Wednesday, June 22, 2011

Macamana Nak Kaya?

Pagi tadi aku ke PD kerana cari kerja. Rakan bisnes aku dapat satu 'lubang' tapi dia tak berapa pakar dalam bidang ini. Aku pun taklah pakar sangat sebab aku baru bergiat dalam bidang tersebut. Untuk mengelakkan kes si rabun memimpin si buta, aku ajak kawan aku seorg lagi. Dia ni mmg pakar di bidang ini dengan pengalaman lebih 20 tahun termasuk di peringkat antarabangsa.

Kami janji berkumpul di sebuah hentian rehat dan pergi satu kenderaan saja dari sana. Kongsi kereta utk selamatkan planet bumi duit minyak dan tol.

Dalam perjalanan mcm2 kami bercerita. Maklumlah perjalanan agak jauh (lebih 2 marhalah) ditambah kawan aku bawa kereta mcm pengantin jalan nak naik pelamin.

Bila org bisnes dah berkumpul topik yg tak boleh miss tentulah tentang cara2 nak cari duit. Kawan aku yg pakar ini dah kaya pun tapi dia merendah diri kata dia seorg yg hidup sederhana.

Kesimpulan dari perbincangan tersebut: kalau nak kaya kena cari tanah. Beli tanah tak rugi sebab penduduk Malaysia semakin ramai dan tanah yg ada utk diagihkan oleh kerajaan semakin kurang.

(nota: kawan aku tu ada tanah di merata tempat yg diusahakan utk pertanian w/p itu bukan kepakaran dia. Setiap bulan berpuluh ribu ringgit dia dapat dari hasil pertanian w/p ianya lebih kepada hobi),

Aku cakap kpd kawan aku yg seorg lagi tu: Jom kita cari tanah. Tak payahlah kita kerja tarik tali tape utk ukur nak buat projek.

Persoalannya sekarang: Di mana nak dapat tanah?


Yang aku tahu - kat Sg Buluh. Baru saja Ahad lepas emak Adam beli 11 kampit tanah dgn harga RM10



Nampaknya aku kenalah teruskan kerja tarik tape sehingga jumpa 'lubang' utk dapatkan state land huhuhu

37 comments:

  1. ok. 1st. boleh komen di bawah~

    ReplyDelete
  2. hmmm..saya memang tgh nak cari tanah. mana ceruk pun saya tak kisah, asalkan murah. huhuhu~

    ReplyDelete
  3. gadisBunga no 1,

    opocot!

    Cepatnya sampai.

    ReplyDelete
  4. gadisBunga no 2,

    Yes first. Tahniah!

    Mana kakngah dan kaklong ni?

    ReplyDelete
  5. gadisBunga no 3,

    Awak nak buat apa dgn tanah tu? Nak buat nursery bunga ke? hehehe

    ReplyDelete
  6. Buat la mcm mana pun..we need to hv money to make money..hurmmmmmm...

    ReplyDelete
  7. 11 kampit = 10 ringgit je..

    Kat sini 3 kampit = 10 ringgit..

    Err, ni tanah buat tanam bunga yang hitam tu kan YB kan... Ke tanah yang merah tu...

    ReplyDelete
  8. huk!huk!huk!

    tahun 70-an 80-an senang dapat tanah. masuk tanah rancangan.
    bila gomen amik balik tanah, terus jadi jutawan.

    ReplyDelete
  9. yeaaa..yeaaa..kaklong dtg ni...!

    ReplyDelete
  10. ngah,abem kan jaul tanah..suh yb beli...heheheh!!!

    ReplyDelete
  11. Sally,

    Betul apa yg Jaja cakap tu. Tapi selain dari wang, kita kena ada talent dan connection ppps network (sedap sikit bunyinya) utk berjaya.

    ReplyDelete
  12. ~Cik Azz~,

    Emak Adam dah biasa dgn penjual tu. Kalau org tak biasa mereka cas RM1.20 sekampit.

    RM10 utk 3 kampit kira mahal tu!

    Haah ini citer pasal tanah hitam utk tanam pokok bunga kat pasu. Yang pasir oren tu pun sama.

    ReplyDelete
  13. kakngah,

    Itulah dulu kita tak nak jadi peneroka. Sanggup pergi belajar sampai jauh2. Balik habis belajar takde kerja huhuhu.

    Kalau kerajaan ambil mmg terus jadi jutawan. Tak ambil pun masih lumayan. Sebulan boleh masyuk beribu riban.

    ReplyDelete
  14. kaklong no 2,

    beza beberapa minit aje tu. Kaklong singgah kat fb dulu tadi. Itu yg kalah dgn kakngah hehehe

    ReplyDelete
  15. kaklong,

    abem jual tanah kat mana? Kalau ada yg sesuai dgn harga yg berpatutan apa salahnya.

    ReplyDelete
  16. kalau aku ade tanah - aku bolehlah jual kat ko - kayo aku jap....tp aku sendiri dah kehabisan tanah ! he3x

    aku tak leh kaya duit - tak ade duit. kaya anak - kaya budi bahasa - kaya iman (mudah2an - insyaAllah ) jadile....

    ReplyDelete
  17. laa..igt nk jwp td..rupanya emak adam dh bagi jawapan dulu,

    semngat lak rasanya nk jadi tokeh tanah

    ReplyDelete
  18. banyak juga lubang duit Yb ye...insyaallah , skarang pun dah kaya, kan

    ReplyDelete
  19. sonata anak kancil,

    Kat Melaka jauh sangat nak beli dan majukan. Kecualilah harganya murah dan tempatnya bagus hehehe

    Samalah kita. Org duduk bandar mana nak ada tanah melainkan tapak rumah yg kita duduk.

    Tak kaya harta kalau kaya yg lain2 tu pun dah alhamdulillah.

    ReplyDelete
  20. ikan emas,

    Emak Adam belikan utk emak dia tanah tu. Dia cuma ambil 2 kampit dan selebihnya ditinggalkan kat kampung. Org kampung pun skrg beli tanah jugak tahu ngeeee

    Kalau nak jadi tauke tanah, apa kata kita cuba majukan tanah IE yg kat Hutan Melintang tu. Bila2 senang sila hubungi saya.

    ReplyDelete
  21. ibuintan,

    lubang kecik2 aje. Kaya tu tidaklah sebab jiran2 saya ramai yg lebih kaya. Itu tak citer org tempat lain lagi. Tapi setakat nak beli beras dan susu anak tu insyaAllah adalah duitnya hehehe

    ReplyDelete
  22. heheheh.. baruja nak suh beli tanahsekampit due... ;)

    ReplyDelete
  23. saya beli tanah tapi belum masuk dalam pasu lagi, dah berbulan rasanya :P

    ReplyDelete
  24. abem jual tanah kampit..buat tanam cili...ngehngehngeh!!!

    ReplyDelete
  25. hui GB!
    pantas !


    lama betul tak main cop-cop kat sini..

    ReplyDelete
  26. Tanah yg YB beli dgn mak Adam tu kat kawasan mana ?

    ReplyDelete
  27. PnConfused,

    Tak payah suruh pun memang dah lama emak Adam nak beli tanah kampit tu. Dari 11 kampit tu dia cilok 2 kampit bawa balik. Selebihnya tinggalkan di kampung.

    ReplyDelete
  28. juliet,

    Eloklah cepat2 masukkan dalam pasu. Apa kata hujung minggu ni. Nanti bila dah puasa lagilah malas hehehe

    ReplyDelete
  29. kaklong,

    Oh tanah kampit rupanya. Ingat tanah utk pertanian berekar2 huhuhu

    ReplyDelete
  30. a.z.r.i.n.a no 1,

    GB kalau dia nak mmg pantas. Org mudalah katakan.

    Jomlah main cop2 lagi kat sini. Nanti bolehlah saya buat 2 entri sehari hahaha

    ReplyDelete
  31. a.z.r.i.n.a no 2,

    tanah tu tanah kampit yg warna hitam tu. Kami beli kat Sg Buluhlah - kat mana lagi. Dekat aje dgn opis Reen.

    ReplyDelete
  32. yb kata cik abang kita dia tak perlu tanah sbb arwah mak dia dah tinggalkan anak anak dua ekar seorang termasuk yang dah jadi jutawan pun dapat.

    dia kata dia nak tanah yang terlekat tu je, dulu boleh tanam tanam sekarang tanam pun benih dah tak hidup, dia cakap aaahh tak kesah janji ada tanah tu.

    ReplyDelete
  33. sharifah rosidah,

    untunglah arwah mak dia ada tinggalkan tanah pusaka utk anak2 sehingga boleh dapat 2 ekar seorg. Arwah bapa saya cuma tinggalkan tanah sekangkang kera kpd kami. Itupun kongsi berempat dgn 2 org sepupu. Tapi tanah tu dah kena ambil oleh kerajaan utk buat laluan LRT huhuhu

    Tanah yg terlekat tu tanah apa. Kurang faham. Boleh terangkan sikit lagi.

    ReplyDelete
  34. hehehe takyah terangkan lah yb paham sendiri cukup nanti kalau lebih lebih cik anon merapu pulak kat blog yb ni. menyampah tau orang macam cik anon ni.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails