Monday, April 11, 2011

Retak Menanti Belah

Ini bukan pasal gaduh-gaduh (bukan gado-gado tau) atau kes perang dingin yg hampir sampai ke kemuncaknya. Ini kisah lain. Kalau sudi, ikutilah kisahnya ini.

Petang Jumaat baru ni, sebaik aku selesai urusan di Majlis Perbandaran Klang, aku ke pejabat kawan aku di Kelana Jaya utk satu perbincangan. Habis berbincang dah pukul 6:40 ptg. Biasanya petang Jumaat jalanraya sesak lebih dari biasa. Seperti yang aku jangka mmg sesak. Sejam lebih baru aku sampai rumah. Kalau naik LRT dari stesen Kelana Jaya tu mungkin aku dah boleh pergi balik. Sudahlah tu, aku bawa durian percuma pemberian kawan aku pula dalam kereta tu. Baunya menusuk jiwa sepanjang sejam aku terkurung dalam kereta tu. Kalau emak Adam ada sekali gerenti dia dah muntah. kalau anak2 aku nampak emak dia muntah nanti mereka kata eh Adam nak dapat adik

Nasib baik aku sempat sampai rumah utk solat Maghrib. Selepas solat aku terus bertanya kpd Atikah sama ada dia jadi nak ke klinik kerana dia demam. Dia kata tentulah jadi. Dia dah tunggu aku dari petangnya lagi.

Aku pun bawa dia ke klinik. Masuk dalam kereta, Atikah ternampak rekahan di cermin hadapan kereta aku. Panjang juga retak tu. Adalah dalam sekaki atau dalam ukuran metrik 305 mm.

Bila sampai di klinik aku pun turun dari kereta dan melihat dgn lebih dekat. Ini retak makan dalam ni. Bila pula kena ni? Mungkinkah kena wap durian? hehehe

Hari Sabtu aku tak sempat nak hantar pergi Dr Cermin utk repair kerana ada banyak urusan (harap percaya - tapi kalau tak percaya pun takpe). Semalam (Ahad) aku balik kampung kerana jiran depan rumah mertua aku buat kerja kahwin. Kami sampai kampung pun dah agak lewat kerana Adam demam. Masa kami ke rumah pengantin tetamu dah tinggal berapa kerat aje. Tapi abg karaoke tu tetap gigih memainkan lagu2 dari koleksi album dia. Di kampung emak Adam kalau tak main lagu2 seperti "Seruling Anak Gembala" dan "Tak Mengapa" A Rahman Hassan mcm tak sah. Sambil aku, emak Adam, Atikah, Haikal dan Adam makan kami dihiburkan dgn lagu2 pop yeh yeh ni.

Masa nak balik dari kampung semalam kami dapati retak pada cermin itu semakin bertambah panjang. Ada tanda marker yg dibuat oleh emak Adam utk mengetahui hujung retak itu hari sebelumnya. Dah merebak. Balik malam tadi aku tak berani nak terbang2 masa sampai di jambatan. Tak pasal2 cermin kereta aku berderai.

Tengahari tadi baru aku sempat pergi ke kedai membaiki cermin di Batu Caves. Cina kedai tu kata kalau nak "diubati" ianya tak tahan lama sebab dah tenat.

Aku tanya kalau nak tukar baru berapa kena. Dia jawab RM600. Dalam hati aku kata ok jugalah tu. Insuran aku cover sampai RM1500. Aku tanya boleh tak dia buat tuntutan insuran bagi pihak aku kerana kereta itu didaftarkan atas nama syarikat. Dia kata boleh tapi dia memerlukan beberapa dokumen dan cop syarikat.

Aku kata aku akan aturkan sementara dia tukar cermin kereta aku tu.

Petang ni dalam hujan lebat aku ke kedai cermin itu utk mengambil kereta aku tu. Dah siap ditukar cermin yg baru. Cermin lama dia dah ketuk sikit biar nampak lebih dramatik dan senang nak claim insuran (aku agak).

Gara2 itu aku tak jadi nak tunjukkan gambar kereta aku atau cerminnya. Mana tahu ada adjuster atau ejen insuran yg baca blog aku ni hehehe

42 comments:

  1. ponnn ponnn.

    ni bukan swift tapi 206

    ReplyDelete
  2. yang penting dah selamat tukar...
    :D

    ReplyDelete
  3. senang sbb insurance yg cover. heheh~

    ReplyDelete
  4. Syukurlah cermin tu tak pecah masa tengah jalan, kalau tak dapat air con free...
    Nasib baik ada insuran, kalau tak, mesti ada gak sikit-sikit menggeletar masa nak bayar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam mana elok ke cermin tu di pasang.
      workmanship bagus ke 10/10?

      Delete
    2. cermin kereta pun pecah gak. tu nak tanya workmanship dia ok ke?

      Delete
  5. sib baik xberderai tgh drive...huhu

    ReplyDelete
  6. suka ayat akhir ..takut jugak rupanya ..hehehe .

    ReplyDelete
  7. Nape tak tukar kereta baru? Ni tukar cermin baru je..:P

    ReplyDelete
  8. salam YB
    biasa doktor cermin boleh buat tuntutan insuran,lagi cepat dan mudah dari berlanggar.

    ReplyDelete
  9. Heyyy ada unsur unsur yang meragukan di sini.

    hahahahah nak kene niiii...

    ReplyDelete
  10. Salam YB..

    Semua dah settle OK laa tu.... alhamdulillah..
    pasal ayat yg power tu....saya fahammm..hehehehe

    ReplyDelete
  11. IM selama punya kereta ni belum pernah lagi jumpa dengan dr cermin..

    ReplyDelete
  12. AiTotYati,

    bunyi hon pun saya dah tahu. Ini mesti 206 hehehe

    ReplyDelete
  13. AiTotYati lagi,

    Betul tu. Kalau tak, risau juga jika tiba2 pecah cermin tu.

    Legaaa

    ReplyDelete
  14. gadisBunga,

    Ambil insuran sampai RM1500 utk cermin rasa over pulak. Bila saya tanya tauke tu dia kata RM1500 utk cermin keliling. Kalau depan aje RM600.

    Cuba GB tanya berapa harga kalau nak tukar cermin depan kereta GB.

    ReplyDelete
  15. Kak Long Mawar Merah,

    alhamdulillah tak pecah masa memandu. Kalau tak bukan setakat dapat air cond free tapi silap2 cermin masuk mata huhuhu.

    Mula2 ada yg beritahu tukar cermin ni mungkin sampai dekat 2 ribu. Kena tambah duitlah kalau mcm tu. Tapi rupa cuma RM600. Itu yg ori. Selamat bajet.

    ReplyDelete
  16. relevan,

    Kira oklah. Tapi 2 hari tak boleh kena air sabun.

    ReplyDelete
  17. Ms.Lilies,

    Takut juga kalau berderai. Itu sebab masa balik dari kampung saya slow kalau sampai jalan yg tak rata.

    ReplyDelete
  18. silversarina,

    bukan takut tapi berhati2. Apa2 tauke tulah yg jawab hehehe

    ReplyDelete
  19. Sally,

    Tukar cermin ini lebih mendesak. Kereta baru tu nak tunggu ada dana. Swift utk anak pun belum cukup bajet huhuhu

    ReplyDelete
  20. ikan emas,

    Saya rasa tanpa dia ketuk cermin tu pun dah boleh claim sebab dah panjang retak tu. Tapi mungkin utk lebih senang org insuran tu nak tengok, itu yg tauke tu ketuk.

    Saya tak suruh ya ngeeee

    ReplyDelete
  21. AZANI,

    Wsalam.

    Setahu saya mmg tak berapa susah nak claim insuran utk cermin yg retak atau pecah. Saya pun pernah buat tuntutan beberapa tahun silam. Cuma saya yang kena turun naik pejabat insuran tu. Kali ni tauke tu sanggup buatkan, lagilah bagus.

    ReplyDelete
  22. azieazah,

    mungkin ayat saya tu mengundang spekulasi.

    Setahu saya, tak perlu tunggu cermin kereta berderai utk claim insuran. Retak yg dialami tu pun dah boleh claim. Cuma tauke tu nak biar nampak lebih jelas rasanya. Itu yg dia ketuk sikit lagi.

    Wallahu alam.

    ReplyDelete
  23. azmnor,

    Wsalam Bro.

    Alhamdulillah dah settle semuanya. Tergendala jugalah program saya semalam sebab kereta masuk bengkel cermin tu.

    Terima kasih kerana memahami ayat power (ya ke power?) tu hehehe

    ReplyDelete
  24. Insan Marhaen,

    Beruntunglah IM tak pernah pergi jumpa Dr Cermin.

    Kadang tu kita dah berhati2 tapi kenderaan lain yg menyebabkan batu terpelanting ke cermin kereta kita huhuhu

    ReplyDelete
  25. mujur insurans cover... kalo jenis poket nipis macam saya nih, fening kefala jugakkkk.. haha

    ReplyDelete
  26. ( alamakkkkk... haritu saya lupa nak kaver sekali cermin saya!!!)

    baru teringat bila baca ni!!

    ReplyDelete
  27. i pun pernah kena.tp i biarkan je,2 thn i drive kete dengan retak berbentuk burung di cermin i.tp retak tu tak expand pun (maybe sbb i tinted?)
    sampai i jual kete tu bersama cermin berbentuk burung,namun ia tak menjejaskan harga kete.hehehehe

    ReplyDelete
  28. -GC-,

    Berbaloi juga ada perlindungan insuran ni. Kalau tak, jgnkan yg poket nipis, poket yg tebal pun rabak jugak huhuhu

    ReplyDelete
  29. DrSinga,

    Berdoalah takde apa2 yg terjadi kat cermin kereta awak sehingga next renewal.

    ReplyDelete
  30. sebenarnya insuran windscreen kaver sekali ngan kos tinted. so ko tinted sekali tak?

    kalau pandai kawtim,suh tauke tu claim full.balance lagi rm900 dpt kat ko aa.

    ReplyDelete
  31. Syida,

    Kecil ke besar burung tu? Kalau tak berapa besar kadang2 dia tak merebak. Kereta lama saya pun pernah kena batu tapi tak merebak rekahannya sehingga bertahun2.

    Siapa yg beli kereta awak tu 'untung'lah. Beli kereta dapat burung sekali hehehe

    ReplyDelete
  32. KSWSK,

    Untuk keselamatan saya cadangkan Wa bawa kereta tu berjumpa Dr Cermin. Dia boleh 'ubatkan' bunga tu sehingga hilang. Kos pun biasanya tak mahal sangat berbanding tukar cermin baru.

    ReplyDelete
  33. Penyuk,

    Ya ke? Tapi tauke tu kata dalam 2 hari ni tak boleh pasang tinted atau basuh cermin tu dgn air sabun.

    Tak baik kawtim mcm tu. Bukan duit kita. Lagipun tauke tu kata insuran skrg dah ada jadual harga cermin kereta utk setiap jenis kereta. Dia tak boleh nak kelentong lebih2 ngeee

    ReplyDelete
  34. Tak sangka Yb datang ke kampung kita :P

    ReplyDelete
  35. laaaa....ingatkan YB sempat hantar kat DrCermin...ingat baru nak tanya, berkesan tak....sebab ada retak kat cermin saya ni, dah setahun lebih dah..~ 3cm..

    ReplyDelete
  36. juliet,

    Saya biasa ke kampung awak dan kts tu. Lain kali kalau saya ke sana bolehlah jumpa awak ek?

    ReplyDelete
  37. Daddy Ziyyad,

    Saya hantar kat Dr Cermin tapi dia nasihatkan tukar yg baru aje sbb kalau dirawat yg retak tu ianya tak tahan lama.

    Awak punya 3 cm rasanya masih boleh diubatkan. Saya punya 12 - 13 cm. Beyond repair huhuhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails