Friday, April 8, 2011

2 x 5 Kisah Kontraktor

Malam ni cepat aku buat n3 utk 8/4/11. Sambil tengok Nightline tu aku buat n3 ni. Asyik kisah sama aje kat berita tu. Sebenarnya esok aku ada banyak urusan dari pagi lagi. Jadi biarlah aku update malam ni. Wah gigih tak aku ni?

Aku nak berkongsi kisah kontraktor. Aku ni kan baru nak cuba2 jadi kontraktor. Jadi kisah macam ni elok dijadikan sebagai peringatan.

Pernah satu masa dulu sebuah konsesi lebuhraya di negara kita ni menawarkan tender utk memasang pagar sepanjang satu seksyen lebuhraya itu. Lebih kurang 5 km kalau tak silap.

Seperti biasa, ramailah kontraktor yg masuk tender tu. Sampai tak muat kotak tender tu.

Setelah dibuka dan dianalisa ada satu tender yg jauh lebih rendah dari yg lain. Yang tinggi gila2 tu tak usah citerlah. Itu nak kaya cepat tapi gerenti tak dapat melainkan kabel dia besar gajah.

Semasa ditanya samada kontraktor tu telah melakukan kiraannya dgn betul dia dengan keyakinan yg lebih tinggi dari Wisma Yakin mengatakan dia telah check sepanjang 5 km itu. Bukit telah didaki dan lurah telah dituruni utk menentukan harga yg ditawarkan.

Setelah lembaga tender bermesyuarat dan berpuas hati penjelasan dari kontraktor tersebut, Letter of Award (LA) pun diberikan.

Bila dapat LA kontraktor ni pun suka yg bukan kepalang. Maklumlah kontrak besar yg pertama utk syarikatnya. Lebih membanggakan sykt dia dapat mengalahkan sykt lain yg telah lama bertapak. Satu pencapaian yg gah.

Tapi setelah dia mulakan kerja, baru dia sedar yang dia terlupa kali jarak 5 km itu dengan dua. Ini disebabkan pagar lebuhraya ada di kedua2 belah lebuhraya. Jadi pagar yg kena dipasang ialah 2 x 5 = 10 km!

Patutlah murah hahaha

17 comments:

  1. aduh!
    kesian kontraktor tu.. tak balik modla la gamaknya...

    ReplyDelete
  2. QS yg belum berpengalaman...he he he
    masih mengkal lagi..
    very expensive mistake..memang tak leh cover cost..apatah lagi untung memang ke laut lah..

    ReplyDelete
  3. kenapa lah di bagi dengan dia..kesian ..sure sangkut le jawab nya..

    ReplyDelete
  4. berkat malam jumaat ada tak?ngeee....

    ReplyDelete
  5. nasib dia la kan....kena la terima hakikat...huhuhu!!!

    ReplyDelete
  6. Sape yg patut dipersalahkan dlm cmpany tu?

    ReplyDelete
  7. baca ler spec tu betoi..jgn dok fikir nk potong jalan org lain jer.


    rezeki ada di mana-mana
    SPRM jg ada di mana-mana.


    Semoga YB menjadi kontraktor yang berjaya , bergaya dan kaya raya dan tidak lupa sedekah dan derma!!!!

    ReplyDelete
  8. itu yang pasang pagar kualiti murah..same la mcm premix area cini huhuhuhh

    ReplyDelete
  9. Salam YB,

    Terima kasih dan syabas masih boleh buat en3 larut mlm.

    YB, belajar dari pengalaman... adat berniaga gitu laa..perlu tumpuan dan penelitian supaya tidak rugi...

    ReplyDelete
  10. takpela tak dapat untung kali ni.. tapi dapat pengalaman.. lain kali punya projek klien mesti dah percaya

    ReplyDelete
  11. Kesian dia YB,
    Nasib baik 5x2,
    Kalau 50 kali dua...tambah harulah dia.
    Penlajaran yang agak mahal tuisyen fees nya.
    Tapi ada juga kontraktor yang sengaja turunkan harga gila2, kemudian dengan harapan nak dapatkan VO pula!!!!

    ReplyDelete
  12. Yb.. jangan buat camtu, kira betul2

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails