Wednesday, March 2, 2011

Mencari Sesuap Nasi

Gambar Hiasan. Ikan kelah stim seberat 3.9kg ini berharga RM1100. Hidangan kami semasa di Kuala Lipis dua minggu lepas


Pagi ini aku ke Tapah lagi mengatur pemeriksaan tapak oleh beberapa jabatan utk projek stesen minyak yg telah siap hampir 2 bulan.

Aku pergi dgn konsultan. Mula2 kami ke Lembaga Air Perak menjemput jurutera LAP dan bawa ke tapak projek. Setelah beliau selesai memeriksa tapak kami hantar beliau pulang ke pejabat.

Semasa jurutera LAP menjalankan tugasnya, pasukan dari PLUS dan LLM juga tiba utk melakukan pemeriksaan mereka. Mereka datang menaiki kereta pejabat.

Selepas menghantar jurutera LAP, kami ke Majlis Daerah Tapah utk berjumpa dan menjemput Pengarah Jab Bangunan utk melakukan pemeriksaan.

Selesai pemeriksaan kami singgah makan nasi di sebuah warung di Tapah.

Selepas makan dan menghantar Tuan Pengarah balik ke MDT, kami ke Bomba utk mengambil surat sokongan Bomba hasil dari pemeriksaan tapak 2 minggu lepas.

Skrg kami nak balik.

psst - cerita jumpa hantu mungkin lepas nilah ya. Deraf dah siap sebahagiannya.
Sent via BlackBerry from Maxis

32 comments:

  1. hurmmm rm1100? mmg panjang umo betul mkn mknan harga mcm tu....


    err tp, sedap x?

    ReplyDelete
  2. semalam kami ke ipoh dan ke taiping, singgah di kuala sepetang makan mee udang, memeng sedap udangnya besar2. balik nak singgah ke tapah tapi tak jadi aircond kereta buat hal so berpanaslah smapai kl.

    ReplyDelete
  3. sedap ke? berbaloi ke makan? kenyang sampai besok tak?

    (soklan-soklan dari org yg mampu makan roti ban ikan bilis aje huhuhu)

    ReplyDelete
  4. glamer name MDT kat tapah..kuikuikui :D

    ReplyDelete
  5. ikan tu ada rasa emas tak?
    sbb dia mahal macam emas.

    ReplyDelete
  6. salam YB
    di Tapah ada restoran Kuali, rasanya dah berpindah dia area sungai sebelah masjid sekarang ni, makanan utama pecal...

    ReplyDelete
  7. ni bukan sesuap lagi ni...

    ber suap-suap...!


    heheheh!!!

    ReplyDelete
  8. makanan org2 kaya je tu...~huhu

    ReplyDelete
  9. kalau macam tu harganya dah beribu2 suap nasi tu..

    ReplyDelete
  10. ishh. mahalnye ikangggg. gua mampu makang kepok ikang je bang.

    ReplyDelete
  11. moment no 1,

    Jarang2 ko komen tapi bila masuk terus first. Cayalah wafa.

    ReplyDelete
  12. moment no 2,

    Bukan aku yg bayar. Ada tauke ID tu. n3 aku tentang ladang pisang kat Raub tu pun dia yg punya.

    Sedaplah juga sebab ikan fresh. Tapi kalau pakai duit aku sendiri, lebih baik aku buat bayar saman hahaha

    ReplyDelete
  13. Daun Bidara,

    Kalau mampu pun tak sanggup rasanya keluarkan duit sebanyak itu utk makan seekor ikan. Betul tak?

    ReplyDelete
  14. AiTotYati,

    terkejut ke? Ikan tu sekilo RM300.

    ReplyDelete
  15. separuh gaji saya tu..tak termampu lah saya, cukup dgn tgok aje lah..huhuhuhuu...!!

    ReplyDelete
  16. sharifah rosidah,

    Dari TPG ke Ipoh dan Taiping balik hari? Ada urusan bisnes ke kat sana?
    Mee udang Kuala Sepetang tu mmg femes tapi saya belum berkesempatan merasainya. Selalu makan mee udang Sg Dua aje.

    Nasib tak hujan. Kalau tak, seksa jug takde aircond ni.

    ReplyDelete
  17. gadisBunga,

    Jawapannya semua TIDAK. OKlah rasanya bolehlah.

    Awak makan ban ikan bilis kenyang sampai malam. Mmg hebat tu.

    ReplyDelete
  18. mak aaiiii..mahal tul hrga ikan kelah tuu ekkk...

    ReplyDelete
  19. kalau dah makan baru tau harga terus tu hehe

    ReplyDelete
  20. belum makan dah pengsan, bukan sedap tapi reganya..

    hebat kawan2 YB

    ReplyDelete
  21. Tengok rega tu, tiba-tiba saya rasa nak tukar jadi nelayan jerrrr...

    Ilmu Itu Cahaya, Ia Tidak Akan Turun ke Hati yang Gelap!

    ReplyDelete
  22. huhuhu...


    jangan kata nak makan, tengok pun serammm..

    ReplyDelete
  23. tapi....


    kalau free, boleh sajek YB !

    haha..

    ReplyDelete
  24. Ikan kelah memang sedap buat stim.pernah makan ikan kelah pakcik beli dekat kapit dlm 2kg hanya RM6O sahaja YB. Isinya...pergh....

    ReplyDelete
  25. saja singgah kejap..

    org tapah tak boleh makan ikan tapah sebab mereka keturunan Pak Kadok..tak caya tanya Pak Uda Zami Ismail

    ReplyDelete
  26. apa beza ikan kelah stim dgn ikan siakap stim?


    .
    .

    .
    .
    .


    lepas makan jadi emas ke ikan kelah tu?

    ;P

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails