Friday, June 17, 2011

Bila Malam Jumaat Aje Mulalah Aktif

Malam tadi semasa makan di surau selepas majlis tahlil dan bacaan Yasin aku dan jiran2 pun bercerita macam2 perkara. Dah jadi mcm mini parlimen. Cuma kami tak mengumpat orang. Takkanlah berkopiah dan bersongkok nak mengumpat orang. Lagipun kami masih dalam kawasan surau tu. Ini tak bermakna kat luar boleh mengumpat.

Antara topik yang dibangkitkan ialah sukan. Org lelaki kenalah cakap pasal sukan baru nampak macho. Salah seorg jiran aku seorg pegawai kanan tentera citer pasal golf. Kalau tentang golf ini aku bolehlah cakap sikit (kelentong lebih) w/p aku tak main. Dari cara aku cakap ramai tak percaya aku tak main golf sebab aku tahu kebanyakan istilah2 mereka.

Lepas citer golf tu ada pula seorg lagi jiran mengajak main badminton malam tadi. Biar betik! Selalunya kami main pada malam Sabtu tapi dah lama terhenti sejak ada Maharaja Lawak. Last2 dah lama tak main sebab malam lain semua sibuk.

Akhirnya malam tadi lepas pukul 10 malam, kami turun bermain di court sebelah surau. Dekat pukul 12 tengah malam baru habis main.

Aku syak isteri mereka cuti malam tadi hahaha


Nota kaki : aku main 4 set dan menang semuanya (saja nak bagi tahu dengan bangganya )

16 comments:

  1. terer betul ah pakcik nih~haha~~

    ReplyDelete
  2. bujal X,

    terer bab mana satu ni? hehehe

    ReplyDelete
  3. YB, jom main badminton...lepas tu kita smash Bujal..ekekeke..

    ReplyDelete
  4. Dah lama betul tak main badminton

    ReplyDelete
  5. YB..tulisan font kecik tu tak menahan...sama lah tu...2x5..hahaha

    ReplyDelete
  6. mesti pagi ni bangun badan sengal2... dah lama tak bersukan. ye la.. maharaja lawak pun dah lebih 10 minggu. kalau tak silap la....

    ReplyDelete
  7. Daddy Ziyyad,

    Ok on. Bila nak main tu? Smash menyemash ni mmg saya suka.

    Bujal X nak partner dgn siapa?

    ReplyDelete
  8. Ms Lilies,

    Jom kita main kat dewan MBPJ kat depan Brem Tower tu. Saya pernah main sekali aje kat situ ngeeee

    ReplyDelete
  9. juliet,

    Main double bolehlah. Kalau single 2 set dah mencungap kalau dapat lawan yg terer.

    Eh jom kita main kat tepi rumah saya. Kita ajak kts sekali. Kita partner 2 org. Biar kts partner dgn emak Adam hehehe

    ReplyDelete
  10. kaklong,

    emak Adam tak cuti. Dia kerja siang malam hehehe

    ReplyDelete
  11. aNIe,

    eh isteri saya tak cuti. Cuma Adam selalu tidur lewat. Pukul 12:30 masih tak tidur hehehe

    ReplyDelete
  12. kakngah,

    nasib baik tak sengal2. W/p dah lama tak main pada malam Sabtu tapi saya ada juga pukul2 dgn anak2 kat laman rumah.

    ReplyDelete
  13. agak2 kalau YB kalah malam tadi keluar dak cerita dalam entry?? hikhik

    ReplyDelete
  14. ~mrs azmi~,

    kalau saya kalah citer ni keluar juga tapi sudah tentulah nota kaki tu ditiadakan

    ngeeeee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails