Wednesday, June 15, 2011

Inilah Barang Dagangan Aku

Emak aku pernah tanya, "ko ni sibuk ke sana kemari jual apa sebenarnya?"

Aku rasa dia tak puas hati atau konfius kenapa aku berhenti kerja dari sykt kulit kerang dulu sedangkan jawatan dan gaji aku boleh dikatakan 'boleh tahan' di sana.

Seperti yg aku pernah katakan, aku sekarang dah jadi saudagar ranjang.

Ranjang saiz king di salah sebuah bilik utama

Satu lagi set bilik tidur

Selain set bilik tidur, sykt aku juga membekalkan perabot2 lain termasuk:

set sofa dari jenis Chesterfield


set meja makan kerusi 10


set meja makan kerusi 8


meja belajar untuk unit biasa

penyidai tuala atau towel horse

Ruang tamu dan ruang makan di salah sebuah rumah setelah diletakkan perabot yg kami bekalkan. Di sebelah kiri tu cabinet tv.

Aku nak tunjukkan entri ini kpd emak aku esok supaya dia tahu apa yg aku lakukan selama ini. Sesiapa terbaca n3 ni sebelum aku dapat berbuat begitu, kiranya sneak previewlah ni hehehe

27 comments:

  1. YB, kalau saya nak beli ranjang atau set meja makan tu, berapa best price boleh dapat? Bukan beli byk, utk saya aja..:)

    ReplyDelete
  2. soklan saya pun sama seperti di Daddy Ziyyad di atas..

    ReplyDelete
  3. penghantaran ke seluruh msia tak YB?hihihi..

    ReplyDelete
  4. cantik cantik perabut yang Yb jual ni, semua ni made in malaysia ke!

    ReplyDelete
  5. ini yg kat gemas tu ke??
    hhmm.. untungnya pegawai tersebut.. masuk rumah bwk ken baju jek..
    tapi sok bila kena kuar rmh pun bwk ken baju gak hihihi!!!

    ReplyDelete
  6. ai suka katil single size. hikkssss

    ReplyDelete
  7. Wah!! Kalau Kak Ngah dah ade rumah nanti boleh lah memborong kat syarikat YB ye...

    ReplyDelete
  8. tunjuk n3 ni kat mak saya sekali ye :P

    ReplyDelete
  9. saya nak beli ranjang bila nak kawin nanti. boleh dapat best price? mueheheh~

    ReplyDelete
  10. Daddy Ziyyad dan DrSinga,

    Wah kedua2 org doktor ni tanya soalan yg sama. Biar saya jawab serentak.

    Kalau nak beli satu atau dua pun boleh terutama katil dan tilam tu. Saya dah berbincang dgn bos King Koil dan dia bersetuju memberi potongan harga jika saya ingin membeli sikit2 utk diri sendiri dan kengkawan.

    Yang senangnya bolehlah ke kedai King Koil dan cari katil atau tilam yg dikehendaki. Harga dealer memang standard sebab dicetak di broucher. Bila dah pilih dan tanya harga kat dealer (mana tahu dia nak bagi diskaun) lepas tu hubungi saya. Saya akan tanya berapa harga yg kilang boleh beri kpd saya. Diskaun tu saya akan beri pada doktor atau sesiapa yg beli dari saya setelah saya potong sedikit utk kos pengurusan.

    Kalau segan nak pergi ke kedai King Koil boleh jumpa saya. Saya ada brochure tu.

    Utk meja makan susah sikit nak beli sikit2 kerana mereka buat utk pasaran eksport. Mula2 mereka keberatan nak layan kami kerana kami order dalam 200 set saja. Jumlah yg tak besar bagi mereka!

    ReplyDelete
  11. MasZuber,

    Ada banyak lagi set. Yang saya tunjukkan tu hanya sebahagian. Lagipun pricelist utk projek tak sama utk beli sikit2.

    Kalau berminat boleh hubungi saya. Kalau nak beli tilam atau katil, sila rujuk jawapan saya kpd Daddy Ziyyad dan DrSinga. Boleh buat cara tu.

    Mana tahu berbaloi potongan tu.

    ReplyDelete
  12. aNiS tHe BumbleBee,

    Kalau utk projek memang saya hantar seluruh negara kerana jumlah yg besar dan kos pengangkutan yg telah diambil kira.

    kalau utk kegunaan sendiri, boleh runding. Kalau boleh hantar saya akan hantar.

    ReplyDelete
  13. mOnAlEa,

    Boleh diatur.

    Sila rujuk jawapan saya kepada Daddy Ziyyad di atas.

    ReplyDelete
  14. raya tahun ni mak adam tukar perabut baru la lagi...
    bukan nya susah nak berbeli pun...ambik ajer kat gudang tu....!!!
    heheheh!!!

    ReplyDelete
  15. Wanita Bertudung Hijau,

    Sofa bed takde.

    ReplyDelete
  16. ~mrs azmi~,

    ranjang tu ada pelbagai saiz (single, super single, queen dan king) serta macam2 gred.

    Boleh refer kpd katalog dari King Koil. Harga yg ditunjukkan di katalog itu adalah harga runcit di Semenanjung Msia.

    Kalau hubungi saya, saya akan cuba dapatkan potongan lagi dan pass kpd kengkawan.

    ReplyDelete
  17. memanglah ekau seorang saudagar...
    wa tabik!!

    ReplyDelete
  18. salam, nak taw harga sri maharaja dan maharaja set...tilam +divan sekali...email dbatrisya@gmail.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails