Wednesday, June 1, 2011

Semua Nak Power

Dulu semalam semasa kami menanti ustaz utk memulakan kelas tasauf selepas solat maghrib di surau tiba2 salah seorg jiran aku menghulurkan satu bungkus kecil barang. Dia masukkan terus ke dalam kocek baju Melayu aku.

"Ini kopi power. Boleh mengubatkan macam2 penyakit dan utk tambah power 'benda' tu jugak," kata jiranku itu tersipu2.

Sambil tersenyum kambing aku meraba poket baju aku dan melihat ada sepaket kopi ready mix.

Belum sempat aku berkata apa2, jiran aku tu menambah, "Ini kopi 7 dalam 1. Rasanya pahit tapi banyak khasiat. Kalau org lain jual sebungkus RM5 tapi dgn saya ambillah RM3 aje sebungkus."

"Sempat juga abg ni (umur dia dah 60an) nak berniaga dalam surau ni," bisik hatiku.

Ini bukan kali pertama dia buat mcm tu. Sebelum ini dia mempromosikan barang2 kesihatan dan penapis air.

"Dia ni dah cuba hari tu," kata jiran aku tu lagi sambil memegang bahu jiran kami yg bernama Pak Zabs yg kebetulan duduk berhampiran dgn kami.

"Pahit kopi ni. Kalau minum tak boleh tidur lepas tu," Pak Zabs memberi komen.

"Oh ya ke?" aku cuba mendapat kepastian.

Sementara itu ustaz pun dah ready nak memulakan kelas beliau. Perbualan kami terhenti di situ.

Bila aku balik aku baca tulisan di bungkusan kopi 7 dalam 1 ini. Antara ramuannya yg dikatakan boleh membuat peminumnya jadi power adalah:

1) tongkat ali - ini 'wajib' kalau nak kasi power utk org Melayu

2) ubi jaga - ini kot yg buat susah nak tidur sebab dia jaga hehehe

3) Akar Haji Samad - kali pertama aku dengar nama ni. Siapa pulak Haji Samad ni? Akar dia power jugak kot ngeeee

4) Ginkgo Biloba - didakwa boleh melancarkan peredaran darah, mengurangkan angin dalam badan dan membekalkan oksigen ke otak - wah hebat ramuan ni

5) Cordyceps Sinensis - aku nak sebut pun tergeliat lidah. Benda ni katanya boleh mengurangkan batuk dan kahak. Bolehlah aku bagi emak Adam yg sedang batuk dan sakit tekak tu.

6) Noto Ginseng -ini boleh baiki sistem saraf - walawei

7) Panax Ginseng - dikatakan boleh membantu memperbaiki imunisasi badan dan stress serta masalah diabetes.

Hebatlah kopi ni kalau apa yg didakwa tu betul. Patutlah sebungkus sampai RM3.

Nak tahu kopi apa?






Ini dia!

Jom kita minum kopi pagi ni

46 comments:

  1. Assallamualaikum YB,

    Kalau rasa tak biasa dan tak sesuai dengan kita, tak payah minum. Ada setengah kopi kat pasaran, 3 in 1, bila minumnya yang tak pening dah pening..
    the best ialah minum air masak suam.Selamat.

    ReplyDelete
  2. orang melayu kita memang suka sgt mende2 macam ni

    ReplyDelete
  3. nadz,

    Waalaikum salam.

    Saya tak amalkan sangat minuman sedia bancuh ni. Org kata kandungan gulanya tinggi.

    Kopi yg ini akan saya cuba sehari dua ini sebab org dah bagi. Nak amalkan tu mungkin tidak sebab tak yakin dgn khasiat yg didakwa tu selain harganya yg agak mahal.

    ReplyDelete
  4. -GC-,

    Itu sebab ada pengusaha termasuk yg bukan org Melayu mengambil kesempatan menjual mende2 mcm ni.

    Eh awak terlambat sikit dari dapat first lagi hari ni ngeeeee

    ReplyDelete
  5. power la YB sepanjang harini..
    hiks!

    ReplyDelete
  6. kakngah,

    mahu sampai ke malam nanti.

    Emak Adam kenalah ready ni hahaha

    ReplyDelete
  7. dah mcm2 nama akar keluar ye :P

    ReplyDelete
  8. saya dan suami memang tak minum kopi.. masing2 kalau minum kopi boleh migrain..

    kat rumah apa2 jenis kopi pun tak pernah ada

    ReplyDelete
  9. ari tu abem kakngah ada bg kopi 'power' kat hubby kaklong....
    alamak dah lupa la apa nama nya....
    tapi seingat kaklong,kopi tu 'gah'sangat,tulis kat situ la....
    tapi....????

    ReplyDelete
  10. dah hampir hilang kopi yg asli punya, sbb dah memacam perasa dan nama kan?

    ReplyDelete
  11. kalau enpakwe sya minum kopi walau kaw macama mana pun mata dia tetap boleh leno

    ReplyDelete
  12. juliet,

    akar ni dia makan dalam ngeeee

    ReplyDelete
  13. tapi kan kalau sya yg minum kopi..

    lepas tu memalam berchintalah nak dapat tido
    sampai sakit hati tengok orang lain tido

    ReplyDelete
  14. ~mrs azmi~

    rugilah tak minum kopi. Nikmatnya tak terkata hehehe

    Sebenarnya ramai yg tak boleh minum kopi kerana boleh dpt migrain. Emak Adam sampai skrg tak boleh minum nescafe atau yg sewaktu dgnnya. Terus aje tangkap kat tengkuk.

    ReplyDelete
  15. kaklong,

    kiranya tak payah minum kopi tu abg kaklong dan kaklong mmg dah power lah ya? hahaha

    ReplyDelete
  16. Eja no 1,

    Gitulah nampaknya. Kalau jual yg biasa banyak saingannya dan harga tak boleh cas tinggi sangat.

    ReplyDelete
  17. Eja no 2,

    Tak semua org boleh buka mata sebab caffein dlm kopi.

    enpakwe tu Eja kena temankan borak dlm kereta barulah tak lelap masa memandu hehehe

    ReplyDelete
  18. Eja no 3,

    kalau mcm tu bolehlah update blog dan status kat fb lepas org lain tidur hahaha

    ReplyDelete
  19. ramuannya dah betul, mcm tongkat ali, ubi jaga, ginkgo biloba dll tu, tp x tahulah sejauh mana sukatan ramuan td dlm kopi tersebut
    silap2 gula je berlebihan

    ReplyDelete
  20. haji Samad tu tau tak dia dah femes...

    ReplyDelete
  21. komen tak berkaitan...

    sedara Tomok awak dah nak kawin..
    nanti awak pergi ...ambik gambor tau !!

    ReplyDelete
  22. 1- saya benci tgk orang yang takda ilmu, tapi claim produk yg dia jual boleh sembuhkan 1001 penyakit..itu membohong namanya.

    2- kalau ada kesempatan, YB laharkan/tazkirah kan pakcik yg berjual beli dalam rumah Allah tu...suruh pakcik tu Google hukum berjual beli dalam rumah Allah.

    ReplyDelete
  23. Salam Paman,

    Hmm orang Melayu ni berdegar2 jek.. tongkat ali utk tambah power laa.. tapi tak jugak masuk senarai orang paling aktif "buat" kat dunia ni.. *sigh*

    ReplyDelete
  24. YB tolong promosi kat belog ni brape pulak dapat komisennya???

    ReplyDelete
  25. kopi kawe~
    saya minum kapal api je
    mana tau boleh terbang ke bulan ke kan

    ReplyDelete
  26. bila sebut bunyik dah macam oghe kelate atau belah-belah kuala lipis.

    ReplyDelete
  27. lega abi tak suka kopi..

    ngehngehngeh....

    ReplyDelete
  28. org pompuan bulih minum ke ni bang...?


    .

    ReplyDelete
  29. saya minum kopi o bese je... nak kopi 10 in 1 macam gini memang tak lepas kat tekak... haha~ :P

    ReplyDelete
  30. Wanita Bertudung Hijau,

    Rasanya ramuan yg power tu sikit aje sebab mahal. Yg lebih serbuk kopi dan gula. Tambah gemuklah kalau selalu minum w/p poket tambah kurus sebab mahal huhuhu

    ReplyDelete
  31. DrSinga,

    Rasanya belum tahu lagi. Kalau tak, mahu dia jumpa Salih Yaakop hehehe

    ReplyDelete
  32. DrSinga lagi,

    2/7 ni majlis mereka di dewan Taman Keramat. Tapi kad jemputan belum dapat lagi.

    TV3 tak nak buat liputan ke? Bolehlah encik Abdul bawa awak ke sana hehehe

    ReplyDelete
  33. Daddy Ziyyad,

    1. Ramai org yg macam tu. Tak tahu sangat tentang apa yg dijualnya tapi nak citer segala mcm kebaikan produk mereka. Kalau kita tahu mereka membohong, jgn lah jadi mangsa.

    2. pakcik tu tak pandai komputer rasanya. Itu tak kisahlah. Tapi saya pun rasa tak sedap tengok dia berniaga dlm surau.

    ReplyDelete
  34. S-a-B-r-I-n-A,

    Wsalam Ina.

    Org kita ni suka sangat dgn benda2 mcm ni. Kalau ada jual kat kaki lima 'barang2 kuat' ni berkerumun org dengar dan beli.

    Kalau yg betul2 kuat tak payah makan atau minum benda2 ni pun 'kuat' jugak hehehe

    ReplyDelete
  35. hj samad mana yg claim itu akar dia?

    ReplyDelete
  36. Kopi kawe koooo???kopi demo lagu mano pulokkkk?

    hehehehe....

    ReplyDelete
  37. gadisBunga,

    Rasanya Hj Samad sepupu abg Ali (si Tongkat Ali) tu kot hehehe

    ReplyDelete
  38. bungacahaya,

    kopi demo lagi power. Demo bagi oghe tino minum

    ReplyDelete
  39. ikan emas,

    Tolong promo produk keluaran org kita takpe kan? Bukan dapat bayaran apa2 pun. Tapi biar kita boleh bersaing dgn produk bangsa lain spt power root tu.

    ReplyDelete
  40. alien,

    Kalau minum kopi kapal api tu bukan terbang ke bulan tapi tercampak. Saya pun pernah minum tapi nasib baik tak tercampak ke bulan. Kalau tak dah arwah sebab tak pakai space suit dan tangki oksigen ngeeee

    ReplyDelete
  41. a.z.r.i.n.a no 1,

    Orang K Lipis pun sebut mcm tu ke? Tak perasan pulak masa saya ke sana hari tu.

    ReplyDelete
  42. a.z.r.i.n.a no 2,

    Rugilah abi tak dapat test power hahaha

    ReplyDelete
  43. tasek,

    Takde pula larangan org perempuan tak boleh minum.

    Awak cubalah - lepas tu bagi tahu saya power ke tak power. Atau patutkah saya tanya dgn Darren aje? hehehe

    ReplyDelete
  44. Aimi dan Pakcik Hashim,

    Hj Samad nama orang lah. Cuma siapa dia tu masih misteri

    ReplyDelete
  45. syah,

    kopi biasa tu kopi hang tuah kan? Saya pun minum yg paket warna kuning tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails