Thursday, April 21, 2011

Kegersangan Cinta

Cinta ada bermacam jenis:

Cinta insan kepada Penciptanya
Cinta kita kepada Rasulullah s.a.w
Cinta kita kepada ibubapa
Cinta kita kepada tanahair
Cinta kita kepada harta benda

Kalau aku nak senaraikan memang panjang. Sampai azan Maghrib ni pun tak habis.

Aku nak bercerita tentang cinta antara lelaki dan perempuan. Cinta yg paling lumrah kita temui di dalam hidup kita.

Tapi tahukah anda ada insan2 yg kurang berpeluang untuk mengecapi cinta antara uda dan dara ini.

Sekarang ini budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta. Hatta ada yg kat tadika pun dah pandai nak berkapel. Ini kerana sekolah sekarang kebanyakannya sekolah co-ed iaitu bercampur di antara pelajar lelaki dan perempuan.

Masa aku kecil dulu aku belajar di sekolah yg pelajarnya hanya pelajar lelaki. Aku bersekolah di sekolah rendah yg sama dengan Tan Sri Ananda Krisnan. Tapi tak pernah jumpa dia pun sebab dia jauh lebih senior dari aku. Pelajar2 hanya bergaul sesama pelajar laki2. Jadi kami tak pandai nak ngorat. Tak kisahlah sebab kecil lagi.

Bila aku sekolah menengah, sekali lagi aku masuk sekolah lelaki. Sekali lagi sekolah yg sama dgn sekolah Ananda.

Pelajar perempuan hanya mereka yg masuk ke sekolah kami di Tingkatan 6. Takkan nak ngorat kakak2 senior tu w/p ada kawan aku masa kami di Tingkatan 5 cuba berbuat begitu.

Bila aku sambung pelajaran di peringkat universiti, kumpulan aku dihantar ke sebuah universiti yg tiada pelajar dari Malaysia sebelum itu. Kumpulan kami semuanya pelajar lelaki kecuali 3 org perempuan kerana kami mengambil jurusan kejuruteraan.

Dari 3 kuntum 'bunga' tu 2 org dah ada pakwe sejak mereka belajar di sekolah menengah lagi w/p pakwe mereka tak belajar di universiti yg sama dgn kami. Yang seorg lagi tu kurang cun ngeee.

Selama aku belajar di situ tak ramai pelajar perempuan yg dihantar ke tempat kami. Bila ada pelajar baru dari kaum Hawa, mulalah pelajar2 lelaki ini pasang badan cuba2 nak tackle.

Aku macamana?

Aku steady aje.

Arwah bapak aku pesan, "Masa belajar jangan sibuk nak cari makwe. Nanti bila dah kerja, kalau nak kahwin, kahwinlah."

Selaku anak yang baik, aku pegang pesanan bapak aku itu sehingga aku bekerja.

Begitulah kisah kegersangan cinta.

34 comments:

  1. waduh.. waduh.. waduh.. sungguh gersang sekali.. hihihi!!

    habis tu, camne boleh ketemu cinta sejati mak adam???

    ReplyDelete
  2. Habis bila lah YB jumpa Mak Adam? Mesti cintan cintun gila2 masa tu.

    ReplyDelete
  3. tan sri ananda krisnan?
    wah hebat tu....
    dapat perkhidamatan maxis percuma tak sekarang?

    ReplyDelete
  4. alah kesiannya YB,

    nasib baik tak gersang selamanya

    sekarang cinta emak Adam sedang subur mekar... kan YB

    ReplyDelete
  5. eh..macam tak caya pulak baca n3 ni..

    ada apa-apa ke ?

    ni bukan bulan feb

    ReplyDelete
  6. bila pandang pertama yb ngan mak adam

    ReplyDelete
  7. kakngah,

    Waduh waduh ibu. Usah repot repot.
    Ini kisah kegersangan di zaman remaja. Ala-ala inesen gitu hehehe

    Nak citer mcmana bertemu cinta sejati emak Adam panjang citernya. Mana boleh setakat kat komen box ni aje ngeeee

    ReplyDelete
  8. aku dulu pun sekolah co-ed - tapi tak pandai pulak nak bercintan cintun ni! dalam diam2 rupanya dapat bau ada SA! he3x

    ReplyDelete
  9. sharifah rosidah,

    Seperti yg saya katakan kpd kakngah, panjang citernya tu.

    Cukuplah saya katakan, kami bertemu selepas saya dah bekerja hehehe

    ReplyDelete
  10. kak long,

    Kebetulan sekolah kami aje yg sama dari sekolah rendah lagi. Tapi dia dah jadi orang yg kedua terkaya di Malaysia sedangkan saya mungkin no 20 juta terkaya dari 28 juta penduduk Malaysia ngeeee

    Maxis pun saya kena bayar. Langsung dia tak bagi diskaun huhuhu

    ReplyDelete
  11. ibuintan,

    tak perlu kesian sangat pun sebab kebanyakan budak sekolah saya tak pandai bercinta. Semua study giler2 (jgn percaya ayat yg akhir tu).

    Lepas Tingkatan 5, ramai yg dah ada makwe. Tinggallah yg baik2 mcm saya ni hehehe.


    Skrg cinta dgn emak Adam bukan saya sedang subur mekar tapi dah berkembang biak. Dah tumbuh anak pokok yg baru sampai 6 batang hehehe

    ReplyDelete
  12. ikan emas,

    Percayalah.

    Tak perlu tunggu bulan Feb kerana kita org Islam. Cinta hadir tak kira masa cewah.

    ReplyDelete
  13. mOnAlEa,

    Lepas saya dah kerja setahun setengah.

    ReplyDelete
  14. AiTotYati,

    Kerana cinta itu buta ramai yg meraba2.

    Org yg sedang bercinta kan suka meraba hahaha

    ReplyDelete
  15. sonata,

    Awak jual mahal kot? Tapi gadis yg mcm tu yg selalu ada SA hehehe

    Eh SA tu Pak Sheikh ke? ahaks

    ReplyDelete
  16. sy x paham naper org masih di bangku sekolah nak bercinta.......... ?

    go study lah, kan

    ReplyDelete
  17. Mak Su,

    Dulu saya pun tak faham.

    Tapi skrg dah biasa budak2 sekolah bercinta. Kalau dah setiap hari berjumpa, lambat laun cinta akan berputik hehehe

    ReplyDelete
  18. chop!

    di manakah gersangnya cinta ko? aku tak nampak laaaa kaitannya.


    sila tukar tajuk. tak sesuai.

    hihihihi

    ReplyDelete
  19. dulu lain sekarang lain..... heheheheheh...

    ReplyDelete
  20. kts,
    Apa chop chop ni. Chicken chop ke? Ko mana makan ayam. Nanti bengkak2 mata hehehe

    Gersang menantikan cinta darimu hahaha

    Nak tukar tajuk jadi apa? Cuba citer

    ReplyDelete
  21. alimaz - kembara terasing,

    Masa berubah. Harap berubah kpd yg lebih baik

    ReplyDelete
  22. sekarang dah tak gersang lagi kan :P

    ReplyDelete
  23. juliet,

    Skrg dah subur mekar.

    Ini kisah zaman belajar dulu.

    Awak macamana pulak? Masih menunggu budak keramat tu ke?

    ReplyDelete
  24. zaman ramaja ko yang sungguh gersang.. hahaha

    ReplyDelete
  25. Shifu,

    Kegersangan membuat aku jadi lelaki suci hehehe

    ReplyDelete
  26. Cinta yang Gersang untuk Lelaki Gersang ..hahaha!

    ReplyDelete
  27. relevan,

    lelaki yg gersang tak memerlukan cinta hahaha

    ReplyDelete
  28. mengapa perlu dikaitkan sekolah u ada anadna krishnan tp dia pun xkenal u?i cnfused.huhuhuhuuuuu

    ReplyDelete
  29. hahahaha...tajuk YB tak boleh blah!

    saya suka part ni:

    "Yang seorg lagi tu kurang cun ngeee."

    ~hahaha

    ReplyDelete
  30. Syida,

    Saya nak beritahu w/p Ananda dan saya belajar di sekolah yg sama sejak sekolah rendah tapi dia akhirnya kaya raya sedangkan saya hanya insan biasa.

    Sekolah tidak menjamin kejayaan seseorg.

    Pointnya, ada org sibuk nak masukkan anak mereka ke sekolah tertentu kerana ada org ternama atau berjaya pernah belajar di situ. Org yg berjaya dan anak kawan ni adalah dua org yg berbeza w/p mereka mungkin belajar di tempat yg sama.

    ReplyDelete
  31. Daddy Ziyyad,

    Salah pilih tajuk ke saya? Lain kali mungkin kena beri tajuk yg poyo ngeee.

    Kalau cun mesti dah kena kebas siang2 lagi hehehe

    ReplyDelete
  32. SA - Itu ko tanya Pak Sheikh ! Agaknya kot...sebab tu dari kawan tukar kawin ..ha3x...dah jodoh wat cam mana kan...

    ReplyDelete
  33. sonata,

    Kiranya dah lamalah Pak Sheikh encem (aim) awak ni. Masa bila baru timbul keberanian dia nak ajak awak dating? hahaha

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails