Monday, May 30, 2011

Malam Boleh Jalan

Masa aku balik ke KL dari bertugas di Miri kira2 15 tahun lepas, aku tertarik melihat ada sekumpulan lori sewa yg mcm kotak tu (yg selalu digunakan utk bawa perabot) berwarna putih dgn huruf MBJ di badan lori2 itu. Mula2 aku ingat MBJ tu apa. Rupanya ia adalah singkatan utk Malam Boleh Jalan.

Kebanyakan lori sewa masa itu jalan waktu siang sahaja.

Penguasa lori ni agak kreatif dan melakukan sesuatu yg di luar tabii kebiasaan. Dengan berbuat demikian beliau telah dapat menguasai satu segmen yg belum diterokai oleh pemilik lori sewa lain pada masa itu.

Dalam bisnes dan dalam apa jua yg kita lakukan kita kena kreatif. Perkataan sekarang - inovatif. Kalau kita melakukan sama seperti apa yg org lain lakukan, saingan adalah sengit. Kalau kita org baru dalam sesuatu hal itu, susah nak mengatasi mereka yg dah lama di dalam bidang ini.

Oleh yg demikian, satu cara utk lebih berjaya dari pesaing ialah dgn melakukan sesuatu yg belum dilakukan oleh org lain atau mengubah suai kaedah sedia ada supaya lebih menarik dan memenuhi kehendak pelanggan serta kos efektif.

Cakap senanglah. Aku pun tengah nak pecah kepala ni fikir mcmana nak buat. Nasib baik aku ada kawan2 bisnes yg otak mereng gila2 dan boleh berfikir secara lateral dan diluar kotak.

Berbalik kpd MBJ, setiap kali aku lihat lori2 bergerak waktu malam atau di hujung minggu aku berkata kpd diri aku sendiri, " wah bos sedap pergi makan angin tapi duit tetap masuk sebab lori masih bergerak menghantar barang2 dia!" Tapi aku ni bilalah lagi nak jadi mcm tu.

Semalam semasa aku dalam perjalanan ke Melaka, pembekal perabot aku menghantar MMS menunjukkan perabot yg aku pesan utk projek di Gemas sedang dimuatkan ke atas lori. Dia beritahu aku awal pagi tadi lori nak bergerak ke destinasi supaya pagi ini barang boleh sampai tapak projek.

Amacam? Ada ciri2 tak nak jadi tauke besar ni? (kalau nak muntah sila tadah dalam besen)



Alhamdulillah, masa aku masih belum gerak dari tidur lagi pagi tadi, barang2 aku dah bergerak. Harap2 ni petanda awal utk aku jadi BBBJ (bila-bila boleh jalan) hehehe

Cukuplah kelas Ekonomi 101 untuk hari ini ya murid2.

20 comments:

  1. BBBBC....

    bila bila boleh baca blog....heheheh!!!

    ReplyDelete
  2. kaklong,

    Itu lagi hebat!

    Apasal huruf yg hujung tu C?

    ReplyDelete
  3. salam


    sepupu che aBear pB ada syarikat lori-lori nie...

    Pejabat dia kat Gombak


    Nama Syarikat dia


    A.A.C.K = Angkat Angkut Cepat Kilat

    ReplyDelete
  4. pB,

    Wsalam.

    Mesti kaya sepupu aBear tu. Lain kali kalau saya nak guna lori bolehlah saya berhubung dgn dia. Mana tahu sewa dia lebih murah dari apa yg saya bayar sekarang.

    Lagipun mesti cepat sampai sbb dah nama sykt tu AACK hehehe

    ReplyDelete
  5. alamak..salah taip la yb..hehehe!!!!
    makna nya ada 5B...!

    ReplyDelete
  6. BBBB - bila bila boleh blahhh.. hahaha...

    ReplyDelete
  7. kaklong,

    5B tu dah mengalahkan Belia 4B hehehe.

    ReplyDelete
  8. -GC-,

    Saya tahulah awak dah blahhh dari opis. Bawa kereta tu baik2 tau.

    ReplyDelete
  9. Saya amin kan aje harapan YB tu... MAna tau kot-kot dapat tempias kat saya sekali... haha~ :P

    ReplyDelete
  10. syah,

    amin. Terima kasih. Harap2 makbullah.

    Skrg ni kebanyakan lori milik org bangsa asing. Org kita tak ramai yg buat bisnes ni.

    ReplyDelete
  11. hai, bilalah nak merasa macam YB ni...namapun nak kena tepat..
    hi hi...

    ReplyDelete
  12. Ex-co ada guna khidmat MBJ ni dulu.Lepas tu HQ dari US sibuk suruh guna khidmat kurier dari negara diorang jadi terpaksalah tukar.

    ReplyDelete
  13. Jadi orang bisnes memang otak kena kreatif YB, kalu tak nanti semua peluang kita tak dapat.

    ReplyDelete
  14. ada lagi ke MBJ ni ?
    dah tak nampak lagi pun.

    ReplyDelete
  15. gadisBunga,

    tak bestlah mcm tu. Awak sepatutnya SAPB - semua apa pun boleh hehehe

    ReplyDelete
  16. AZANI,

    Bila2 pun boleh. Yang penting cari idea yg bagus dan laksanakan dgn tekun.

    Nama tu perkara kedua ngeeee

    ReplyDelete
  17. a.z.r.i.n.a,

    Bagus ke khidmat MBJ ni? Saya tak kenal mereka - cuma biasa nampak lori mereka.

    Sykt antarabangsa mmg biasa nak guna khidmat sykt lain yg berasal dari negara mereka juga.

    ReplyDelete
  18. sharifah rosidah,

    Nak cari idea kreatif tu yg susah. Bila dah ada idea nak implement tu pulak yg slow.

    Akhirnya bila kita implement orang lain cepat aje tiru

    huhuhu

    ReplyDelete
  19. a.z.r.i.n.a,

    tak tahulah. Rasanya dah takde kot.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails