Thursday, May 12, 2011

Antara Sikap Manusia Yang Aku Hairan

Napolean Bonaparte pernah berkata semasa beliau pulang dari satu peperangan, "Aku takjub bagaimana manusia sanggup mati utk riben (pingat)."

Seperti Napolean aku pun kadang kala merasa hairan macamana ada manusia yg sanggup buat apa saja utk mendapatkan pingat, gelaran atau perkara2 yg sewaktu dgnnya.

Tidak dinafikan ada sebahagian yg ikhlas di dalam memberi sumbangan atau khidmat kpd masyarakat, bangsa dan negara dan layak dianugerahkan dgn pingat kebesaran. Tapi ada golongan yg sumbangan pun tak seberapa tapi mahu digelar Dato dsb. Kita biasa dengar ada org yg membayar puluhan ribu malah ratusan ribu utk mendapat pingat tertentu.

Adoyai. Apalah sangat gelaran tu.

Tapi mungkin dgn adanya gelaran itu, mereka akan dihormati dan diberi keistimewaan yg insan marhaen mcm aku ni tak dapat merasakan. Kalau nak bisnes atau minta projek pun senang agaknya.

Bagi anda yg berminat nak merasa ada kedudukan tapi tak nak keluar duit puluhan ribu sebab duit pun bukan ada sangat bolehlah beli badge seperti ini dan tempek di kereta anda.





Oklah aku nak sambung buat kerja.

Lainlah kalau aku dah jadi Datuk atau Tan Sri takpelah tak payah susah payah buat kerja. Boleh aku minta pembantu2 aku aje yg buat (cewah berangan pulak pagi2 ni)

32 comments:

  1. sebenarnya tak boleh kan tepek badge yg pelbagai kat kereta..kecuali utk kerabat raja, menteri & hakim.

    depa igt bila tepek badge tu, polis takut lah nak saman...

    ReplyDelete
  2. Daddy Ziyyad,

    Bukan saja mereka berharap tak kena saman polis tapi parking pun tak bayar selalunya hehehe

    ReplyDelete
  3. nak belilah tepek satu kat kereta buruk saya, :P

    ReplyDelete
  4. la hai..
    baru tau boleh beli timbang kilo jek....

    ReplyDelete
  5. car badges pun bleh dijual secara terbuka.isk..isk.. aku segan nak pakai.biasa tutup ngan kain hitam jer.opsss.

    ReplyDelete
  6. ada org respek ker?
    nk guna gak laaa..

    ReplyDelete
  7. sesia jer kau kaklong...!
    kehkehkeh!

    ReplyDelete
  8. YB,

    tak guna tepek badge bagai kalau buang sampah keluar dari tingkap kereta.

    dan tak guna juga kalau ade gelaran dato, tan sri or pendidikan yg tinggi kalau masih juga buang sampah keluar dari tingkap kereta.

    ReplyDelete
  9. laaaa boleh beli ker benda alah tu

    ReplyDelete
  10. Salam Paman..


    Ini kat T. Melawati kan? Hehehehe.. teringat Hefni pernah cerita pasal kewujudan penjual badge ni.. kelakar rasanya..

    Anyway, macam Paman kata, memang ada yg sanggup keluar bukan setakat puluhan, tapi ratusan ribu nak dapatkan title tu.. teringat cerita ex-officemate berbangsa Cina. Her father's friend, sanggup bayar dalam rm300K utk jadi Dato'.. reason? senang dapat bisnes..

    Yg tak tahannya, kalau buat booking flight tu, mesti nak letak jugak title Dato'/Datin.. kalau setakat flight domestic, orang masih tau laa.. ini nun jauh ke UK tu.. sometimes, member2 office buat lawak "What??? do u think u r bl*#%y SIR?"

    ReplyDelete
  11. pastu tiap2 ari akan dapat surat nak mintak derma...hehehehehehe

    ReplyDelete
  12. biarlah kete tak berbadge asalkan baju skolah berbadge~

    ReplyDelete
  13. juliet,

    awak nak yg lambang mcmana?

    psst - saya ada sticker cermin kereta yg membuatkan saya dapat tabik free bila masuk kawasan kem hehehe

    ReplyDelete
  14. Penyuk,

    Laaa samalah kita rupanya oopss

    ReplyDelete
  15. kak ngah,

    Dah tahu ni nak beli ke benda tu?

    ReplyDelete
  16. Agak2 shah rukh han yang dapat datuk tu senang nak dapat projek tak kat india nun.

    ReplyDelete
  17. abang langsung tak minat dengan dato' atau tan sri. lainlah kalau datin atau puan sri ! hehe

    ReplyDelete
  18. tepek lencana sekolah lagi baik kan?

    ReplyDelete
  19. kak long lagi,

    Tahu takpe. ngeeee

    ReplyDelete
  20. kak long,

    Ada jugalah kot. Silalah guna kalau nak tengok ada yg respek ke tidak hehehe

    ReplyDelete
  21. pB,

    eh mmg boleh beli. Malaysia Boleh!

    ReplyDelete
  22. AiTotYati,

    Mmg tak guna semua tu kalau buang sampah dari tingkap. Org yg mcm tu elok kita buang dia aje dari tingkap. hehehe

    ReplyDelete
  23. S-a-B-r-I-n-A,

    Wsalam Ina.

    Ha'ah kat sanalah tu. Mcmana Hefni boleh tahu?

    RM300K tu Dato dari negeri mana? Mesti bisnes dia boleh generate lebih dari itu. Bangsa mereka ni semua kira untung dan rugi. Kalau keluar banyak pun tapi masuk lagi banyak ON saja.

    Dah alang2 bayar mahal, mestilah nak letak title tu dlm semua perkara. w/p kat luar negeri org tak ambil pot gelaran tu, tapi kalau FA tu org sini, tentu dpt layanan istimewa.

    ReplyDelete
  24. KSWSK,

    Itu pun ya jugak. Tapi ramai yg buat dek aje dgn surat2 minta derma tu.

    ReplyDelete
  25. gadisBunga,

    zaman sekolah dah berlalu lah GB. Skrg kena pasang badge kat tempat lain pula utk meneruskan legacy. Mana lagi tempat yg lebih sesuai kalau bukan di kereta? hehehe

    ReplyDelete
  26. kakpah,

    Datuk SRK tu tak menolong rasanya title dia tu di luar dari negeri yg memberi pingat tu ngeeee

    ReplyDelete
  27. al-lavendari,

    Abg nak buat apa dgn Datin dan Puan Sri tu?

    Saya minat anak dara Datuk dan Tan Sri. Cuma mereka yg tak kenal saya lagi huhuhu

    ReplyDelete
  28. Eja,

    Lencana sekolah kecil sangat kalau nak tempek kat kereta ngeeeee

    ReplyDelete
  29. Salam YB...,

    susah pun ada gak bila ada Dato` ni..pergi pasar malam naik kapcai pun org kenal...nak beli petai pun org tegur.....

    tapi kalau panjang umur semua org jadi datuk bila dapat cucu...hehehehe...

    ReplyDelete
  30. ada gelaran senang dapat bisnes kot... then senang kenal2 org ada gelaran... opportunity banyak tu

    ReplyDelete
  31. Assalamu'alaikum dato... lamo boto seh tak berkunjung ke sini... harap dato YB sekeluarga sihat dan ceria selalu...

    Bagi seh gelaran tak ponting... yang ponting nama kita mesti baik dan maknanya pun baik... contoh mcm nama Yunus... namo nabi tuu... namo ahli syurga...

    4 jun nanti pegi tak rumah THJ Al-lavendari...?

    ReplyDelete
  32. YB, abang ipar saya dipelawa oleh kerabat diraja kedah untuk mendapatkan Dato dia hanya perlu membayar rm250 ribu, tau apa abang ipar saya jawab, dgan duit sebanyak tu lebih baik dia bagi sebuah surau disekolah dikampung di diTPg ni dan alahamdulillah telah tertunai pun hasrat abang ipar saya membina surau itu yang berhaga rm140 ribu cuma dia meminta guru besar menamakan surat itu dgn nama arwah ayahnya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails