Tuesday, June 21, 2011

Kisah Miss X

Petang tadi semasa di dalam perjalanan pulang dari "gudang aweks" di Cheras aku terdengar seorg pemanggil yg menamakan dirinya Miss X melahirkan rasa serba salah dia di radio panas. Begini lebih kurang citernya.

"Saya berjumpa bakal madu saya pagi tadi. Dia baik sangat. Dia cantik dan sangat baik. Sekarang saya tak tahu apa saya nak buat. Haruskah saya teruskan berkahwin dengan suami dia atau mengundur diri? Kalau saya teruskan, saya rasa sangat bersalah."

Kiranya Miss X ini di dalam dilema.

Dia tak sanggup melukakan hati wanita yg akan menjadi madunya kerana wanita itu sangat baik (selain cantik). Kalau wanita itu ikutkan geram, mahu jadi perang pagi tadi. Keluar pula kat Metro esok ada wanita kena simbah asid.

Dalam masa yg sama Miss X juga sayang kpd lelaki yg juga suami wanita baik hati ini. Kalau boleh memanglah dia nak kahwin dgn lelaki tu.

Tidak pula diberitahu samada Miss X dah tahu lelaki ini sudah berkahwin atau belum semasa dia mula berkenalan dgn lelaki itu.

Kalau dah tahu suami orang mengapa masih bermain api. Adakah tak rasa bersalah jika isteri orang itu garang dan tak cantik?

Lu fikirlah sendiri.

Gua nak sambung fikir pasal kerja ni hehehe

26 comments:

  1. No komen..
    eh..dah terkomen pun..heheh..

    ReplyDelete
  2. ntahnyer. miss X tu patut contohi saya.

    'jauhi laki orang'

    hehe~

    ReplyDelete
  3. kalau saya jadi siisteri.....

    kasi ganyang dua-dua!



    haha...

    ReplyDelete
  4. Dalam famili saya ada.
    yang kena tu kata nanti dia dapat payung emas.

    Tak boleh nak kata apa...

    ReplyDelete
  5. lu suruh gua fikir?



    klu gua jadi pompuan tu,gua kasi potong itu'anu' jantan tu..kehkehkeh!

    ReplyDelete
  6. Cik SHiNJU,

    Wah mcm artis atau ahli politik pulak cakap no komen ni.

    Satu lagi golongan yg cakap mcm tu ialah mereka yg kena batang hidung.

    Saya harap Cik SHiNJU bukan golongan ini hehehe

    (jgn marah. Gurau aje)

    ReplyDelete
  7. gadisBunga,

    Mungkin dia cuba jauhi laki org tapi laki org tu yg berusaha mengorat dia sehingga dia tertawan ahaks.

    Boleh jadi kpd ramai org tau hehehe

    ReplyDelete
  8. a.z.r.i.n.a no 1,

    Nak ganyang tak susah tapi lepas tu nak buat apa? Kalau laki dia pilih daun muda, gigit jari pulak siisteri tu

    ReplyDelete
  9. a.z.r.i.n.a,

    Bolehlah dia tu masuk persatuan isteri taat kot ngeeee

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    Wah garang betul. Ini dah jadi mcm kes bobbit kat amerika tu.

    ReplyDelete
  11. Hmmm..tak tau nak cakap camaner kan?

    ReplyDelete
  12. nak aku kasi komen tak bang? hehehe

    ReplyDelete
  13. aNIe,

    org perempuan patut lebih tahu kerana ini perasaan kaum hawa. Saya jadi tukang sampaikan citer aje.

    ReplyDelete
  14. zonaku,

    Berani ke nak duduk semeja ketiga2 org ni?

    ReplyDelete
  15. Tijah,

    Kasilah komen ko. Aku suka sebab ko candid bila bagi komen.

    ReplyDelete
  16. miss X patut elakkan kalau boleh. cuba bayangkan kalau mak kite dimadu.

    tapi biasalah, org akan cakap pasal dah jodoh.

    sekadar pendapat Ai.

    ReplyDelete
  17. Miss X jadik serba salah, sebab selama ni dia perasan dia lawaa...rupanya bakal madu dia yang lebih tua (selalunyalah) jauh lebih lawa dari dia.. heheh..

    ReplyDelete
  18. haih...
    dah ada bini yg baik dan lawa.. masih nak tambah lagi sorang..
    mana silapnya??

    ReplyDelete
  19. AiTotYati,

    Biasa org yg sedang mabuk cinta tak fikir semua tu. Mereka akan cari justifikasi utk bersama org yg tersayang. Dari terlanjur eloklah mereka bernikah. Lepas tu kata ianya takdir dan dah jodoh.

    ReplyDelete
  20. Anaa,

    Satu pandangan yg menarik. Mungkin setelah melihat bakal madunya yg cantik, Miss X rasa rendah diri. Ditambah bakal madu pula baik, tiada sebab lelaki itu nak kahwin lain (sepatutnya lah).

    ReplyDelete
  21. kakngah,

    Org lelaki kalau nak kahwin lain, tak kira samada isteri dia cantik dan baik. Kalau yg tak nak kahwin lagi tu, isteri yg sakit teruk bertahun2 pun suami tak kahwin lain.

    ReplyDelete
  22. juliet,

    Nak buang kes lah tu hehehe

    ReplyDelete
  23. yb bertepuk sebelah tangan tak jadi selebihnya LU PIKIRLAH SENDIRI.

    Yang lelaki dah tahu diri tu suami orang masih nak bermain cinta, yang perempuaan pulak kena rayu rayu sikit terus terlena.

    ReplyDelete
  24. sharifah rosidah,

    Org pukul kompang tu sebelah tangan hehehe

    Yg lelaki tu nak test market agaknya. Budak perempuan skrg mmg ada suka cari lelaki yg dah berumur sikit. Bukan saja banyak pengalaman (dibaca pandai mengayat) tapi hidup pun dah lebih stabil.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails