Friday, May 27, 2011

Perbezaan Entri di FB dan Blog

Semenjak dua menjak ni aku bergiat cergas di dua alam. Ish bukan alam yg itu. Itu haram tu. Maksud aku, aku banyak 'meluangkan' masa utk blog dan juga facebook.

Di blog aku masih cuba dgn gigihnya buat satu n3 sehari. Kadang aku ada banyak yg aku rasa nak kongsikan di blog tapi tak larat pula bila kawan2 ramai yg komen. Bukan aku tak mahu kawan2 komen. Aku sangat suka baca komen2 tuan-tuan dan puan-puan serta cik-cik sekalian (ayat bodek). Cuma aku tak sempat nak balas semuanya bila aku banyak kerja.

Dalam sibuk2 tu, aku ni mengada2 pun update status di fb. Kat fb tak perlu panjang2. Makanya, satu hari aku update sampai 4 - 5 kali mengkut suka hati aku. Contohnya hari Rabu aku lontarkan persoalan berikut:

Berapakah harga yg sanggup anda bayar utk sebuah cinta? Cewah
Wednesday at 14:34 · ·

Kalau nak tahu apa kawan2 fb aku komen, silalah ke fb aku.


Semalam semasa aku sedang menunggu rakan aku mengemaskinikan jadual projek, aku tertaip perkataan di bawah ini.


Pandang ajelah
17 hours ago via BlackBerry · ·

Aku tak sempat terangkan apa yg aku maksudkan tapi ramai yg membuat speku. Korang rasa aku yg aku cuba sampaikan?

Kalau nak tahu jawapannya, sekali lagi silalah ke fb aku.



Aku bukan nak promote fb aku tapi aku nak beritahu kadang tu seronok juga buat statement pendek tapi menggamit respon yg banyak.

26 comments:

  1. walaupun yb tak jawab komen tapi saya akan terus setia memberi komen yg tak membina :P

    ReplyDelete
  2. dah lama tak susun komen dekat en3 yb

    ReplyDelete
  3. betul..tp sy lbh suka komen status org je klu kat FB..jarang update status..lbh suka meluah kat blog..

    ReplyDelete
  4. lebih prefer blog dr fb... YB x per la.. glamer di FB n Blog..

    ReplyDelete
  5. yb kan bolger top...
    termasuk kat fb gak....hihihihi!!!

    ReplyDelete
  6. tp ko x respon pon kt fb aku? ini tidak adil. hehe

    ReplyDelete
  7. juliet no 1,

    you bukaklah akaun fb. Senang sikit nak chat dgn awak hehehe

    ReplyDelete
  8. juliet no 2,

    Ya rezeki Jumaat. Awak first hari ni. Sesuatu yg jarang terjadi.

    Tahniah!!!

    ReplyDelete
  9. juliet,

    mungkin saya lambat membalas komen awak 2-3 hari ni tapi seboleh2 saya akan balas juga w/p lambat. Komen awak semalam saya balas pukul 12:28 malam. hehehe

    Terima kasih kerana rajin memberi komen. Baik yg membina dan yg tak membina.

    Saya balas sebelum saya keluar sbb kalau petang nanti tentu awak tak baca sehingga Isnin depan ngeeee

    ReplyDelete
  10. Eja,

    kalau rajin susunlah lagi komen. Tengok juliet rajin hari ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Hamizah,

    Patutlah tak nampak komen awak di fb.

    ReplyDelete
  12. kalau boleh guna telepon pintar, saya rasa takde masalah YB...ni saya masih takde telepon pintar, so kena lah bergantung kat PC atau laptop nak update blog & FB...ngeeeeeeeee

    saya ada baca juga status FB YB pasal 'tengok ajelah ' tu...tertanya tanya juga, apa yg YB nak kata ni..ekekeke..sebab gambar pun takde..

    ReplyDelete
  13. setuju .. seronok bila kita tulis pendek, tapi banyak dapat respon. dan kecewa bila tulis panjang2 kat blog, tapi tak ada orang komen !

    ReplyDelete
  14. huhuhu...

    tak sempat betul sekarang ni.

    ReplyDelete
  15. zonaku,

    terpulang pada pilihan masing2. Ada yg suka blog dan ada yg lebih suka fb.

    Jangan tiru mcm saya - dua2 pun sapu. Last2 sibuk tak menentu huhuhu

    ReplyDelete
  16. kaklong,

    mana ada top. Ramai lagi yg lebih hebat dan popular.

    W/p saya berterima kasih kpd semua rakan2 yg terus memberi sokongan termasuk kaklong. Dah lama saya tak ke blog kaklong tapi kaklong masih setia datang membaca dan komen di blog saya. Ini membuat saya rasa terharu dan bersalah huhuhu

    ReplyDelete
  17. Masy,

    Eh mana pulak tak respon? Kan selalu juga saya komen dan balas komen awak tu.

    Awak tu yg jarang komen kat fb saya ngeeeeee

    ReplyDelete
  18. gadisBunga,

    Betul tu. Hari tu kan saya pernah buat n3 pasal 2 isteri ni.

    Termasuk emak Adam dah 3!

    ReplyDelete
  19. Mak Su,

    Tapi bila maksu buat n3 masih ramai pengikut yg membaca dan memberi komen. Aura masih ada.

    ReplyDelete
  20. Daddy Ziyyad,

    Kenalah beli telefon pintar cepat. Bukan saja utk berfb dan berblog tapi utk tugas2 juga seperti menerima dan menghantar emel.

    Tapi awas. Bila ada telefon pintar, takut masa kita makin banyak dihabiskan utk fb dan blog. Keluarga pun nak perhatian jugak huhuhu

    Oh DZ baca juga status tu. Jarang awak komen. Sebab tu saya tak tahu awak pun ada mengikuti status saya.

    ReplyDelete
  21. al-lavendari,

    mungkin sebab itu saya semakin banyak buat update di fb pasal respon cepat dan banyak. Cuma letih nak balas.

    Kat blog citernya kena yg panjang sikit kecuali bila saya berpergian. Abg ada juga n3 yg panjang dan ilmiah yg menuntut pembaca berfikir agak kritis. Itu yg berat org nak komen kot ngeeee

    ReplyDelete
  22. a.z.r.i.n.a,

    Samalah kita. Saya pun ni gagahkan malam2 ni nak balas komen2 di blog ni setelah saya siapkan kerja sebentar tadi.

    Alamak! Dah dekat pukul 1 pagi. Saya nak masuk tidur dulu.

    Nasib baik komen awak yg terakhir hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails