Sunday, May 8, 2011

Madu Oh Madu

Tengahari tadi aku sekeluarga ke majlis kahwin dua pupu aku di Nilai Impian. Tak sampai sekeluarga sebenarnya sebab 4 dari 6 org anak2 aku tak ikut sebab mereka ada urusan masing2 - ada yg kerja (tengah praktikal kerja kalahkan CEO sibuknya), ada yg pergi tutorial ACCA, ada yg ada kelas gantian dan ada yg pergi berkhemah. Emak aku ikut sekali w/p terpaksa berkerusi roda (selamat hari ibu emak!)

Ini kali pertama dua pupu aku tu buat kerja kahwin. Suami isteri dah pencen baru nak terima menantu. Ini anak kedua mereka tapi mcm anak sulung sebab anak pertama mereka meninggal dunia semasa bayi kerana jatuh buaian semasa dijaga oleh pembantu. Tragis kisahnya. Selepas anak sulung mereka meninggal lama mereka tak dapat anak - tak silap sampai 8 tahun baru dapat anak yg tadi jadi pengantin.

Aku dapat berjumpa dgn ramai saudara mara aku. Itu yg aku suka pergi majlis kahwin rumah saudara ni.

Masa emak Adam mengajak Adam utk ke majlis ini Adam bertanya balik kepada emaknya, "tempat makan-makan tu ya?".

Dah 3 minggu berturut2 kami ke majlis kahwin membawa Adam dan apa yg dilihat di tempat2 itu ialah org makan2. Mungkin sebab itu dia cakap tempat makan2.

Sebelum balik dari Nilai Impian tadi aku singgahkan famili aku ke Nilai 3. Yes emak Adam senyum sampai ke telinga masa aku belok ke Nilai 3. Duit dia tak bawa sangat. Nasib baik aku dah ready sikit2. Masa dia nak turun kereta, aku pun hulurlah beberapa keping note RM50. Segan2 pula dia nak ambil. Ambil ajelah sayang. Kat sana kebanyakan kedai tak terima kad kredit.

Dia beli beberapa helai kain utk dirinya dan anak2 perempuan kami. Mungkin kerana kekangan masa dan kekangan duit dia cuma pergi ke beberapa buah kedai.
It's ok honey. We'll be back with a bigger bag



Oopss aku nak citer pasal madu tadi. Dah lain pula jadinya. Takpe kan kalau korang dah terbaca.

Ini kisah tentang Madu
Beberapa hari lepas semasa aku minum di sebuah gerai aku lihat ada seorg pakcik ni menjual madu asli. Siap ada sarang lebah di dalam baldi utk menunjukkan bahawa madu yg dijualnya itu asli. Seorg kawan aku pergi menghampiri pakcik itu dan menjengok ke dalam baldi itu dan pulang ke meja di mana aku sedang minum. Dia sangsi ketulenan madu itu. Dia kata sarang sekecil itu takkanlah madunya hampir setengah baldi.



Bila aku tengok pakcik itu isi botol2 yg banyak tu dgn 'madu asli' aku pun rasa itu bukan madu tulen.

Pesanan aku: Jika nak cari madu, carilah yg tulen. Barang yg tulen biasanya tak banyak.

Sekian kisah madu hehehe

42 comments:

  1. agakan saya masuk laut...

    title tu title...
    hi hi hi

    ReplyDelete
  2. zaman skrg susah nak cari yang tulen..!


    kadang2 hati manusia pun palsu...
    hehehehe!!

    ReplyDelete
  3. salam akhi YB...

    madu tulen mahal maaaaa...

    telur ayam n daging lembu pun dah boleh dipalsukan.

    ReplyDelete
  4. dahtu camana nk tau ketulenan madu?

    ReplyDelete
  5. AZANI,

    Org lelaki ni bila sebut pasal madu, mesti fikir yg satu lagi tu.

    Ada niat ke nak carikan utk yg di rumah tu? wakaka

    ReplyDelete
  6. kak long,

    itulah cabaran hidup di zaman serba maju ni. Banyak yg tiruan.

    kak long dapat yg tulen kannn? ngeee

    ReplyDelete
  7. Ummi Humaira,

    Waalaikum salam ummi.

    Memang yg tulen mahal. Tapi yg tiruan ni pun tak murah juga huhuhu.

    Skrg org semakin pandai meniru. Setakat telur dan daging tu apalah sangat kalau mereka nak tiru. Org pun mereka nak tiru melalui proses klon.

    ReplyDelete
  8. Sally,

    Untung sebab dibawa ke Nilai 3 ke? ngeee

    ReplyDelete
  9. saya suka beli madu yg dijual oleh org asli on the way nak naik Cameron Highland..yg tu, confirm asli.

    ReplyDelete
  10. zonaku,

    Saya bukan pakar tentang madu asli ni tapi kata org madu yg tulen boleh buat telur jadi masak.

    hehehe

    ReplyDelete
  11. Panglima Muda,

    cewah nak tahu madu yg satu lagi tu rupanya.

    Kenalah cari kat tempat lain.

    Kat blog ini kalau saya tulis nanti, mahu mengamuk emak Adam hahaha

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Mestilah madu yg itu asli sebab yg jual org asli ngeeeee

    ReplyDelete
  13. banyak dah jual madu tiruan. ada yg kata campur dgn air gula.

    ReplyDelete
  14. kakngah,

    Masih ada yg menjual madu tiruan sebab masih ramai yg sanggup beli (dan tertipu).

    Kawan saya syak sarang lebah dalam baldi tu telah dikitar semula banyak kali.

    ReplyDelete
  15. errr YB,

    note rm50 tu ade lagi tak?
    melaka - nilai 3 takdela jauh sangat.

    kehkeh




    lalalalalala

    ReplyDelete
  16. AiTotYati,

    Note RM50 dah habis emak Adam gunakan. Tak cukuppun semalam hehehe

    Kalau tak nak ke Nilai 3, kat Ayer Keroh pun boleh. Nanti kita jumpa kat sana

    lalala

    ReplyDelete
  17. saya takut nak makan madu..kot terkena kencing manis..

    ReplyDelete
  18. YB,

    sampaikan salam dan slamat hari ibu buat 'sayang' dan 'honey' YB hari ini

    so sweet,,,, dapat bayangkan semanis madu senyuman mak Adam

    ReplyDelete
  19. Awak macam orang Johor lah cakap ' kerja kawin '

    ReplyDelete
  20. Hamizah,

    Madu yg asli banyak khasiatnya spt yg dinyatakan di dalam hadis. InsyaAllah tak kena kencing manis.

    ReplyDelete
  21. ibuintan,

    InsyaAllah. Dia teruja dapat sejambak bunga segar dari anak2 tadi. Saya pun tak tahu anak2 nak belikan emak mereka bunga tu.

    Tambah manis senyuman dia.

    ReplyDelete
  22. DrSinga,

    Nasib baik saya cakap kerja kahwin. Kalau saya cakap rewang lagilah awak kata saya mcm org Johor habis hehehe

    ReplyDelete
  23. kita kan, kalau orang bagi kita not 50 tu berkeping-keping kan, lagi lebar tapak tangan kita tadah...haha..

    ReplyDelete
  24. kakpah,

    kalau tak cukup tapak tangan, keluarkan aje dulang hehehe

    ReplyDelete
  25. jangan silap faham. abang masuk sini bukan sebab tajuk, tapi sebab lama dah tak masuk.

    madu tulin dan madu tak tulin ada beza .. cuma jauhari sahaja yang mengenal manikam.

    ReplyDelete
  26. al-lavendari,

    Eloklah abg beri penjelasan. Nanti salah sangka pulak. Kalau saya yg salah sangka takpe jugak. Kalau makNgah kan susah hehehe

    Jauhari pun minum madu jugak ke? ngeeee

    ReplyDelete
  27. Saya rasa:

    Kalu nak kuar shopping pun Abg YB hulur note RM50 pun isteri malu-malu nak amik, tentulah tak sampai hati Abg YB nak cari MADU... hehehehe

    tapi betullah, MADU asli susah benor nak dapat skang. Banyak yang kita jumpa semuanya fake. termasuk mekap depa... hehehehehe

    ReplyDelete
  28. YB...ade orang pandai tgk madu asli tu camaner... yang tak pandai beli aje...

    ReplyDelete
  29. mana nak cari madu asli ..

    ReplyDelete
  30. azieazah,

    Kena tanya diri apa tujuan nak cari MADU. Kalau dah bahagia buat apa cari pasal. Tak mesti yg baru lebih baik dari yg sedia ada.

    Madu asli semakin kurang sekarang. Yg banyak madu lebah bela. Ada yg kata madu asli tapi air gula huhuhu

    ReplyDelete
  31. Kak Anie,

    Org yg mengaku pandai tu ramai sebab dia tahu org lain tak tahu. Tapi kalau mereka terjumpa yg mmg betul2 pakar, maka pecahlah tembelang mereka.

    ReplyDelete
  32. zino,

    madu tualang adalah asli. Nak cari kenalah pergi tengok sendiri org yg panjat pokok tu ngeeee


    Sementara tu bolehlah dengar lagu Tualang Tiga.

    ReplyDelete
  33. Adinda Amy,

    Waalaikum salam.

    Lambat tidur malam ni?

    ReplyDelete
  34. Salam YB...,

    Madu asli memang org cari...tp MADU ni kalau pompuan sensitif..geh3x

    ReplyDelete
  35. seram bila masuk bab madu2 ni.. :P

    ReplyDelete
  36. yb ik abang kita ni degil selalu kena tipu, kalau pergi outstation nampak orang jual madu je beli, dah penat saya membebel ada sekali tu harga sampai rm180.00 sebotol dia beli, masa beli tu nampak warna madu tu dalam botol coklat pekat sekali bila balik tuang kat sudu sikit cair je. rasakan degil sangat pantang nampak madu, padahal tanpa pertolongan madu tu dia ok je on je.

    ReplyDelete
  37. azmnor,

    wsalam bro.

    Org yg tahu khasiat madu asli akan cari madu asli tu. Org yg tak tahu, semua tibai aje.

    Of course perempuan sensitif bab madu ni. Siapa yg rela berkongsi kasih? Org nak pinjam kereta kejap pun berat nak bagi hehehe

    ReplyDelete
  38. makdara TERdiva,

    bukan org perempuan aje yg seram, org lelaki pun risau juga bab madu ni w/p pada luaran nak control macho.

    Bukan senang satu juragan nak jaga dua kapal ngeeee

    ReplyDelete
  39. sharifah rosidah,

    Bukan degil tapi dia nak madu yg satu lagi tak berani hahaha (ooppsss maaf gurau aje).

    Cuba tanya org yg pakar tentang ciri2 madu yg asli tu. Lepas tu bolehlah cik abg awak tu buat ujikaji dulu sebelum beli.

    Tapi kalau tanpa pertolongan madu pun dia ok aje, tak payahlah buang duit beli madu utk tujuan itu. Utk tujuan lain takpe hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails