Merujuk kpd entri aku sebelum ini aku nak citer sikit tentang kesibukan bekerja.
Ada orang beranggapan untuk dapat kedudukan yg baik di dalam staff ranking di sesebuah jabatan kita kena sentiasa kelihatan sibuk dgn kerja. Ada org yg memang sentiasa kelihatan sibuk dgn kerja sehingga nak kencing pun takde masa. Kalau kena batu karang sendirilah tanggung.
Ada beberapa cara untuk kita kelihatan sibuk terutama semasa bos ada dekat kita. Tapi tak semua org boleh melakukan perkara2 ini. Makanya, aku sebut ia sebagai satu seni. Dalam bahasa omputih disebut the art of appearing busy.
Antara cara2 tersebut:
1) sentiasa on kan pc anda. Pastikan buka mukasurat yg nampak komplikated seperti data jualan atau MSProject.
(kalau anda nak berfb, pastikan mukasurat spt di atas itu juga dibuka. Kalau bos lalu boleh tukar mukasurat kpd perkara yg berkaitan dgn kerja hehehe)
2) berbincang dgn rakan setugas atau mereka yg berkaitan tentang projek terkini anda di mana saja yg boleh dilihat oleh bos seperti di koridor, pantri dan juga di tandas. Dengan cara ini anda kelihatan komited dgn tugas yg diberikan.
3) jalan laju sikit supaya nampak ada sense of urgency. Jangan berjalan dgn longlai dan tunjuk macam lepas kena sembur oleh bos atau clash dgn girlfriend. Kalau lif nak tertutup, cuba kejar jika ada org di kawasan itu supaya mereka ingat anda seorg yg mementingkan masa. (kalau takde org, tunggu aje lif seterusnya ngeeee).
4) kalau ada kawan call anda semasa anda di depan bos, jawablah seolah2 itu panggilan dari kontraktor atau org lain yg berkaitan dengan tugas (kalau bos tahu itu panggilan dari kawan anda tentulah kantoi). Bila dah jawab panggilan itu, beritahu pihak di hujung talian supaya call anda semula dalam masa 13 minit. Ya 13 minit dan bukan 10 atau 20 minit. Ini memberi gambaran kepada bos setiap minit adalah penting utk anda. Lagipun dgn itu anda boleh keluar dari bilik bos dalam masa 10 minit.
Cukuplah dulu 4 tips. Kalau berani cubalah amalkan. Tapi kalau tak pandai menggayakannya (maklumlah ini seni), ia boleh makan tuan!
Aik 1st?? Hahaa
ReplyDeletehahhaaa.... hari ni semua orang x nak kelihatan sibuk sebab x ramai online & memberi komen di sini
ReplyDeleteada antara seni2 yang unccle berikan ni memang di praktikkan. bukan saya la tapi officemates. ehehehe
ReplyDeletenak busy pun ada seni ya,hi hi...
ReplyDeletetapi betullah satu segi boss bukan kasyaf, dia nampak apa yg tuhan izinkan dia nampak..
Allah maha mengetahui.
ReplyDeletelebih baik kerja ikhlas kerana Allah Taala. baru tak berapa sakit jiwa.
(^_^)
Salam..semua cara yang disenaraikan memang telah dipraktikkan dalam persekitaran kerja saya..
ReplyDeletekadang2 pening juga dok melihat/fikir..itu betul2 kerja ke or wayang sahaja..he he
woi ini seni yang sonsang yb, takut den terkantoi nanti kalau mengikutnya,hehehe
ReplyDeleteboleh ke dipraktikkan ni?
ReplyDeleteseni yang boleh makan diri ..
ReplyDeletemana awak belajar semua ini ?
Betulkah YB bekerja dengan Shell? Kenal kah Arwah Hj Alias Ismail? Kalau tak salah dia lama disana dan jawatan tiggi juga. Saya kenal dia kerana anak anak nya yang maju dalam perniagaan restauran.
ReplyDeleteSalim
Atikah,
ReplyDeleteWeekend mmg tak ramai org buka blog. Itu yg kadang malas nak update huhuhu
zonaku,
ReplyDeletebetul juga kata awak tu. Hujung minggu kalau kata sibuk pasal kerja juga, nanti org kata kelentong lebih ngeeeee
Cik Bee,
ReplyDeletePandai tak officemate tu mengamalkan trick2 ini? Kalau tak pandai, org tahu dia berlakon aje hehehe
AZANI,
ReplyDeleteAda org yg pandai bab2 wayang ni sehingga ada bos yg termakan helah mereka ni.
Tapi bos saya sebelum ni dia tekankan outcome sesuatu tugasan. Bukan input dan bukan output. OUTCOME!
AiTotYati,
ReplyDeleteUstaz yg beri ceramah di surau kami malam tadi ada beritahu antara sebab org stress kerana nak cari redha manusia. Manusia pelbagai ragam - jadi mmg tak dapat nak capai redha semua manusia. Akhirnya kita yg stress.
Kalau cari redha Allah, hidup kita akan aman.
Nur-cahayamataku,
ReplyDeleteWsalam.
Saya pun bercerita dari pengalaman melihat org lain buat perkara2 ini. Sejauh mana sangatlah org mcm ni boleh pergi.
Mujur saya tak perlu buat benda2 ni semua.
sharifah rosidah,
ReplyDeleteMemang seni songsang. Jangan ikut semua ni. Mengarut aje. Kita buat kerja dgn ikhlas dan tak perlu berlakon. Lagipun kita bukan makan gaji. Sendiri mahu ingat huhuhu
Hamizah,
ReplyDeleteSuri rumah mcm awak tak perlu praktikkan. Nanti tak makan anak2 sebab masakan tak siap bila mereka nak makan hehehe
al-lavendari,
ReplyDeleteKalau tak pandai amalkan mmg boleh memakan diri.
Saya suka lihat gelagat org lain termasuk staf saya. Kalau mereka ingat mereka pandai menipu kita selaku pengurus mereka kenalah lebih pandai dari anak2 buah.
Salim,
ReplyDeleteSaya pernah bekerja dgn Shell selama 22 tahun. 10 tahun pertama saya dgn Sarawak Shell. Saya bertukar ke Shell Msia Trading pada tahun 1995. Saya ada mendengar ttg arwah Hj Alias tapi tak sempat jumpa beliau kerana masa saya kerja di sini, dia telah berhenti dari Shell. Dia buka stesen minyak di Wangsa Maju dan juga di Pagoh kalau tak salah saya.
yg penting bia suruh buat something cepat datang bincang dan tunjuk hasil..kalau buat2 sibuk hasil tak ada siap kau hehe
ReplyDeletehati2 sape yang tiru gaya ini...
ReplyDeletesibuk adalah subjektif...semua orang dapat 24 jam - pandai2lah agih masa agar sentiasa sibuk - ( jangan tak tahu yer - waktu tidur pun sibuk ! ngeh3x )
zino,
ReplyDeleteManusia memandang sesuatu itu dari sudut di mana dia berada. Bagi bos2 mcm zino, kita lebih mementingkan hasil dan pencapaian.
Tapi bagi sebahagian pekerja, mereka lebih banyak bercerita tentang tugasan2 yg telah diberi kpd mereka sehingga mereka jadi sibuk tak cukup masa. Adakalanya banyak masa habis mengadu kpd rakan2 tentang betapa 'banyak'nya kerja yg mereka nak kena lakukan sehingga kekurangan masa utk melakukannya dek kerana sibuk komplen hehehe
sonata,
ReplyDeleteSaya tak galakkan org meniru gaya ini kerana ia adalah natijah ketidakikhlasan bekerja.
Memang kita semua dapat 24 jam sehari. Kalau masih tak cukup, kenalah cari pembantu utk selesaikan kerja kita.
Tidurpun sibuk tu saya rasa sebab lain hahaha