Saturday, May 14, 2011

Meriahnya Kenduri Kahwin Di Kampung

Sebahagian jemputan yg hadir malam ini

Jemputan rasmi ikut kad adalah esok. Tapi seperti biasa di kg, org ramai mula datang berbondong2 malam ini lagi. Mulai pukul 8 mlm tadi, tetamu tak putus2 datang ke rumah biras aku (suami kpd kakak emak Adam) yg mengadakan majlis sempena perkahwinan anak sulung mereka.

Nasib baik ramai sanak saudara dan jiran2 sekampung yg membantu. Aku sekeluargapun tolong apa yg patut.

Menurut abg kpd biras aku tu ayam utk malam ni sebanyak 70 ekor habis. Jika seekor ayam dikerat 18 oops katalah 14, jumlahnya dah dekat 1000 potong. Kalau sebanyak itu habis, bayangkan berapa ramai tetamu mlm ni. Selain ayam goreng ada macam2 lauk lain di samping soto.

Soto habis pukul 10:10 mlm tadi. Nasi dan lauk2 mungkin cukup utk 10- 20 org saja lagi ni. Skrg dah pukul 10:45 tapi masih ada tetamu yg datang.
Ngam2 aje hidangan.

Skrg ni org2 yg rewang sedang berehat sambil dihiburkan oleh mereka yg suka berkaraoke. Ada yg sedap juga nyanyiannya. Boleh kalahkan budak2 AF kalau diberi peluang.

Aku sedang berehat di bawah pokok rambutan sambil buat posting ni. Lepas ni nak sambung basuh pinggan.

Esok rasanya mesti lebih ramai tetamu.

Aku kena minum kopi tongkak ali malam ni utk mengembalikan tenaga. Jangan emak Adam yg jadi sasaran sudahlah hahaha

Sent via BlackBerry from Maxis

18 comments:

  1. kat kampung memang meriah kalau ada kenduri...lebih2 lagi kenduri kawin...2hari 2mlm terasa meriah nya...

    ReplyDelete
  2. kak long,
    Betul tu. Yang ini 3H/3M rasanya sbb majlis nikah dijalankan pada hari Jumaat.

    Jiran2 dan sanak saudara sudah bergotong royong sejak Jumaat lagi.

    Skrg kaum ibu sedang sibuk menyediakan bahan2 utk dimasak esok. Tak tahu pukul berapa nak siap tu. Org lelaki mengemas pinggan mangkuk dan periuk belanga.

    ReplyDelete
  3. Cayalah YB...sambil berewang pun sempat buat entri..bila majlis kawin macam ni, yg bestnya mmg malam sebelum majlis tu..sebab makanan fresh2 lagi, dan majoriti yg berkumpul ialah sanak saudara & rakan terdekat aja..

    ReplyDelete
  4. YB, dah bongka lom??
    mana la tau.. terlebih pekene tongkat ali. muahahaha!!!

    ReplyDelete
  5. hahaha kakngah... YB silap, malam tadi terambik kupi mak Janda

    dah bongka tu, tongah basuh pinggan... hai kocut la tangan YB,

    YB ketua rewang basuh pinggan ke!

    ReplyDelete
  6. ramai kenalan, ramai handai taulan..tentulah ramai yg dtg bila kita berkenduri kendara

    ReplyDelete
  7. Daddy Ziyyad,

    Sambil curi angin sempatlah update blog. Itu perkara biasa ahaks.

    Di kampung dari petang semalam org dah ramai datang sbb mungkin hari ni mereka nak ke majlis yg lain. Tapi hari ni pun lagi ramai.

    Makanan sentiasa fresh sebab yg masak tu non-stop. Ayam goreng dibuat panas2.

    ReplyDelete
  8. my mom balik tg karang arini,entah2 dia pegi kondangan sedara u tu....tapi i da kirim pecal lagi.hehehhee

    ReplyDelete
  9. kak ngah,

    tak jadi pekena tongkat ali. Habis rewang malam tadi dah pukul 2:15 pagi. Sampai rumah dekat 3:15 pagi. Lepas mandi dan apa2 bagai tidur dah dekat pukul 4 pagi. Terus terbongkang huhuhu

    ReplyDelete
  10. ibuintan,

    semalam saya buat kopi o pekat masa tengah rewang tu. Itu yg tahan tak mengantuk sampai pukul 4 pagi.

    Basuh pinggan bagi kat org yg muda2. Saya jadi general helper aje hehehe

    ReplyDelete
  11. Rozita,

    Betul tu. Kakak ipar (tapi lebih muda dari saya) dan suaminya mmg rajin menghadiri majlis kenduri kendara sebelum ni. Itu sebab ramai yg datang bila mereka pula buat majlis. Itupun tak semua kenalan dan saudara mara dijemput sebab kesuntukan masa ngeeee

    ReplyDelete
  12. Syida,

    kakak ipar saya ni bukan duduk di Tg Karang tapi di Jenjarom. Tapi tak mustahil emak awak tu pergi kondangan rumah sedolor emak Adam sebab ramai saudara mara dia di sana hehehe.

    Kalau nak makan banyak kali jangan setakat beli pecal tu. Belilah sambal pecal yg kering tu. Bila nak makan tinggal tambah air asam.

    ReplyDelete
  13. Adinda Amy,

    Kanda sihat. Dinda sihat ke? hehehe

    ReplyDelete
  14. Panglima Muda,

    Tak tahulah sebab saya tak campur bab tu. Kami balik lepas Maghrib semalam. Tuan rumah mungkin kira duit lepas Isyak.

    ReplyDelete
  15. yb berkahwin dikampong memang meriah, ditpg ni ada 5 keluarga megahwinkan anak mereka pada 28/5, malangnya saya tak dapat hadir pada hari tersebut kerana kami anak beranak akn ke melaka kerana cik abang sibuk dgn konsert padi dan faizal tahir di melaka wonderland nanti, nampaknya saya kena kerumah setiap pengantin sehari lebih awal lah.

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    28/5 dan 2 hujung minggu selepas tu mmg ramai yg kahwin sbb cuti sekolah. Kat TPG aje pun sampai 5 ke? Nasib baik dekat2 - bolehlah awak pergi semua w/p sekejap2.

    Cik abg semakin sibuk skrg nampaknya. Kalau konsert tu ada kat kawasan kita ni dan ada tiket complimentary, hulur2lah kpd kami ni hehehe

    psst - malam Ahad hari tu kami lalu TPG pukul 2:30 pagi. Ahad malam Isnin pula kami lalu situ lagi pukul 8:30 mlm. Nak singgah tak tahu rumah yg mana satu huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails