Thursday, June 2, 2011

Nasi Ayam

Ayam2 bergantungan menanti menjadi rezeki mereka yg terpilih


Hari ini aku singgah di kedai nasi ayam membeli nasi ayam dan nasi goreng ayam utk makan tengahari famili aku. Mujur aku kerja di tapak projek yg tak jauh dari rumah - cuma 4 km aje. Kalau aku outstation seperti ke Gemas atau Kuantan tak dapatlah aku beli nasi ayam hari ini.

Emak Adam tak sihat sejak dari dua hari lepas. Semalam aku kerja luar. Tak sempat nak bawa dia pergi klinik. Lagipun dia kata ubat sebelum ini masih ada.

Tak sampai hati nak minta dia masak utk lunch hari ini. Pagi tadi dia menggagahkan dirinya utk buat sarapan. Siap menggoreng kueh teow lagi tu. Tghari ni biarlah dia rehat.

Kebanyakan para isteri kalau sakit mcmana pun selagi boleh bangun akan buat kerja rumah. Emak Adam termasuk dalam golongan ini.

Kebanyakan suami pula kalau sakit w/p boleh bangun akan baring di katil nak cari perhatianlah tu macam dah nak mati.


Renung-renungkan dan jangan amalkan (sikap yg dalam ayat terakhir tu).


Sent via BlackBerry from Maxis

26 comments:

  1. sebaik sedor diri tu...heheheheh!!!







    kaum lelaki memang mcm tu....termasuk la yg dekat rumah ni...!!heheheh!!

    ReplyDelete
  2. ayah saya sebijik macam yb!

    kalau demam adey, mintak dilayan macam budak kecik. hahaha!!!

    ReplyDelete
  3. hahahahaa........

    kaum ibu mmg camtu. demam pun x nmpak rupa demam.


    moga cepat sembuh. bawak ler g jumpa doktor kalau esok masih x reda. sipenyuk dah kene denggi tu....

    ReplyDelete
  4. sempat lagi nak buat sarapan utk famili. banyakkan rehat kaklina :P

    ReplyDelete
  5. mak adam dan saya ni golongan isteri mithali. hahaha.

    ReplyDelete
  6. bagus YB,

    buleh menang suami mithali

    :D

    ReplyDelete
  7. penangan kopi kawe kah yg menyebabkan mak adam jadi sedemikian??
    :P

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Sedar tu sedar. Tapi kadang tu tak bersungguh2 menghalang dia buat kerja rumah dlm keadaan tak sihat tu kerana kalau dia tak buat, siapa lagi. Kalau yg ringan2 tu bolehlah saya buat. Itu pun tunggu saya balik kerja.

    Yang kat rumah kak long tu kenalah diberi kesedaran secara perlahan2 ngeee

    ReplyDelete
  9. gadisBunga,

    Org lelaki bukan selalu demam. Jadi bila demam sekali sekala itulah masanya nak minta manja lebih hehehe

    Kalau minta manja kat org lain kan lagi susah hahaha

    ReplyDelete
  10. MarinaMonroe,

    Amin.

    Terima kasih Kak kerana mendoakan kesihatan emak Adam.

    ReplyDelete
  11. zonaku,

    Ini bagi kaum ibu yg cekal dan berhati waja. Ada juga segelintir yg baru batuk2 sikit dah mengada2 huhuhu.

    Kalau tak kebah juga esok saya bawa dia ke klinik. Esok pagi saya tak pergi tapak projek atau meeting utk memastikan saya boleh bawa emak Adam jumpa doktor.

    Harap Penyuk semakin sembuh. Kena denggi ni beberapa hari awal tu yg kritikal.

    ReplyDelete
  12. juliet,

    Itulah hebatnya emak Adam ni.

    Kalau dia tak buat sarapan pagi tadi, saya boleh beli kat warung atau kami makan roti aje. Tapi dia nak buat juga yg berkhasiat utk keluarga.

    ReplyDelete
  13. YB.. orang laki ni bukan aper...diorang tu terlampau dimanjakan... atau ada yang suka nak memanjakan diri...

    ReplyDelete
  14. haaaaa. memang setuju sangat2 statement bawah tuh. :)

    mungkin kaum ibu tak sampai hati tengok keluarga kelaparan. tanggungjawab dia kena buat jugak even sakit2

    ReplyDelete
  15. -GC-,

    Alhamdulillah sejuk perut suami hehehe.

    Eloklah awak dah jadi isteri mithali dari belum ada anak ni lagi. Bila anak dah ramai, lebih mencabar utk menjadi isteri mithali sebab pada masa yg sama nak jadi ibu mithali ahaks

    ReplyDelete
  16. AiTotYati,

    Bukan main puji lagi awak hari ni. Terima kasih.

    Saya setakat belikan nasi ayam aje utk makan tengahari keluarga. Saya nak masak tak sempat sebab saya ada nak jumpa org pukul 3 ptg tadi.

    ReplyDelete
  17. kakngah,

    Tak minum pun lagi kopi kawe tu. Emak Adam batuk2 dan sakit tekak. Tak boleh minum kopi.

    Saya pun tak boleh minum kopi malam ni sebab emak adam tak sihat huhuhu

    ReplyDelete
  18. aNIe,

    Betul tu kak. Tapi setiap kali minta dimanja kami dapat layanan istimewa. Itu yg tambah naik lemak hehehe

    Org perempuan kalau minta manja pun para suami acuh tak acuh aje. Mungkin itu yg mereka give up

    ngeeee

    ReplyDelete
  19. zaradgreat,

    Mungkin itu yg membuatkan syurga di bawah tapak kaki ibu.

    Nak harapkan ayah buat kalau mereka sakit, susahlah.

    ReplyDelete
  20. orang lelaki memang macam tu ngada2 lebih hehe

    ReplyDelete
  21. zino,

    cakap dari pengalaman nampak hehehe

    ReplyDelete
  22. Nak buat cam mana, orang pompuan ni memang penuh dengan tanggungjawab dan perasaan kasih sayang yang melimpah-ruah, hehehe...

    ReplyDelete
  23. Kak Long Mawar Merah,

    Itulah kehebatan org pompuan ni Kak Long. Bila sakit pun masih dikuatkan badan utk jalankan tanggungjawab terutama utk rumahtangga.

    Org lelaki kalau doktor dah kasi MC, kerja di rumah juga MC hehehe

    ReplyDelete
  24. wanita mmg hebat...
    lelaki hebat lain...hehehe

    ReplyDelete
  25. chekgu BaniHassim,

    Lelaki hebat bab mana? Cer citer hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails