Sunday, April 17, 2011

Macamana Boleh Lupa Besday Dia?

Aku tahu dia lahir dalam bulan April. Jadi aku ingat nak ucapkan Happy Birthdaylah kat dia seperti tahun2 yg lepas.

Dek kerana sibuk dgn perkara2 lain (alasan ni boleh terima ke?) aku lupa nak pastikan tarikh lahirnya. Malam tadi aku pun periksa tarikh itu. MasyaAllah. 13 April rupanya. Dah 4 hari terlepas dari tarikh itu.

Pagi ini aku mengambil kesempatan nak ucapkan Happy Birthday kpd dia. Aku buatkan entri khas ini utk tujuan itu! Walawei. Ada gaya tak? Aku nak sewa billboard tepi lebuhraya LDP mcm anak Cina yg nak meminang teman wanitanya tu aku tak mampulah.


Ya. Aku nak ucapkan Selamat Hari Jadi ke 3 kepada:

dia ini

Dah 3 tahun dia merapu. Hari ni dibuatnya lagi hehehe

20 comments:

  1. Panglima Muda,

    Satu cadangan yg baik.

    Tapi kan cukai jalan kereta yg terlekat tu kadang2 dah mati pun tak sedar kalau tak selalu diperiksa huhuhu

    ReplyDelete
  2. kakngah,

    Shin Chan saya pun dah darjah 4 sekarang. Dah dapat adik mcm yg dalam kartun tu. Kalau yg itu namanya Himawari yg ini Adam hehehe

    ReplyDelete
  3. tak lama lagi, tak sedar pula hari jadi dia yang ke21...

    ReplyDelete
  4. Insan Marhaen,

    Tak tahulah sama ada sempat sampai umur 21 tahun huhuhu

    ReplyDelete
  5. kak long,

    Dah lupa nak buat majlis apa nya? huhuhu


    Jadi ke nak dtg makan laksa? hehehe

    ReplyDelete
  6. Selamat hari Jadi..ada makan2 ke?..

    ReplyDelete
  7. relevan,

    Terima kasih.

    Makan kat rumah jiran yg buat kenduri cukur jambul cucu aje.

    Kat rumah ni emak Adam dah sediakan laksa Penang.

    ReplyDelete
  8. selamat ulangtahun........

    blog aku entah bila la pulak.. lupa dah.


    errr... laksa penang????? jap nk g dapur tgk mak masak apa...

    ReplyDelete
  9. zonaku,

    terima kasih.

    Blog ko sekejap ada sekejap takde. Rasanya blog aku pun mungkin jadi mcm tu sebab aku skrg lebih kerap di fb.

    Kalau dekat aku ajak ko datang sini makan laksa. Emak ko buat laksa jugak ke?

    ReplyDelete
  10. YB..tahniah..dah 3 tahun..teruskan menulis.

    ReplyDelete
  11. kak Erna,

    terima kasih.

    sedar tak sedar dah tiga tahun rupanya saya merapu di blog ni. Terima kasih kpd yg sudi membaca dan memberi komen pada entri2 saya.

    ReplyDelete
  12. alahai...dh 3 thn rupenyer sejak kak ct jmpe blog ni..

    dulu ingatkn YB ni tmpat org kg mintak bantuan baja sabsidi...

    ReplyDelete
  13. kak ct,

    Skrg bukan setakat bagi bantuan baja tapi bantuan cari jodoh jugak hahaha

    ReplyDelete
  14. Selamat Ulangtahun Blog YB yang ke - 3...

    Dapat juga saya baca entri pertama YB..hehehe....

    ReplyDelete
  15. Tahniah!

    sedar tak sedar, dalam sibuk tak sibuk, dah pun 3 tahun, kan?

    tak rasa nak belanja kita orang ker? hehehe..


    Pesta Buku 2011: Nyanyian Tanjung Sepi, bolehkah sejarah berulang?

    ReplyDelete
  16. selamat hari lahir abang ... ucapan dari blog saya !

    ReplyDelete
  17. Saya pun nak ucapkan Tahniah, 3 tahun satu jangka waktu yang agak lama juga untuk YB merapu. Dulu saya ingat YB ni ada kena mengena dengan Pak Lah, maklumlah nama belakang tu sama je.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails