Monday, May 2, 2011

Semoga Berbahagia

Tak sengaja lewat depan rumahmu,
Ku terlihat ada tende biru,
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Petikan dari lagu yg dipopularkan oleh Dessy Ratnasari

Cuti 3 hari ni aku sibuk memenuhi jemputan majlis kahwin.

Hari Sabtu aku ke majlis jiran aku. Dia buat di dewan Kem Tentera sebab dia pegawai kanan askar. Ada tende (khemah) sikit aje di sebelah dewan. Khemah ini utk org lepak2 lepas makan. Ada disediakan mee, cendol dan teh tarik.

Dari majlis itu aku ke Perumahan Kerajaan di Jalan Dutamas. Saudara emak Adam mengadakan majlis perkahwinan anaknya. Tende dihias dgn kain ungu. Tak pakai janur. Yang guna janur kalau di Malaysia ini org India aje setahu aku.

Semalam kami ke Perepat utk majlis kahwin saudara emak Adam juga. Tende warna jingga. Ini kali kedua mereka mengadakan majlis perkahwinan anak. Dan seperti majlis pertama dulu, hidangan istimewa ialah ayam golek.

Hari ini ada lagi majlis kahwin. Jiran setaman dgn aku. Dia ini duda. Jadi aku pergi sendiri (tak bawa emak Adam) selepas solat Zohor tadi. Tendenya dihiasi kain ungu kerana itulah warna tema keluarga tersebut hari ini.

Sebenarnya aku dah makan sebelum pergi sembahyang tadi. Emak Adam masak kaw kaw sempena harijadi Haikal yg ke 10. Tapi utk meraikan majlis perkahwinan tu, aku makanlah juga sikit. Masa aku makan tadi ada pula blogger call aku. Nasib baik aku makan sikit aje.

Kepada semua mempelai, aku ucapkan semoga berbahagia. Februari tahun depan ada baby boom agaknya.

39 comments:

  1. selamat harijadi haiqal!!

    eh jap jap


    kite tahu ke kite jadi bile?

    paling tepat selamat hari lahir rasanya


    :D

    ReplyDelete
  2. selamat makan. kalau tak selamat... istighfar he..he..

    ReplyDelete
  3. heheheh..samala kite YB..coti ni asyik g umah org kawen aje..heheh

    ReplyDelete
  4. sibuk aja manjang YB ni...hehehhehe

    ReplyDelete
  5. meramaikan anak adam namanya..:)

    ReplyDelete
  6. meriah asyik makan kenduri je hehe

    ReplyDelete
  7. salam akhi YB...

    selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat Haikal..semoga jadi anak soleh yg kan membahagiakan kedua ibu dan ayah mu.

    ReplyDelete
  8. Wah cuti-cuti ni lunch free memanjang.. samalah kita

    ReplyDelete
  9. AiTotYati,

    pin pin. Minggir, minggir. 204 nak lalu.

    ngeeee

    ReplyDelete
  10. AiTotYati no 2,

    sepanjang 3 hari ni saya cuba kontrol. Makan ala kadar aje. Hari Sabtu tu rumah yg kedua tu saya tak makan nasi pun. Cuma makan rojak buah.

    ReplyDelete
  11. AiTotYati no 3,

    Jadinya 9 bulan sebelum tu agaknya. Mmg tak tahu secara pasti terutama bagi ibubapa yg 'aktif' hahaha

    Terima kasih b/p Haikal di atas ucapan tu.

    ReplyDelete
  12. Insan Marhaen,

    Bukan makan itu yg penting. Memenuhi jemputan lebih utama.

    Nak makan kat rumah pun emak Adam masak macam2 sebab anak2 dan emak saya tak pergi majlis tu.

    ReplyDelete
  13. cikceriacorner,

    Oh awakpun banyak jemputan cuti ni? Tak dapat ke mana lah jawabnya.


    Minggu depan pun dan minggu lepasnya pun ada lagi huhuhu

    ReplyDelete
  14. Adinda Amy Sensei,

    Hidup bermasyarakat macam ni lah. Kalau yg tak kisah tu, tak ramai yg nak jemput pun hehehe

    ReplyDelete
  15. dalam maharaja lawak minggu 5, kalau ikut sepah, lagu tenda biru tu dafi yang nyanyi.

    ReplyDelete
  16. sapa blogger tu bang? hahaha

    ReplyDelete
  17. biasa la time cuti bermakna makan free....

    ReplyDelete
  18. soklan yang sama..
    kenapa tak bawak Mak Adam?

    ReplyDelete
  19. makan, makan dan makan...

    buang-buang tak?

    anyway hepi belated bday to haikal semoga jd anak yg soleh dan remaja kacak yg bertahi lalat di pipi..

    ReplyDelete
  20. tak sangka yb tau lagu tenda biru tu. jom karok :P

    selamat harijadi haikal, sila mintak hadiah yg best2 dari ayah :P

    ReplyDelete
  21. Panglima Muda,

    Awak pun bolehlah join sekali hehehe

    ReplyDelete
  22. MasZuber,

    Betul tu. Meramaikan anak cucu Adam.

    Skrg ni nama Adam mula popular semula. Ikut nama datuk kita dulu ngeeee

    ReplyDelete
  23. zino,

    Org dah jemput, kita pergilah utk meriahkan majlis

    ReplyDelete
  24. Ummi Humaira,

    Waalaikum salam ummi.

    Terima kasih di atas doa dan ucapan ummi tu. Semoga dia menjadi anak yg soleh.

    ReplyDelete
  25. Mie,

    Awak pun banyak dapat jemputan cuti baru ni ke?

    Kalau kira bukanlah free. Kena juga hulur utk membantu tuan rumah ngeeee

    ReplyDelete
  26. gadisBunga,

    Dafi menyanyikan semula lagu tu. Penyanyi asal adalah Dessy Ratnasari pada tahun 90an dulu.

    ReplyDelete
  27. Tijah,

    Ko kenal kot blogger tu. Ada ke tengahari tepon pasal bisnes.

    Dah alang2 tu, harap2 jadilah proposal dia tu ahaks

    ReplyDelete
  28. Salam YB,

    Pembetulan dia tak duda lagi sejak dua tahun lepas.

    ReplyDelete
  29. alimaz kembara terasing,

    Kalau tak cuti pun mmg ramai yg buat kerja kahwin sekarang ni. Ini pula cuti 3 hari. Dah tak larat nak makan nasi minyak huhuhu

    ReplyDelete
  30. DrSinga,

    Kami tak kenal sangat dgn tuan rumah sebab dia tak bercampur sangat dgn org sini. Kalau saya ni mcm tu, emak adam lagilah tak kenal.

    Pembetulan oleh Zabs dirujuk.
    Dia dah tak duda rupanya. Tapi saya tak tahu pun dia dah kahwin lain hahaha

    ReplyDelete
  31. banyak nya jemputan kan....

    harapnya KKM tak keluarkan fatwa makan kenduri kahwin banyak banyak boleh menyebabkan obesiti...:P

    ReplyDelete
  32. kak ct,

    Dah umur2 mcm kita ni makan ala kadar aje. Buang tetap buang mcm biasa ngeee

    Belum remaja pun nampak mcm dah kacak si Haikal tu. Itu yg ada awek nak usha dia hehehe

    ReplyDelete
  33. juliet,

    Bila nak karok tu? Jom ke wangsa walk. Saya tahu awak selalu ke situ. Tak sabar nak dengar awak nyanyi. Org kata awak pandai nyanyi ngeeeee


    Haikal dah minta hadiah kapalterbang sebab dia kata dia nak jadi pilot. Mahal juga kapalterbang besi tu. Beli 3 biji aje utk dia hehehe

    ReplyDelete
  34. Zabs,

    Wsalam.

    Oh ya ke? Tak tahu pula sebab dia ni low profile.

    Isteri dia ada ke datang ke surau? Yang mana satu?

    ReplyDelete
  35. Daddy Ziyyad,

    Hari ni Sabtu ni pun ada jemputan di rumah dua pupu saya.

    KKM dah serik bagi fatwa. Kalau tak nak galakkan org makan makanan tak sihat jgnlah pilih makanan org Melayu aje. Makanan kaum lain pun ada yg tak sihat

    ReplyDelete
  36. Salam YB...,

    memang dah musimnya....layannn jer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails