Sunday, March 13, 2011

Wajarkah Berkhatan Diadakan Majlis Macam Majlis Kahwin?

Haikal (tengah) bersama dua pupunya yg berkhatan (kiri) dan sepupu Haikal (kanan). Tengoklah badan masing2 - khus semangat



Aku dan emak Adam menghadiri jemputan di kampung emak Adam hari ini. Majlis pertama di rumah sepupu emak Adam yg meraikan perkhatanan (ada ke perkataan ni?) anak sulungnya. Majlis dibuat secara besar2an dgn menjemput sanak saudara, handai taulan dan jiran tetangga. Siap ajak org rewang dan pasang khemah. Karaoke kampung style juga tak ketinggalan.

Sebelum balik para tetamu akan 'salam kaut' dgn tuan rumah. Sebagai tanda mata, tetamu akan diberi berkat seorg sebungkus.



Majlis Jemputan kami yg kedua ialah di rumah bekas guru emak Adam masa dia sekolah menengah dulu. Beliau dan isteri mengadakan majlis sempena perkahwinan anak mereka.

Meriah majlis dgn para tetamu termasuk kawan2 emak Adam. Ada yg dia tak pernah jumpa sejak tamat sekolah dulu.

Utk menghiburkan tetamu sebuah kugiran dijemput khas oleh tuan rumah. Skrg mmg dah jarang ada kugiran di majlis2 kahwin. (Nanti aku nak upload gambar kugiran tu di fb aku. Kat blog ni aku tahu tempek satu gambar aje bagi setiap n3 yg aku buat menggunakan BB hehehe)

Persoalannya, wajarkah diadakan majlis kenduri besar bila mengkhatankan anak?

Sent via BlackBerry from Maxis

24 comments:

  1. salam YB,

    pada pendapat Ai, kalau tuan umah mampu ape salahnya. manalah tahu tu je anak lelaki tuan umah.


    tapi tak payah salam kaut lagi molek rasanya

    ReplyDelete
  2. YB..wajar ke tak..kena tanya orang sebelah sana..
    masa akak tinggal ditanjung karang dulu..memang macamtu le..
    kenduri khatan dengan kenduri kahwin sama besarnya..

    ReplyDelete
  3. Bergantung kepada kemampuan masing-masing. Tapi bagi Tie, lebih elok dibuat tanpa menyusahkan tetamu (tak perlu salam kaut).

    ReplyDelete
  4. AiTotYati

    Cepat sampai 206 ptg ni. Ngeeee

    ReplyDelete
  5. AiTotYati lagi,

    Wsalam.

    Mmg ada ibubapa yg mengadakan kenduri besar2an bila sunatkan anak sbb ada seorg aje anak lelaki. Biasanya di kg.

    Kami ni bila org jemput, kami dtg. Cuma bila tengok mereka buat majlis sebesar itu tentu bnyk keluar belanja. Bukan semua yg buat tu org kaya.

    ReplyDelete
  6. YB...akak selalunya majlis2 macam tu suka buat baca doa selamat antara famili je... rasanya tak payahlah buat besar2 kan?

    ReplyDelete
  7. kak Erna,

    Di kg emak Adam mmg ada lagi org yg buat majlis khatan sama besar dgn majlis kahwin. Mungkin nak zahirkan kegembiraan.

    Lama ke kak Erna duduk di Tg Karang? Dah boleh cakap Jawa ke?

    ReplyDelete
  8. Semuanya pada saya ikut adat budaya setempat..rasanya di kampung memang besar besaran buat (saya lihat di dalam dokumentari pasal Datuk Lat di Astro..dimana masa dia kecil2, memang meriah sambutan berkhatan).

    Kalau YB nak tahu (kalau dah tau, abaikan..ngeeee), majlis cukur jambul baby pun ada yg siap buat mini pelamin + hire professional photographer tauuuuu

    ReplyDelete
  9. Tie,

    Di kg emak adam ni kalau ada org buat kenduri mcm ni ramailah sanak saudara menyumbangkan barang2 utk memasak spt beras, kentang, bawang dan minyak masak. Ada juga yg menyumbangkan kuih muih.

    Kami salam kaut kira oklah tu. Tak sempat nak bagi barang2 masakan.

    ReplyDelete
  10. kngh khatankan adam takde acara apa2 pun.. may b dh duk perantauan ni kan.. kalau dikhatankan kat kampung, mungkin ada jugak sedikit kenduri doa selamat kecil2an...

    ReplyDelete
  11. YB,

    rasanya bergantung pada kemampuan juga, kalau mampu apa salahnya kan.. sekali seumur hidup tu..

    supaya menjadi kenangan manis kepda si anak wlaupun masa tu dia sakit

    ReplyDelete
  12. teringat zaman dolu dolu.. kalau kenduri kawin mesti ada kugiran.. hehe

    ReplyDelete
  13. YB.. kalau zaman dolu2 bukan ke meriah majlis khatannya..? ikut kemampuan la YB.. cuma bab salam kaut tu saya tak pernah dengar pulak.. tp biasanya macam sagu hati utk yang kena sunat tu..

    * memang kusmangat..hehehe

    ReplyDelete
  14. yb,
    nanti adam nak sunat, bole i join skali?
    cost cutting exercise...hehehehe

    ReplyDelete
  15. yb ketiga-tiga kenduri berkhatan dan berkhatam anak2 saya memang saya buat besar besaran siap pasang khemah dan pelamin tapi kami buat petang untuk kaum lelaki dan orang2 masjid dan malam pula untuk kaum wanita membaca doa selamat dan tahlil tapi kami tak ada lah buat karaoeke pun. saya anggap ni majlis beribadah dan bersedekah je.

    saya mengikut keluarga sebelah suami itu selepas berkhatam selamat esoknya barulah anak2 berkhatan.

    ReplyDelete
  16. Kak Anie,

    Ramai org yg buat mcm tu rasanya. Buat doa selamat sesama famili aje.

    ReplyDelete
  17. Daddy Ziyyad,

    Betul tu. Hidup org Melayu kita ni dikandung adat. Kalau adat di sesuatu tempat tu begitu, maka kebanyakan org akan mengikut. Kat kampung emak Adam biasa org buat majlis kenduri berkhatan ni secara besar2an. Saya masa dulu pun mcm tu sebab anak ibubapa saya kami dua org aje! hehehe

    Cukur jambul biasalah org buat grand sbb ada buat akikah sekali. Kat tempat saya ni pun ramai datuk dan nenek yg buat majlis besar2an utk cucu mereka.

    ReplyDelete
  18. kakngah,

    Yang penting selamat. Haizam hari tu pun masa khatan tak buat apa2. Cuma saya masukkan dalam blog hahaha

    ReplyDelete
  19. ibuintan,

    Kalau mampu mmg tak jadi masalah. Tapi ada juga ibubapa yg kurang mampu di kampung yg buat majlis besar mcm ni. Mungkin duit sumbangan tetamu yg hadir tu boleh cover perbelanjaan mereka kot hehehe

    ReplyDelete
  20. zino,

    Masa zino kahwin dulu mesti ada kugiran kan ngeeee.

    Ada penyanyi popular hari ini bermula dari menyanyi di bawah khemah kenduri kahwin hehehe

    ReplyDelete
  21. Lieya,

    Zaman dulu2 mmg meriah. Saya berkhatan siap ada khatam al-Quran dan jemput ramai org. Buat rumah nenek saya masa tu dan siap pasang khemah. Saya dan adik kembar saya dapat duit lagi -- masyuk.

    Skrg kat kampung biasanya org 'nyumbang atau becek' kpd tuan rumah dan bukan budak yg nak sunat tu sebab yg menjemput adalah ibubapa budak tu ngeeee

    ReplyDelete
  22. Syida,

    bukan setakat cost cutting exercise tapi bird cutting jugak hahaha

    Nanti kita kumpulkan kanak2 yg sebaya dgn mereka.

    ReplyDelete
  23. syarifah rosidah,

    Kalau ada rezeki lebih apa salahnya kan. Lagipun sekali seumur hidup utk anak2 kita tu. Sambil tu dapat merapatkan silaturahim dgn para jemputan.

    Setakat ni anak2 saya yg berkhatan saya tak buat mcm tu. Tapi kalau cukur jambul tu adalah jemput orang.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails