnes...lambat kaya! ngeeeeeeee
Eja no 2,
ReplyDeleteDia nak minta naikpun berhati2. 1 ringgit dari jumlah asal sebanyak RM5 dah kira 20% tu. Kalau tiba2 minta RM10, harus ditolak permintaan tu hehehe
Anaa,
ReplyDeletehahaha. Peringatan yg baik.
Semalam tu dia cuak juga kalau gigi yg nak tanggal tu gigi kekal. Tapi dia lega bila tengok sebelah bawah kat gusi tempat gigi geraham tu dah ada tanda gigi baru nak tumbuh.
kaklong,
ReplyDeleteemak Adam bukan buat utk jual. Utk makan sendiri dan standby kalau ada tamu. Dah masuk fridge dah dalam beberapa plastik.
Tak buat besar sebab biar makan satu terus habis. Ada juga yg comel2 utk Adam semalam. hehehe
Emak Adam kalau berniaga mmg tak sampai hati nak jual mahal. Biasanya lebih murah dari org lain. Spoilt market betullah dia ni huhuhu
Daddy Ziyyad,
ReplyDeleteKena latihlah berniaga kerana skrg tak boleh harap kerja makan gaji. Abg dia minat berniaga. Kakak2 dia w/p belajar di MRSM yg menekankan keusahawanan dan berniaga tak nampak mcm nak berniaga.
Emak Adam setakat ni mmg tak nampak bakat berniaga dia.
Kalau sedap, berapa pun saya sanggup bayar..tambah2 kalau yg inti nya pedas sikit.esuk nak buat karipap jugak lah, terliur pulak!
ReplyDeleteKeramat masih lagi ada karipap 3 singgit. Tapi masuk sempadan Setiawangsa jer..jadi 40 sen sejibik.
ReplyDeleteAte suka idea bagi insentif penjimatan tak perlu ke klinik gigi tu.
hani@debumelukut,
ReplyDeleteKaripap emak Adam oops maksud saya karipap buatan emak Adam mmg sedap. Untuk kanak2 dia buat kurang pedas. Kalau dia berniaga mmg boleh laku dan mengalahkan makcik karipap.com.
Skrg ni dia tengah buat lagi sikit utk yg kawan Haikal tempah tadi. Dia besarkan sikit saiznya dari yg semalam.
Ann Huda,
ReplyDeleteKeramat kat sebelah mana yg 3 seringgit tu? Saya beli biasanya dah 40sen sebijik huhuhu.
Setiawangsa mmg jgn cakaplah. Tempat org kaya2 tu. Saya yg dari seberang jalan ni pun kena bayar harga mahal kalau menyeberang ke sana.
Bolehlah cuba idea insentif tu. Nanti citer kpd kami ya.
bapa borek anak rintik
ReplyDeleteatau
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
mana satu perumpamaan yang lebih sesuai ?
Hehehe.... Bagus ni, kecik2 dh pandai buat duit..
ReplyDeleteal-lavendari,
ReplyDeleteKuah ni tak tumpah bang. Kena ceduk masuk ke pinggan nasi hehehe
~ Cik Azz ~,
ReplyDeleteMinat utk berniaga ni kena pupuk dari kecil. Kalau tak, asyik fikir nak kerja makan gaji. Bukan saya tak sokong kerja makan gaji tapi 9/10 rezeki ada pada berniaga.
Salam Paman,
ReplyDeleteSetuju dgn Paman.. bende2 gini kena latih dari kecik.. tak semua orang ada bakat berniaga ni.. pada Ina bukan setakat kena train otak dia jadi otak bisnes, tapi slowly kena ajar juger etika berniaga ni.. bukan bende2 yg besar pun, tapi pada Ina masih penting..
Contohnya.. kalau nak berniaga kena konsisten.. andaikata nak buka kedai makan, lagi2 kalau baru nak perkenalkan stall/restaurant kiter, jgnlaa asyik tutup je.. mcm mana pelanggan nak melekat.. betul tak? org cuti, dia pun nak cuti.. camno tu? masa org lain cutilaa kiter kena bukak kedai.. eh jgn kata kedai makan jelaa... semua jenis kedai/service kena sentiasa available.. teringat arwah Bapak dulu.. time raya pun kalau boleh nak bukak kedai dia. Alasannya "kot2 org kg perlukan ais ke? taklah susah diaorng nak cari"
saya pun suka buat karipap sendiri daripada beli dikedai, tepung je lebih isinya harem.
ReplyDelete