Wednesday, May 25, 2011

Belajar Lain, Kerja Lain

Entri semalam tu tak habis sebenarnya.

Bila aku dan keluarga aku balik dari Jusco dan rumah kaca malam tadi, aku cuba nak update. Tapi blogger ada problem. Aku tak boleh nak update. Nak balas komen pun tak boleh. Frust wei. Last2 aku buat kerja sikit dan berfb (banyak sampailah dekat pukul 1 pagi) huhuhu.

Pagi ni tengok dah ok blog ni. Sementara aku nak keluar cari rezeki ni izinkan aku sambung citer semalam (tak izinkan pun aku sambung jugak).

Ramai org yg masa belajar ambil satu jurusan tapi bila kerja buat sesuatu yg takde kena mengena dgn jurusan yg diambil semasa belajar dulu. Antara org tu ialah aku.

Lepas aku habis belajar adalah jugak aku gunakan ilmu kejuruteraan aku tu. Sempatlah aku terlibat dalam design, pembinaan dan pemasangan pelantar2 minyak dan gas. Aku rasa tegak lagi pelantar2 tu di Laut China Selatan sehingga ke hari ni. Harap2 tak roboh dipukul ribut. Kalau tak, nanti ada pula pihak yg cari aku sebab tandatangan aku ada pada pelan2 pelantar tu huhuhu.

Lepas aku balik ke Semenanjung, aku dah tak buat kerja2 design ni. Aku buat stesyen minyak pula. Bukanlah engineering sangat kerja tu tapi oklah juga. Masih ada ciri2 kejuruteraan.

Tapi skrg aku dah buat bisnes lain. Kalau korang lihat gambar semalam, aku dok angkut sampel tilam. Bukan itu saja. Sampel bantal, kerusi, meja dan macam2lah aku buat skrg utk cari rezeki. Semuanya takde kena mengena dgn apa yg aku belajar semasa di universiti dulu.

Rasa2nya rugi tak penaja aku hantar aku belajar engineering dulu tapi aku buat kerja mcm ni pula skrg?

psst - aku dah habis bayar balik 25% dari biasiswa aku tau.

27 comments:

  1. yb,
    lagi 75% bila nak bayar?
    hehhee

    ReplyDelete
  2. sekurang2nya YB dah pernah guna jugak ilmu yang belajar dulu.. bukannya grad dan terus jual tilam! hehe

    ReplyDelete
  3. ok la tu.. dari jadi artis.. kehkehkeh!!!
    tapi jadi artis senang dapat title.. :P

    ReplyDelete
  4. yg penting rezeki tu halal utk diberi pada keluarga kan.

    usahawan berjaya ni :P

    ReplyDelete
  5. yb sala semalam dan sehingga pukul sepuluh pagi tadi tak boleh komen, jenuh dah suruh anak saya cari apa silapnya, sampai saya marah ank bomngsu saya tu, last last dia cakap mama tungu abang long balik dia lagi pandai. sekali cuba lagi pada pukul sebelah lebih tadi ok je.

    tentang kerja yang kita buat dulu lain dari kita belajar tu yb saya rasa tak rugi sbb ilmu yang kita pelajari tu kita boleh juga apply kan dengan kerja yang kita buat sekarang. dulu saya belajar hotel& catering tapi bila kerja jadi setiausaha( Maklumlah dulu dulu comel dan ramping so boss offer jadi setiausaha) begitu juga abang ipar saya dulu dia engineer di petronas dan sekarang buat katun pulak, kan berbeza yang penting kita suka dan minat dan juga boleh mendatangkan rezeki.

    ReplyDelete
  6. haha.sume org gigih nak bayar balik loan mara dan ptptn.

    ReplyDelete
  7. entah apa hal blog ni.. ada je tak kena

    ReplyDelete
  8. Syida,

    Pelajar2 tajaan MARA mcm saya cuma perlu bayar balik 25% saja. Sesiapa yg kerja dgn MARA tak perlu bayar apa2 pun sebab itu biasiswa.

    Kalau saya kerja dgn MARA mungkin saya dah jadi Pengetua Giat MARA kat jalan nak masuk rumah saya tu hehehe

    ReplyDelete
  9. ~mrs azmi~,

    Dapat jugaklah saya praktikkan ilmu tu. Bolehlah tunjukkan kpd anak isteri hasil kerja saya.

    Awak belajar jurusan landscape kan?

    ReplyDelete
  10. kakngah,

    Masa saya muda dulu takde pulak rancangan realiti mcm skrg. Kalau tak mahu juga saya ni dah jadi artis. hehehe

    ReplyDelete
  11. juliet,

    Itu mmg betul.

    Tapi ada org kata tak payahlah belajar susah2 sampai luar negeri kalau setakat nak jual tilam huhuhu

    ReplyDelete
  12. laaaaaaaa YB tak hbs byr lagi pinjaman tu?



    ish ish ish


    Ai dah habis dah bayar PTPTN
    *belagak









    (tapi pinjaman bank belum hbs laaaa)
    *tunduk malu


    kehkeh

    ReplyDelete
  13. biasa la tu... la ni ramai yg blajar lain kerja lain... macam graduan universiti ... bljar tinggi alih2 jual burger ja.... kesnya nak bayar ptptn la...

    ReplyDelete
  14. sharifah rosidah,

    Itulah. Saya pun sama. Dah lah agak sibuk 2-3 hari ni. Bila saya dah taip komen panjang2, tak boleh nak publish pulak. Itu yg saya last2 biarkan saja komen2 tak berbalas utk 3-4 n3 sebelum ni.

    Kesian anak awak yg bongsu tu tak pasal2 kena marah.

    Kalau dulu comel dan ramping skrg maintain lagi kot. Nantilah bila saya jumpa awak - nak tengok mcmana. ngeeee

    Abg ipar awak tu jutawan takpelah.

    ReplyDelete
  15. okey lah tu YB... kan dah guna ilmu yg belajar dulu,.

    jual tilam pun guna ilmu yg belajar dulu juga... ilmu hisab

    ReplyDelete
  16. saya biasa jumpa kes2 lain jurusan kerja lain ni bang, asalkan ada minat dan nak belajar dah OK.

    janji halal.

    ReplyDelete
  17. sama la YB
    saya kat sini pun terpaksa ngadap benda2 yg technical yg dulu masa belaja tak pernah jumpe atau lihat

    ReplyDelete
  18. -GC-,

    Ada jugak yg nak mengelak bayar hutang belajar tu.

    Alhamdulillah saya dah habis bayar. Awak dah habis bayar ke?

    ReplyDelete
  19. Panglima Muda,

    Entahlah. Ada aje masalah dgn blog kebelakangan ni.

    Nasib baik saya ada akaun fb hehehe

    ReplyDelete
  20. AiTotYati,

    Ish saya dah habis bayarlah. Bukan banyak sangat pun sebab kami kena bayar suku aje. Lagipun masa saya belajar 30 tahun dulu bayarannya murah hehehe.

    Tak perlu tunduk malu tak habis bayar pinjaman bank sbb ramai org pun masih berhutang dgn bank. Kalau tunduk ayu takpe ngeeee

    ReplyDelete
  21. AiTotYati,

    Ish saya dah habis bayarlah. Bukan banyak sangat pun sebab kami kena bayar suku aje. Lagipun masa saya belajar 30 tahun dulu bayarannya murah hehehe.

    Tak perlu tunduk malu tak habis bayar pinjaman bank sbb ramai org pun masih berhutang dgn bank. Kalau tunduk ayu takpe ngeeee

    ReplyDelete
  22. alimaz kembara terasing,

    kesian juga graduan yg terpaksa buat kerja yg takde kena mengena dgn jurusan yg mereka ambil kerana takde kerja yg sesuai. Rugi aje ilmu yg mereka timba bertahun2.

    Kes mcm saya ni bukan saja rugi ilmu kejuruteraan yg saya pelajari tapi juga pengalaman di dalam bidang tersebut.

    Tapi ramai lagi org lain yg boleh mengambil tempat saya.

    ReplyDelete
  23. ibuintan,

    betul juga tu.

    Ilmu hisab mmg sentiasa berguna. Kalau tak mcmana nak kira untung rugi hehehe

    ReplyDelete
  24. Hamizah,

    Minat kena juga disertakan dgn ilmu. Saya kena belajar banyak perkara di dalam bidang yg baru saya ceburi ini.

    ReplyDelete
  25. izman,

    Kes mcm ni mmg sering berlaku. Kebanyakannya bagi mereka yg baru keluar universiti.

    Bagi mereka yg dah kerja berpuluh tahun dan boleh dianggap berjaya di dalam bidang mereka, kesnya agak jarang. Mereka tak mahu bertukar bidang kerana sedap berada di dalam comfort zone.

    ReplyDelete
  26. alien,

    benda yg awak buat specialise agaknya. Mana ada diajar di universiti. Tapi di uni kita diajar mcmana tak menyelesaikan masalah dan membuat analisa. Bolehlah gunakan ilmu itu. hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails