Monday, April 25, 2011

Polis Dan Anda - Bersama Mencapai Matlamat NKRA

Tajuk serius sikit hari ni. Tapi sekadar tajuk ajelah. Isinya tak semesti serius.

Ini kisah semalam.

Persatuan Penduduk taman aku ni mengadakan mesyuarat agung tahunan. Sebelum AGM tu, diadakan majlis taklimat oleh Ketua Polis Balai Hulu Klang yg berpangkat Cif Inspektor.

Beliau datang dgn seorg sarjan dan beberapa org anggota utk majlis itu. Seperti biasa, polis akan memberi statistik kejadian jenayah. Kadar jenayah pada keseluruhannya menurun tapi sebahagian hadirin tidak merasakan begitu. Ini semua persepsi orangramai. Kalau jenayah itu berlaku kpd diri sendiri atau org2 terdekat, kita rasa jenayah masih berleluasa.

Di taman kami ni macam2 kes jenayah terjadi:

Ada jiran yg disamun oleh sekumpulan lelaki yg masuk ke dalam rumah di waktu siang dgn bersenjatakan parang. Nak buat mcmana. Bagi ajelah barang2 berharga yg mereka minta.

Ada jiran yg kereta MyVi nya dicuri keempat-empat tayar rim sport di waktu malam. Bangun pagi kereta dah takde tayar.

Kalau kes ragut tu mmg biasa di kawasan kami kerana kawasan ini merupakan laluan ke stesen LRT.

Ketua Balai tu memberitahu balai beliau sepatutnya mempunyai 85 org pegawai dan anggota termasuk kakitangan awam tetapi setakat ini cuma ada 70 org. Sudahlah tu - 4 anggota digantung tugas menjadikan cuma 66 org. Kawasan yg di bawah jagaan balai ini terdapat 35,000 org penduduk. Macamanalah polis nak jaga semua tu kalau mereka juga kekurangan anggota.

Cik Inspektor itu menerangkan beberapa kekangan yg pihak polis hadapi dalam menangani jenayah. Tak payahlah aku terangkan masalah2 tersebut. nanti tak pasal2 aku dipanggil ke Bukit Aman pula huhuhu Aku simpati dgn keadaan mereka.

Aku rasa pihak kerajaan pun sedar keadaan ni. Harap tindakan sewajarnya dapat diambil bagi memastikan kadar jenayah dapat dikurangkan seperti yg digariskan di dalam NKRA.


Calling card yg diberi oleh anggota yg bertanggungjawab membuat rondaan di kawasan aku ni. Anggota wanita. Gambar sengaja tak difokus takut ada yg nak mengorat sebab ada no hp sekali hehehe




19 comments:

  1. tak der sape nk ngorat pun..
    kebykan yg dtg blog yb ni pun pompuan!heheheh!!!

    ReplyDelete
  2. kak long,

    Memanglah yg datang sini kebanyakannya pompuan. Tapi yg seorg dua lelaki tulah yg mungkin nak ngorat hehehe

    ReplyDelete
  3. kak long,

    Tahniah kak long. Boleh mcm hari tu lagi dapat 3 kali berturut2.

    Go caiyok go!

    ReplyDelete
  4. YB, saya tabik kat Polis bukan senag nak tangkap penyamun dia mereka pun advance juga. Masa saya dirompak selepas melepaskan diri anak saya berlari kerumah jiran yang terletak berrdepan dengan rumah saya masa tu jam dah menunjukan pukul 5.00 pagi dan menalipon polis tak samapi 20 minit polis dan sampai dan dalam masa 1 jam polis dari Jenayah Berat pun sampai mereka dari Bukit Aman dan sedang memantau beberapa kumpulan penjenayah Indonesia yang berluasa dikawasan kuala langat ni.

    Saya cukup berbangga dgn polis kita, walaupun bermacam tomahan mereka tetap melakukan tugas dgn baik, bukan nak menyebelahi kerajaan dan mengentam pembangkang tapi hakikat nya bila rumah mereka dimasuki pencuri sibuk mencarei polis kalau tak mereka kata Polis dgn berbagai tomahan, tapi bila kena pandai pulak cari polis siap mintak layanan yang lebih lagi.

    Anak perempuan saya dulu dimetrik UIA PJ, sekarang berpindah ke UIA kuantan sbb dia ambik Sains Matematik, dia layak ambik medic tapi dia tak minat.

    ReplyDelete
  5. sharifah rosidah,

    Pada keseluruhannya saya setuju dgn pendapat awak tu. Kalau nak kira gaji mmg tak berbaloi kerja jadi polis ni dibandingkan dgn risiko yg mereka hadapi. Memang ada yg tak berapa semangat bekerja tapi yg lain tu sungguh berdedikasi menjalankan tanggungjawab w/p banyak cabaran.

    Awak dah melalui dan tentu awak rasa lega bila tahu polis bertindak pantas utk menyelesaikan kes awak tu.

    Tahniah anak awak pandai2 mcm ibubapanya juga. Biarlah mereka mengambil jurusan yg mereka minat.

    ReplyDelete
  6. marilah kita sama-sama menjadi "mata dan telinga" polis bagi meringankan beban mereka serta membantu mereka menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

    kalau tak dapat jadi 'mata dan telinga' pun tak apa, asalkan tidak menjadi penjenayah !

    ReplyDelete
  7. mmg lah. area rumah saya pun makin menjadi2 kes kecurian. walaupun curik kasut, helmet, curik jugak kan?

    ReplyDelete
  8. Dia bagi calling card siap dengan BB sekali ke??? ~haha

    ReplyDelete
  9. al-lavendari,

    Saya ni tak pandai nak jadi mata dan telinga polis. Nak jadi penjenayah lagi lah tak pandai.

    Apapun saya tetap menyokong kerja2 amar makruf nahi mungkar ini.

    ReplyDelete
  10. bukan senang nak jadi polis
    nama polis ni selalu tercemar pun sebab ada sedikit yg tak bertanggungjawab

    apapun, kita perlukan polis dan polis perlukan sokongan dan bantuan kita. br aman

    ReplyDelete
  11. HaniCheLat,

    Kes yg kecil2 ni mmg banyak tapi tak masuk perangkaan polis sebab ramai yg malas nak report. Kalau report pun bukan boleh dapat semula barang2 tu huhuhu.

    Baru2 ni kasut sukan anak saya yg disimpan di tempat kasut di luar rumah hilang. Pencuri tu masuk waktu malam.

    ReplyDelete
  12. Daddy Ziyyad,

    Saja nak tayang BB tu.

    Dia nak bagi walkie talkie tapi saya kata tak payah hehehe

    ReplyDelete
  13. Rozami,

    Seekor kerbau bawa lumpur habis yg lain terpalit. Itu yg buat mana perkhidmatan polis tercemar.

    kat balai ni pun dah 4 org kena tahan kerja.

    ReplyDelete
  14. kat kawasan rumah kita pun baru dibina 2-3 balai polis yg kecik2.

    ReplyDelete
  15. juliet,

    skrg ni yg dulunya pondok polis pun dah jadi balai polis.

    Banyak balai polis baru kat tempat awak tu. Kat sebelah mana ek?

    ReplyDelete
  16. a.z.r.i.n.a,

    eh emak Adam nak letak mana pulak? hehehe

    ReplyDelete
  17. ~~polis sedia berkhidmat
    kerna negeri dan rakyat
    hidup berbahagia
    aman sentosa
    polis sedia berkhidmat~~

    ~~tanda lekat dilengan
    polis dengan preman
    tangan bersalaman
    alamat persahabatan~~

    Mari ramai-ramai nyanyi lagu 'Polis Sedia Berkhidmat"

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails