Thursday, May 19, 2011

Tahniah Nuratikah

Atikah di majlis konvokesyen UiTM ke 74.

Tahniah!

Ini baru langkah pertama. Jauh lagi perjalanan tapi perjalanan seribu batu pun bermula dgn langkah pertama.

Dia dah tamatkan kursus CAT. Skrg sedang mengambil kursus ACCA.

Lama dah aku tak menghadiri majlis konvo. Kali terakhir masa adik kembar aku terima degree dia di USA. Emak bapak kami tak dpt dtg sebab jauh. Aku jadi wakil mereka.

Aku punya excited - aku ikut naik ke pentas sebelum adik aku. Dekan kami baik hati. Dia bagi segulung ijazah kpd kami dua beradik setiap seorang hehehe

Oh ya. Adik aku jadi wakil emak bapak aku pada majlis itu.
Sent via BlackBerry from Maxis

38 comments:

  1. ponn ponn ponnnn


    cukuplah tu tahniah di tiga tempat teratas.

    hehehhe

    ReplyDelete
  2. tahniah. sy masa konvo degree kat uitm dulu, pergi sorang2 je. sob3x.

    ReplyDelete
  3. tahniah!

    seronok kan konvo! sy suka hadiri konvo, n sy suka temankan mak masa konvo adik2.

    dah sy bangga isi borang survey di galleri uitm mengatakan MAK sy dah hadiri 6 majlis konvo uitm masa konvo adik sy... mak relax, sy lebih2!

    yb pun nanti pasti asyik susun majlis konvo, n mak adam akan asyik tempah bj nk hadiri konvo anak2

    ReplyDelete
  4. tahniah atikah!
    i confused,nape u xdpt degree sama2 dgn adik kembar u?atau u dpt awal?atau dia extend?

    ReplyDelete
  5. Alaaa.. Paman YB.. memang laa dua2 dapat ijazah.. dah sama2 grad dgn Paman Yusuf kan?

    ReplyDelete
  6. apalagi atikah, mintaklah swift, kaler biru ke, oren pinang masak pun cantik,ehehehehehehe.

    ReplyDelete
  7. tahniah Atikah

    stuju ngan Julietchun.... swift layak dah sebuah tu

    ReplyDelete
  8. Tahniah Atikah..


    ps: YB, pernah tak YB post gambar YB dgn kembar YB? saya teringin nak tengok

    ReplyDelete
  9. 'Oh ya. Adik aku jadi wakil emak bapak aku pada majlis itu'

    majlis itu, majlis apa ? abang konfiuslah !

    ReplyDelete
  10. AiTotYati no 2,

    Terima kasih, terima kasih.

    ReplyDelete
  11. AiTotYati no 3,

    Terima kasih, terima kasih dan terima kasih

    hehehe

    ReplyDelete
  12. AiTotYati no 4,

    Pon pon kereta 206 ni nyaringlah.

    Cukup ke 3 aje? Nasib baik DrSinga dan GadisBunga takde. Kalau tak mesti dah kena gelaran giler koser hehehe

    ReplyDelete
  13. -GC-,

    Tadi Naib Canselor pun ada beritahu ada graduan yg tiada ibubapa mereka bersama.

    Ibu bapa mereka mungkin telah pergi dulu atau tidak mampu utk hadir kerana tak cukup wang. Sayu dan sebak saya.

    Awak kategori mana?

    ReplyDelete
  14. kak long,

    terima kasih.

    Banyak dah beruang dan bunga yg dia dapat.

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    Wah dah 6 kali emak awak hadiri konvo di UiTM! Tabiklah.

    Anak saya tak semua belajar di UiTM. Yg sulung di UIAM. Yg ketiga baru nak masuk matrik Isnin depan.

    Kalau konvo di tempat2 yg berbeza, guna pakaian yg sama pun tak pe kot hehehe

    ReplyDelete
  16. Syida,

    Mana pulak saya kata kami tak dapat degree sama2. Saya dapat beberapa saat sebelum adik saya sebab nama saya lebih dulu dari nama dia mengikut abjab.

    ReplyDelete
  17. Mak Su,

    Terima kasih dari ayah kpd anak saya tu.

    hehehe

    ReplyDelete
  18. S-a-B-r-I-n-A,

    Tahu takpe.

    Satu batch pun dgn Imang w/p kami lain2 uni. Dia sambung master tapi kami balik. Penaja tak nak kasi biasiswa utk sambung huhuhu

    ReplyDelete
  19. juliet,

    Rasanya dia dah letih nak minta Swift tu.

    Hari ni dia balik bawa Naza Ria dari Shah Alam hehehe

    ReplyDelete
  20. ibuintan,

    Terima kasih.

    Untung2 murah rezeki malam Jumaat ni dan dapat beli Swift seekor hehehe

    ReplyDelete
  21. Daddy Ziyyad,

    terima kasih bagi pihak Atikah.

    Ada gambar dan citer kami di blog dan di fb. Cuba cari kisah masa birthday kami tahun lepas - 9/3

    ReplyDelete
  22. zino,
    Thanks.

    Anak Zino yg belajar di UiTM tu bila habis?

    ReplyDelete
  23. al-lavendari,

    Majlis itu ialah majlis konvo atau di US dipanggil Commencement.

    Saya jadi wakil ibubapa utk adik saya dan dia jadi wakil ibubapa utk saya sbb ibubapa kami tak dapat hadir. Tak mampu nak datang ke sana huhuhu

    ReplyDelete
  24. masih lagi konfius .. awak ada berapa orang ibu bapa ? hehe

    tak jawab pun tak apa .. abang tengah ada mood nak menyakat orang ni !

    ReplyDelete
  25. al-lavendari,

    saya ada seorg ibu dan seorg bapa manakala adik saya pun ada seorg ibu dan seorg bapa hehehe

    ReplyDelete
  26. Tahniah!!!!!! Moga terus cemerlang ya..

    ReplyDelete
  27. Sally,

    Terima kasih b/p Atikah.

    Kena berusaha keras utk terus cemerlang. Bulan depan ada peperiksaan ACCA. 2 paper.

    ReplyDelete
  28. Terima kasih semua :)

    ReplyDelete
  29. Tahniah Atikah, seronok dapat melihat anak naik pentas ye yb. Saya kena tunggu bulan Oct ni untuk melihat anak naik pentas diUUM nanti setelah bertungkus lumus menghabiskan master pada pertengahan februari lalu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails