Tadi semasa aku ke kedai mamak ada satu pasangan suami isteri yg juga nak sarapan di situ. Macamana aku tahu mereka itu suami isteri dan bukan kawan atau kekasih? Ini ciri2nya:
1) mereka dah agak berumur. Peringkat umur tu dah patut kahwin lama dah dan bukan masih tahap kekasih
2) bila mereka duduk, mereka duduk berdepan. (mereka pilih meja yg ada 4 kerusi). Kalau kekasih mesti duduk sebelah menyebelah senang garpu nak merayap .
Bila pelayan restoran tu tanya nak makan apa, si isteri terus order roti canai 2 keping sambil memandang suaminya utk pengesahan. Mesti si isteri tahu suami nak roti canai atau mereka dah bincang dalam kereta.
Bila pelayan itu tanya nak minum apa, si suami dengan pantas kata teh tarik. Aku rasa suami tu pelanggan tetap kedai mamak dan dah ketagih teh tarik.
Si isteri macam fikir2 dulu sebelum berkata, "oklah teh tarik satu lagi."
Lepas mereka habis makan aku tengok teh tarik suami dah licin. betullah aku kata dia ni ketagih teh tarik mamak Teh tarik di gelas isterinya ada lagi sepertiga. Mungkin isteri tak berapa gemar teh tarik tapi sebab suami dah order teh tarik dia ikut ajelah. Aku perhatikan si suami macam tak cukup minum aje. Mungkin dia nak teguk air di gelas isteri tapi segan.
Ini ciri ketiga mereka suami isteri. Segan bila dilihat org lain.
Kalau pasangan kekasih, satu gelas kongsi dua orang beb.
1) mereka dah agak berumur. Peringkat umur tu dah patut kahwin lama dah dan bukan masih tahap kekasih
2) bila mereka duduk, mereka duduk berdepan. (mereka pilih meja yg ada 4 kerusi). Kalau kekasih mesti duduk sebelah menyebelah
Bila pelayan restoran tu tanya nak makan apa, si isteri terus order roti canai 2 keping sambil memandang suaminya utk pengesahan. Mesti si isteri tahu suami nak roti canai atau mereka dah bincang dalam kereta.
Bila pelayan itu tanya nak minum apa, si suami dengan pantas kata teh tarik. Aku rasa suami tu pelanggan tetap kedai mamak dan dah ketagih teh tarik.
Si isteri macam fikir2 dulu sebelum berkata, "oklah teh tarik satu lagi."
Lepas mereka habis makan aku tengok teh tarik suami dah licin.
Ini ciri ketiga mereka suami isteri. Segan bila dilihat org lain.
Kalau pasangan kekasih, satu gelas kongsi dua orang beb.
YB..memang teliti YB memerhatikan pasangan itu ye..
ReplyDeletesemua ciri2 nampak tu..
kalau air anak2 tak habis.. sure kngh togok bagi habis.. rugi la.. bayo tuh!
ReplyDeleteitu ciri2 mak org kahkahkah!!!
tapikan YB, kngh selamber jek blh mnm air dr gelas Abem. begitu jugak sebaliknya :p xder masalah.
yg psgn boipren gepren tu.. tak cukup bajet nk oder 2 gelas ayor..
satu ciri lagi ..
ReplyDeletekalau mereka rajin bersembang, itu menunjukkan mereka bukan suami isteri !
Dulu masa zaman dating2 I tak pernah share air+food,sbb I mkn byk.nasib la sape yg jadi bf I,tak bole nak save bajet.hahahahaha
ReplyDeleteSalam Yb...
ReplyDelete...errrr..macam Auntie ngan Cik Din la couple yang diceritakan tu...ha!..ha!...tapi bukan, petang semalam Auntie makan mee goreng, Cik Din makan murtabak.
Kami duduk berhadapan. Tapi kami bersembang rancak! :-)
YB, ade jugak suami isteri yg lebih suka duduk sebelah2 walaupun dah kawin..like me & mr. X dululah!
ReplyDeletekadang2 rasa rimas plak asik nak berkepit2..grrrr
YB rasa depa skodeng YB jugak tak??
ReplyDeletekalu gitu aku tahap berkasih laa.. pasal aku tak segan makan sepinggan dgn mem besar.. kalau mem besar tak habis minum.. aku tolong habiskan... :)
ReplyDeletetajuk yg sesuai : RAMALAN LELAKI Y
ReplyDeletehakhakhak
macam-macamlah YB ni, ni mesti sarapan sensorang ni
ReplyDeletetu sebab ada masa nak mencirikan pasangan lain
RAMALANKU BENAR BELAKA...haha
ReplyDeletegarpu nak merayap kat roti canai ke kat mana yb? heheks~
ReplyDeletekena hati2 takut bertembung ngan yb,hahahhahaha.
ReplyDeletekts,
ramalan lelaki y takpe, jgn dna lelaki y sudah,kekekekeke.
merepek je YB, dulu masa sy blom kawin tak penah duduk sebelah2, dok depan2 la baru macho. haha.
ReplyDeletewah wah...!sejak bila jadi spy ni...hahahah!!!
ReplyDeletekadang2 kalau kaklong pergi makan/minum berdua jer dangan papa...selalu nya dia akan ambik kan makanan yg kaklong nak...(kalau selfservis la)...
ReplyDeletedia tetap macam kami mula2 bercinta dulu...mana2 yg tak habis kaklong akan habis kan...huhuhuh!!!
yb blh taruk tajuk"kisah suamiister"
ReplyDeleteboleh ke?ngeeeee...!!
Ye ke kekasih duduk sebelah-menyebelah..?
ReplyDeleteBukan dorang suka duduk berdepan ke..? Boleh main tenung2 mata, sepak2 kaki... suap2 pun boleh apa...
Selalu tengok kat dalam tv camtu... hehehe...
Kalau kak anie suka duduk sebelah menyebelah...hehehhe
ReplyDeletehahaha...YB rajin skodeng ni....
ReplyDeleteboleh juga mereka baru berkenalan...seorang duda, seorang janda...
ngeeeeeeeeeeeeee
...ramai orang banyak ragam...namun tetap ada persamaan...
ReplyDeletepandai teka ek...
kak Erna,
ReplyDeleteSaya memang minat memerhatikan gelagat manusia. Banyak yg kita boleh dapat dari pemerhatian sebegini.
haha.. aku kalau minum tak habis mesti laki aku habiskan. Dan kalau duduk,mesti duduk sebelah menyebelah senang nak sondol2 bahu kehkeh...
ReplyDeletetime aku berpakwe dulu, aku prefer bf duduk depan. senang nk dgr ape dia ckp n pandang muka dia, kot2 la tgh mkn tetibe rindu ke HAHAHAHAHA. dok seblah2 susah laa nk bcakap, saket leher.
ReplyDeletebab kongsi air tu, x selalu sgt pun sbb ape yg aku nk minum x semestinya dia nk minum gak. dependss.... tp slalunye x kongsi.
yg halal segan, yg haram sengaja nak menunjuk ek?
ReplyDeletehheheheh..
ReplyDeleteYB bleh jadi cctv..hehhehe
Salam YB..
ReplyDeleteada yg tepat dan ada yg tepat ciri2 tu....tp biasanya bagitu laa..
saya suka dok adap mengadap senang nak komunikasi dan main mata...
mmmmmmm..... layannnnnnn
kakngah,
ReplyDeleteBagus ciri mak org tu. Tak membazir hehehe
Kakngah dan Abem pasangan yg serasi. Kalau selebriti dah boleh masuk rancangan Serasi Bersama dgn Aznil tu.
Pasangan bf dan gf tu belum kerja lagi. Itu yg tak cukup bajet gamaknya
al-lavendari,
ReplyDeleteKenapa jadi mcm tu bang?
Belum kahwin semua nak cakap kat pasangan tapi bila dah kahwin dah letih bercakap ke? hehehe
syida,
ReplyDeleteSaya hanya boleh bersimpati dgn bapak aqid hehehe
Larikksss
Auntie Yan,
ReplyDeleteWsalam.
Alamak ada yg terasa. Tapi yg itu bukan auntie Yan dan abg Din.
Baguslah kalau rancak bersembang. Dapat merapatkan lagi perhubungan.
makdara TERdiva,
ReplyDeleteTak dinafikan mmg ada pasangan suami isteri duduk sebelah menyebelah bila keluar makan. Itu terbawa2 zaman bercinta kot hehehe.
DrSinga,
ReplyDeleteRasanya takde. Sebab saya bijak undercover hehehe
Shifu,
ReplyDeleteTahniah kerana awak masih mengekalkan ciri2 pasangan berkasih.
Kalau awak habiskan makanan isteri yg tak habis, itu bagus kerana tak membazir. Tapi kalau ada anak2, ada pula yg cakap, bapak ni mcm Alam Flora huhuhu
kts,
ReplyDeleteCadangan yg bernas mcm beras bernas.
Kenapa tak tambah huruf B selepas huruf Y tu? hehehe
ibuintan,
ReplyDeleteSaya tak bersarapan sorang2. Haikal pun ada. Dia yg nak pergi kedai mamak tu ngeeeee
Adinda Amy Sensei,
ReplyDeletePandai adinda meramalkan. Boleh tolong ajarkan kanda? hehehe
gadisBunga,
ReplyDeleteKalau merayap kat roti canai takpe. Takut merayap kat tempat lain.
Alaaa buat2 tak faham pulak. Nyampah.
juliet,
ReplyDeletekenapa pula pergi takut? kts biasa aje pun hehehe
Jgn sebut pasal DNA. Sensitif isu tu skrg ngeeeee
-GC-
ReplyDeleteItu meja sempit mcm kat line clear tu. Mmglah awak duduk berdepan sebab senang nak cekau makanan cik abg awak tu hehehe
kak long,
ReplyDeletesejak jadi blogger ni hahaha
kak long no 2,
ReplyDeletekasih sayang terus mekar dan berkembang tu. Alhamdulillah. Kasih sayang ni kena dipamerkan. Tapi tak semua org sanggup buat mcm tu bila dah lama kahwin.
Kak long dan papa mmg hebat.
Kalau nak lebih hebat jgn setakat habiskan makanan yg tak habis. Bersuap2lah.
kak long no 3,
ReplyDeleteBoleh kalau mereka tu mmg suami isteri. Kalau bukan, kan dah lari tajuk hehehe
~Cik Azz~,
ReplyDeleteAda juga pasangan kekasih yg duduk berdepan tu di atas sebab2 yg awak terangkan tu.
Kat tv selalu berlaku bila pergi makan malam ke rumah bakal mertua. Yg perempuan mulalah buat aksi ayu sopan dan yg lelaki control macho.
saya sampai sekarang kalau makan dikedai samada dengan anak2 atau berdua je makan mesti duduk bersebelahan dan kadang2 suami minum air saya juga, jadi tak boleh pakai ciri2 yang macam yb sebut untuk diri saya dan mungkin ada juga orang yang macam saya cuma yb tak nampak je!
ReplyDelete