Thursday, May 26, 2011

Mimpi Akan Menjadi Nyata?

Beberapa hari lepas oopsss beberapa malam yg lepas aku bermimpi. Biasalah kalau tidur mesti mimpi. Tapi aku nak kongsi mimpi ini dgn kalian.

Mula2 aku mimpi nampak ada banyak ikan. Ikan siakap. Tapi aku pandang aje masa mula2 lalu tempat tu. Masa aku patah balik, ikan siakap tu ada lagi tapi dah tak banyak. Entah ke mana pergi yg lain?

Aku suka mimpi ikan sebab biasanya ia petanda aku nak dapat duit. Jadi bila aku bangun aku pun tersenyum2 tertunggu2 bilalah nak dapat duit. Kadang2 dari sumber yg tak aku jangkakan.

Tak lama lepas tu, salah seorang pelanggan sykt kami beritahu dia nak bank in kan duit yg dia hutang dgn kami. Dah 4 bulan tak bayar. Dah letih kami kejar dia. Macam2 citer dan alasan yg dia auta beri. Betullah kata bekas bos aku dulu - dalam perniagaan ini nak jual barang tak susah sangat tapi yg susahnya nak pungut bayaran!

Jadi bila pelanggan itu kata akhirnya dia nak bayar (itu pun sebahagian aje dari jumlah keseluruahan hutang dia) aku teringat mimpi ikan aku. Betul mimpi tu bisik hati aku. Tapi perkara yg diharapkan tak terjadi. Pelanggan itu tak jadi bayar! Dia kata nak bank in kan kemudian pada Isnin lepas. Nak cakap macamana bila dia kata mcm tu. Kalau aku ni ada bouncer lainlah citer.

Semalam aku minta kerani aku tanya dgn pihak bank. Bank kata takde duit masuk. Kena kelentong lagi aku ni. Petang semalam aku kontek mamat tu. Apa ni Bro? Dia kata pagi ni nak jumpa aku bagi cek. Pagi tadi aku kejar dia, dia kata nak bank in. Sementara dia nak bank ini aku buat n3 ni. Untung2 kali jadi kenyataan. Barulah mimpi ikan aku itu betul. Kalau dia bayar sikit, mungkin itulah sebabnya siakap tu tinggal sikit huhuhu.

Oh ya. Pada malam itu aku juga bermimpi jumpa dgn PM. Dia ajak aku keluar negeri naik Air Asia.

Aku harap mimpi yg itu juga akan menjadi kenyataan. Bukan setakat melihat model kapal terbang di kabinet tv aku mcm dalam gambar di bawah ni hehehe






21 comments:

  1. kakngah kalau mimpi gg patah.. mesti akan dpt khabar kematian..
    hhmm.. mungkin kebetulan kot!

    malam ni nak set mimpi.
    nak mimpi ikan lak..
    hiks!

    ReplyDelete
  2. DAH LAMA TAK MIMPI RASANYA
    SOBB TIDO "MATI"
    SEDAR SEDAR DAH BUNYI JAM
    HUHUHUHU.....

    ReplyDelete
  3. kalau ikut my parents, mereka kata kalau mimpi air banjir/bah memang rejeki tuh..:P

    ReplyDelete
  4. org cina kata ikan ada ong kan, betul ke?

    ReplyDelete
  5. takkan nak air asia je bang? heheh

    ReplyDelete
  6. Salam YB...lama tak tinggal jejak di sini...baru berkesempatan nak jenguk blog... hurmm..mimpi ikan petanda nak dapat duit ya? ... aik? takkan naik Air Asia aje dengan PM??? tak ada jet peribadi ke? huhu....

    ReplyDelete
  7. bestnya.nak mimpi jglah..klau mimpi ikan kering apa petunjuknya..hehe

    ReplyDelete
  8. Paman,

    Kalau tak pun buat macam manager Ina.. Ina dah letih call/email etc, etc.. janji nak bank-in duit, tak bank-in juger. Last2 manager Ina kata, takpe.. nanti dia sendiri akan pergi collect chq tu. Memang dia pergi sendiri collect chq tu akhirnya. Dia sendiri dah naik letih dgn alasan/kerenah travel agent tu. Hehehehe..

    ReplyDelete
  9. ooo..gitu yer..mimpi ikan maknanya rezeki nak datang..

    nape tak mimpi jumpa ikan emas ??

    ReplyDelete
  10. Mimpi ikan memang rezeki... begitu juga kalau mimpi air... tapi kalau mimpi air...ikan dan bunga... maknanya...nak dpt rezeki dan makwe...hahahah

    ReplyDelete
  11. sya pun percaya dengan mimpi ikan ni, sepuluh tahun dulu saya mimpi ikan yang sangat banyak, ikat tu pulak ikan yang mahal mahal tetapi ikan mahal tu berada didalam longkang yang kecil saya tak payah pancing ambik dgn tanggan je, tak lama kemudian rezeki kami datang mencurah curah, alhamdulillah.

    ReplyDelete
  12. harap2 malam ni mimpi ikan juga lah hehe

    ReplyDelete
  13. agaknya lah pasal tu ikan makin berkurangan, kalau dia stay, mesti mamat tu settle...

    hi hi


    syok juga mimpi indah..

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    eh samalah kita. Itu sebab saya seram kalau mimpi gg tercabut atau patah. Biasanya saya tak citer dgn org lain sehinggalah terjadi kematian di kalangan org yg rapat.

    Dah tidur ke? Tadi saya nampak kakngah online kat fb. Nak tegur segan pulak takut kakngah bukan mimpi ikan tapi mimpi saya hahaha

    ReplyDelete
  15. Eja,

    Setahu saya semua org yg tidur akan bermimpi kerana itu sebahagian dari proses merehatkan otak. Tapi tak semua org akan ingat apa yg dimimpikan. Sebahagian kita hanya ingat sedikit dari mimpi kita itu.

    ReplyDelete
  16. Daddy Ziyyad,

    Ramai juga org kata mcm tu (termasuk beberapa org yg komen di n3 ini). Tapi saya belum pula mengalami perkara itu.

    Kalau masa kecil minta banjir, silap2 tilam yg banjir hahaha

    ReplyDelete
  17. juliet,

    Mcm tulah kepercayaan org Cina. Itu sebab mereka suka bela ikan terutama ikan arowana.

    Agaknya kalau saya mimpi arowana, lagi banyaklah dapat duit hehehe

    ReplyDelete
  18. tijah,

    Dah namanya pun mimpi. Mujur jugak naik air asia. Kalau naik cessna lagi haru ngeeeee

    ReplyDelete
  19. nurazzah,

    wsalam. Kita semua sibuk dgn kerja2 hakiki kita. Saya faham dan tak ambil hati kalau awak tak menjenguk ke sini disebabkan sibuk.

    Setakat ni bila mimpi ikan mmg petanda nak dapat duit.

    Nasib baik jugak kami naik air asia. Kalau mimpi jalan kaki aje lagi tak best. Dah lah tu - dalam mimpi tu RM pun ada bersama suami beliau huhuhu

    ReplyDelete
  20. Hamizah,

    Cubalah kalau boleh rancang apa perkara yg kita nak mimpikan.

    kalau mimpi ikan kering mungkin nak dapat cek tendang huhuhu

    ReplyDelete
  21. i jarang mimpi sbb minda i perlukan rehat,ia taidak memerlukan permainan tidur.dah bangun nanti baru bole main2.hehehhehee

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails