Sunday, May 29, 2011

Kolej Matrikulasi Melaka

Isnin lepas aku dan famili pergi menghantar Afifah daftar masuk KMM. 6 hari kemudian iaitu hari ini kami pergi lagi. Nasib baiklah KMM ini di Londang aje. Kalau di London memang kirim salam ajelah.

Aku nak makan laksa dan mee rebus pekan Masjid Tanah ni dulu.

Tak boleh tulis panjang2.
Sent via BlackBerry from Maxis

18 comments:

  1. dah ada kad pelawat? dulu kemain boleh redah je =p

    ReplyDelete
  2. laksa dan mee rebus... sedap tak YB?

    ReplyDelete
  3. dlm blog , buleh tulis panjang panjang apa

    ReplyDelete
  4. zaradgreat,

    alaaaa setakat pas pelawat. Kawalan tak lah ketat mana. Bagi IC utk mereka ambil data2 kemudian mereka catit data tu dlm buku dan beri pas. IC tu pun diberi balik.

    Kalau org nak kelentong boleh saja.

    ReplyDelete
  5. ibuintan,

    Yang kami makan hari ni tak berapa power. Yg hari Isnin hari tu sedap. Gerai dia seberang jalan dari KFC kat pekan Masjid Tanah. Ada jual cendol, mee rebus, rojak dan laksa. Hari ni tutup pulak gerai mee rebus dan rojak tu huhuhu

    ReplyDelete
  6. pB,

    Dalam blog mmg boleh tulis panjang2 tapi saya nak makan tadi. Lagipun nak cepat balik KL. Itu yg tulis tak panjang hari ni.

    ReplyDelete
  7. Ass-Salam YB
    Wah! Routine kita hampir sama ek...
    Fistly...Congrats to anakanda Afifah awak...
    Anak kak Hazel, Faiqa pun masuk KMPK.Gopeng.Matrix Londang was where my 1st daughter pergi...Jenuh lah Afifah naik turun tangga...
    Matrix Gopeng pun kawasan berbukit juga.
    akak pun pegi jenguk dia semula semalam...al maklum baru masuk...macam2 jer yang perlu beli lagi...
    berbakti sambilmakan angin dik...

    ReplyDelete
  8. apa yang penting makan dulu... hehehe

    ReplyDelete
  9. hazeleyed lady,

    Waalaikum salam Kak Hazel.

    Mcm ni lah kita bila anak masih belajar. Masa mereka di asrama kita berulang alik ke asrama. Bila masuk matrik atau U, kita berulang alik ke sana pula.

    Tahniah kpd Faiqa kerana dpt masuk KMPK, Gopeng. Tempat tu baru sikit kan kalau dibandingkan dgn KMM.

    Afifah kata dia akan kurus sebab kena jalan jauh utk ke kelas, surau dan cafeteria. Bagus jugalah tu utk dia hehehe.

    Kami kena pergi lagi semalam sebab ada satu borang tak lengkap ditandatangan oleh saksi hari tu. Dah alang2 pergi, belikanlah dia barang2 yg tak cukup.

    ReplyDelete
  10. alimaz kembara terasing,

    betul tu. Kalau perut masuk angin susah pulak nanti ngeeeee

    ReplyDelete
  11. first time dengar tempat nama Londang ni. hahaha.

    ReplyDelete
  12. -GC-,

    Mesti awak belum pernah sampai ke situ.

    Dalam bahasa Jawa Londang tu tempat kerbau berkubang ngeeee

    ReplyDelete
  13. ASSALAMUALAIKUM YB..

    menjawab pertanyaan YB di blog saya..saya gi kenduri kat kg bagan tengkorak...ala area pekan tanjong karang je..tak sampai sawah sempadan lg pun..tp mmg sedap bubur sumsum tue

    ReplyDelete
  14. sahrom,

    Waalaikum salam.

    Bagan Tengkorak tu saya tahu. Mmg kat situ takde sawah padi. Kena ke arah utara sikit di Sg Burung baru ada sawah padi.

    Bubur sum sum tu biasanya utk org yg rewang. Tujuannya utk kembalikan tenaga. Dulu dibuat selepas beberapa hari mengadakan majlis tapi sekarang bubur tu dibuat pada hari majlis tu juga sebab ramai yg tak dapat datang kalau dibuat kemudian.

    ReplyDelete
  15. ckLah,

    Terima kasih. Alhamdulillah kurniaan Allah.

    Ramai lagi pelajar yg lebih pandai dari anak2 kami ni. Anak2 ckLah pun pandai2 juga. Dia dapat masuk Asasi ya? Tahniah kpd Dia.

    ReplyDelete
  16. tahniah kpd anak yb, kepada bapak nya pula sekarang satu anak dah kurang kat rumah, amacam kalau buat aktiviti tambah anak pulak ada beran!

    ReplyDelete
  17. sharifah rosidah,

    Terima kasih.

    Tak payahlah tambah. Cukuplah main dgn Adam yg dah semakin cerdik tu.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails