Pagi ni apabila aku buka suratkhabar online, ada satu berita dgn tajuk "Kami bercinta" Ini berita yg top sekali pagi ini mengalahkan kisah gempa bumi di Sumatera, doktor yg hilang di Alor Setar tapi jumpa di Kuantan setelah 26 hari mahupun kemungkinan pelaksanaan gaji minima hujung tahun ini.
Ini menunjukkan kisah cinta masih mendapat tempat teratas di kalangan pembaca suratkhabar. Ini mungkin disebabkan getaran dari cinta lebih hebat dari gegaran gempa bumi. Cinta juga boleh membuat mereka yg dilamun olehnya menutup sebelah mata jika pasangan mereka tak berkerja atau bergaji rendah mengalahkan gaji minima yg disarankan itu.
Ceit panjang pulak mukadimah aku pagi ni.
Ini menunjukkan kisah cinta masih mendapat tempat teratas di kalangan pembaca suratkhabar. Ini mungkin disebabkan getaran dari cinta lebih hebat dari gegaran gempa bumi. Cinta juga boleh membuat mereka yg dilamun olehnya menutup sebelah mata jika pasangan mereka tak berkerja atau bergaji rendah mengalahkan gaji minima yg disarankan itu.
Ceit panjang pulak mukadimah aku pagi ni.
Mungkin kalian nak tahu siapa yg bercinta tu (bagi yg belum membaca akhbar pagi ni).
Ini kisah dua org ini. Nah bacalah keratan akhbar tersebut di bawah ni . . .
Jawablah!: Kami bercinta
Lisa, Yusry tidak nafikan hubungan istimewa antara mereka GOSIP cinta mereka bermula apabila si gadis, Lisa Surihani kerap dilihat bersama si jejaka iaitu Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU dalam pelbagai acara. Kemudian, timbul cerita mesra pasangan ini ketika menyaksikan pra tonton filem Seru apabila Yusry dikatakan mengelus tangan Lisa bagi menenangkannya kerana ketakutan ketika menonton filem seram itu.
Terbaru, selepas berteka-teki dan sering memberikan ‘jawapan selamat’ mengenai hubungan mereka berdua, akhirnya Yusry membuka mulut menyatakan bahawa hubungan mereka adalah ‘satu perhubungan matang kerana ia lebih daripada seorang kawan’. Malah kedua-duanya turut mengaku bahawa mereka kini sedang mengenali hati budi masing-masing. Dalam bahasa mudah, mereka mengaku sedang dilamun cinta.
Aku rasa ramai pemuda2 dan yg tak berapa muda kecewa membaca berita ini kerana peluang mereka nak tackle Lisa berkecai.
Aku rasa ramai pemuda2
Kepada mereka ini aku nak nasihat mcm inilah (cewah): nak bahagia tak semestinya kena cari pasangan yg cantik (ayat nak sedapkan hati hahaha)
asal bahagia, sudah...!!!
ReplyDeletewah! sekarang yg dah jadi repoter artis laa...heheheh!!!
ReplyDeletekita bila nk bercinta bang..? kakaka...
ReplyDeletewey.. ayat last tu..
tak patut tau...
kecik ati mak adam.
mak adam cantek apa.
.
kena carik yg cantik la YB..tp cantik dia tu ikut scale mata masing2 la
ReplyDeletekeyword akhbar ni lain macam
ReplyDeletehahaha
apa yang penting hati mesti cantik. rasa bahagia selalu.....
ReplyDeletekaklong,
ReplyDeleteBetul tu. Tapi bukan senang nak bahagia kalau tak diasaskan mencari keredhaan Allah.
kaklong lagi,
ReplyDeleteSaya ceduk dari akhbar aje. Setakat ini cuma kisah Tomok aje yg saya laporkan hehehe
tasek,
ReplyDeleteBest jugak kan kalau kita bercinta adeh deh deh
Ayat yg last tu bukan aku tujukan kpd diri aku lah. Itu nasihat utk org lain. Jadi tak timbul kisah emak Adam hehehe
(nasib baik dia tak baca blog aku ni) ngeeeee
laju la traffik YB harni ni.. layan n3 dunia hiburan....
ReplyDeleteYb kene bli lamborghini kaler biru dulu baru bole tackle lisa...:ehehehehee
ReplyDeletebiar cantik luar dalam kan :P
ReplyDeletemanais bercinta ni, seronok bahagia segala gala indah saja...
ReplyDeleteAbang pun kechiwa bang???
ReplyDeleteSaya harap, kalau mereka berkahwin, tak perlu lah buat majlis grand 3 hari 3 malam (macam masa Yusri kawin dgn Erra Pajira dulu)..last last bercerai berai
ReplyDeleteaku sedih. wuwuwuwuwwuwuw
ReplyDeleteKSWSK,
ReplyDeleteBetullah tu. Kalau tak cantik sakit mata memandang. Lama2 jadi sakit hati.
Tapi spt yg wawa cakap, cantik itu pada pandangan mata org yg memandang. Ikut scale masing2.
alien,
ReplyDeleteTakkan tak tahu akhbar punya stail nak tarik pembaca ngeeee
mOnAlEa,
ReplyDeletecantik rupa senang dilihat. Cantik hati payah nak tentukan. Belum kahwin perangai baik. Dah kahwin baru terserlah warna sebenar huhuhu
kira ok la tu, yang seorang lawa dan yang seorang lagi kacak dan yang penting dua dua bujang lagi.
ReplyDeletePada sesiapa yang ada hati kat LISA SURIHANI pas ni dah tak payah berangan lagi ok.
kakngah,
ReplyDeleteSelalu kalau hari kerja trafik mmg laju sikit. Supaya tak terbuai dgn dunia hiburan saya dah buat n3 baru hehehe
syida,
ReplyDeleteJangankan lambo, swift pun masih tak terbeli huhuhu
juliet,
ReplyDeleteKalau dapat semua org nak yg mcm tu.
Eja,
ReplyDeletemasih merasa kemanisannya lagi ke?
Itu baru cinta yg abadi antara pasangan suami isteri
DrSinga,
ReplyDeleteTak sempat nak berangan utk merasa kecewa hehehe
Yusry tu org satu kampung dgn abg. Bagilah dia chance.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDaddy Ziyyad,
ReplyDeletekalau mereka nak buat siapalah kita nak menghalang. Lisa tu anak dara lagi - tentulah mahu majlis perkahwinan dia sesuatu yg akan diingati dan dikenang. Yusry w/p dah duda takkan nak kalah dgn Datuk K yg juga duda dlm membuat majlis kahwin.
Kita tunggu dan lihat.
psst - opis Yusry tu belakang rumah saya aje sebelum mereka pindah ke Cyberjaya hehehe
Masy,
ReplyDeleteJanganlah bersedih sangat. Cari ajelah duda yg lain hehehe
Larikksss
sharifah rosidah,
ReplyDeleteDari segi fizikal nampak sama padan. Tapi utk kebahagiaan di alam berumahtangga ni, keserasian dlm hal2 lain juga perlu.
Bagi yg berangan nakkan Lisa, saya rasa mereka tak akan give up kerana belum pun dilamar si Lisa tu. Sedangkan isteri org lagi ada yg cuba tackle hahaha
wah...ingatnye silap masuk blog gossip artis tadiii..
ReplyDelete