Thursday, March 3, 2011

Jumpa Hantu!!

Hari Ahad baru ni aku membawa famili aku ke Kuala Terengganu. Aku rasa tak ramai org sanggup makan angin jauh2 setakat cuti hujung minggu aje. Kami ni lain sikit. Dah biasa travelling jauh2. Kami pernah ke Umbai petang Sabtu utk makan ikan bakar. Lepas makan tu kami balik KL.

Ceit dah mula ke laut pula aku ni. Tajuk kata nak citer pasal hantu. Ikuti kisah seterusnya di bawah ni.

Dalam perjalanan ke KT tu kami singgah di Rantau Abang nak tengok penyu. Org kata penyu dah mula datang semula ke situ sejak kebelakangan ni. Bila kami masuk ke dalam pusat penerangan penyu tu ada seorg perempuan yg bertugas di situ sedang rancak berbual dalam hp. Bila dia nampak kami, dia pun cakap kpd kawannya, "kejap2 ada org ni."

Aku pun bagi tahu dia kami nak tengok penyu.

"Oh penyu takde sekarang ni. Musim dia dari bulan Mac sampai September." terangnya.

"Anak2 penyu takde ke yg nak dilepaskan? Boleh kami tolong ngeee" tanyaku.

"Takde. Encik kena datang pada musim dia. Telur2 tu mengambil masa 60 hari utk menetas," balasnya.

"Habis tu apa yg boleh kami tengok skrg ni?" tanyaku lagi.

"Boleh tengok pameran statik kat sini," kata dia sambil menunjukkan ke arah bilik pameran. Sebaik berkata begitu dia pun menyambung perbualan telefonnya dgn rancak sekali.

kalau nak kerja tak teruk aku nak mohon kerja kat sini

Kami pun buatlah tempat tu macam rumah sendiri! Bukan ada pelawat lain pun.

Ambil gambar mana yg patut.


Adam dan emaknya bergambar dgn penyu. Cuak juga dia nak pegang penyu keras tu


Ini pula telur penyu yg berbagai jenis. Aku gesa korang makan telur ayam ajelah. Kesian penyu yg dah nak pupus ni kalau telurnya korang makan


Hebat sungguh kuasa Allah. Anak2 penyu yg menetas ini tahu pula mengorek pasir ke atas dan seterusnya masuk ke dalam laut. Tak pernah dengar anak penyu dilanggar kereta kerana cuba melintas jalan di Rantau Abang. Ini model penetasan yg dipamerkan di pusat tersebut.

Sedang kami asyik melihat pameran di situ, Adam yg sebelum itu berlari ke sana ke mari tiba2 datang mendapatkan kami sambil menjerit, " Ada hantu!"

Mukanya pucat dan dadanya berombak kerana ketakutan.

Itulah suka merayau sendirian.

"Kat mana adik nampak hantu tu tadi?" tanya emak Adam.

Dalam nada takut2 dia memberitahu, " kat situ." sambil menunjuk ke arah satu gambar.

Kami pun memandang gambar tersebut.

































Ini dia yg dikatakan hantu oleh Adam. hehehe

56 comments:

  1. salam YB
    macam Rafael TMNT pun ada..

    ReplyDelete
  2. kalau anak aku..aku ckp ke dia "hantu ayah kau..."

    sbb ayah dia tu aku...so takpe..ahaha

    ReplyDelete
  3. hantu penyu ni jgn main².nanti dia kekoh mung.haha..

    aku selaku jkk persatuan penyu,memohon maaf kepada YB sekeluarga sebab tak dpt ertetin YB masa tu. tu la saper suh dtg masa kami semua berbulan madu di laut.hehe

    ReplyDelete
  4. salam singgah,
    dulu masa tecik2 kalu balik rumah nenek kat ganu, mesti mkn telur penyu..skrg ni tgk pun tak lalu. kesiannn....

    ReplyDelete
  5. nanananan...tenganu kite....!


    hantu penyu rupanya!

    ReplyDelete
  6. Akmal,

    Kami pun ingat dia terserempak hantu. You are not alone hehehe

    ReplyDelete
  7. relevan,

    hantu penyu mat salleh sbb nama dia penyu loggerhead. Atau mungkin penyu red indian.

    Eh Red Indian ada yg duduk tepi pantai ke? ngeeee

    ReplyDelete
  8. gadisBunga,

    nasib baik jugalah setakat gambar tu. Kalau hantu betul2, tak cukup tanah nak lari.

    ReplyDelete
  9. AZANI,

    Wsalam.

    Mmg ada mcm Rafael. Nama penyu pun Loggerhead.

    ReplyDelete
  10. Penyuk,

    Kekoh tu natang apa? ngeee

    Lama jugak korang berbulan madu. Skrg baru bulan 3. Bulan 5 baru korang nak balik ke mari. Patutlah sekali bertelur, banyak hehehe

    ReplyDelete
  11. Elyn,

    Salam kenal dan selamat datang ke blog saya ni. Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen.

    Baguslah kalau awak dah tak lalu nak makan telur penyu. Sedikit sebanyak dpt menolong melindungi haiwan terancam ni.

    ReplyDelete
  12. kak long,

    Cuti sekolah bulan Jun eloklah ke Ganu. Musim penyu bertelur. Untung2 dapat tengok penyu yg sedang bertelur dan bukan hantu penyu mcm yg Adam nampak hehehe

    ReplyDelete
  13. ibuintan,

    Tiada niat utk menipu. Cuma mungkin jalan ceritanya membuat pembaca ingat ini mcm cerita Khurafat si Shamsul tu hahaha

    ReplyDelete
  14. shaliza,

    Nasib baik Adam nampak gambar tengkorak penyu tu. Kalau nampak tengkoraknya yg betul mahu dia pengsan sbb terkejut.

    ReplyDelete
  15. AiTotYati,

    Saya pun rasa mcm tu. Penyu ni mati kena bahan kimia hehehe

    ReplyDelete
  16. tau takpe..hehe

    *kekoh = gigit

    ReplyDelete
  17. Penyuk,

    Aku cadangkan kalau nak menambah bilangan telur korang pergilah berbulan madu sampai musim tengkujuh hehehe

    Hantu pandai menggigit ek? Love bite ke? hahaha

    ReplyDelete
  18. hantu penyu datang malam ni wooo
    hehehe

    ReplyDelete
  19. hahahhaa...

    betullah YB..sekali imbas macam hantu...

    panas kan dalam Pusat Penerangan tu..


    saya ke sana bulan Nov lepas:

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2010/11/cuti-terengganu-part-2-pusat-penerangan.html

    http://alwaqiahalmulk.blogspot.com/2010/11/cuti-terengganu-part-4-melepaskan-anak.html

    ReplyDelete
  20. bila sebut penyu saya terbayang penyubiru pulak,ehehehehehe.

    ReplyDelete
  21. Tie dah tak nak makan telur penyu ni. Telur tuntung pun kita geleng kepala.

    err.. kita pun takut tengok 'hantu' penyu tu. Kesian Adam!

    ReplyDelete
  22. Hamizah,

    budak besar Adam tak tahu bezakan tengkorak penyu dan hantu. Bagi dia mungkin hantu tu mcm tu.

    Tempat pameran tu sunyi. Mmg menakutkan juga kalau sorang2.

    ReplyDelete
  23. alien,

    Mungkin jugalah sbb ni malam Jumaat kliwon ngeeee

    ReplyDelete
  24. adam nak wat lawak laaa tu YB...hehehehe....

    ReplyDelete
  25. Daddy Ziyyad,

    Itu yg Adam terkejut ingatkan hantu.
    Masa kami pergi tu tak lah panas sgt. Mungkin air cond dia dah dibetulkan.

    Bulan Nov dah lepas musim penyu bertelur tu.

    Saya ada baca n3 tu. Itulah antara n3 DZ yg terawal saya baca dan mula mengenali DZ dan Ziyyad hehehe

    ReplyDelete
  26. pB,

    awak masih makan telur penyu lagi ke? Bagi peluanglah telur2 tu menetas

    ReplyDelete
  27. juliet,

    Awak belum pernah jumpa penyubiru tapi mampu membayangkannya. Hebatlah awak ni hehehe

    ReplyDelete
  28. Tie,

    Syukur sebab Tie dah tak makan telur penyu dan tuntung. Oh ya semasa kami ke Pusat Penerangan tu ada banyak tuntung laut dipelihara dlm tangki2 besar.

    Kesian juga Adam sebab pucat dia kerana takut hantu tu.

    ReplyDelete
  29. Adinda Amy Sensei,

    Kami tak rasa Adam nak buat lawak. Dia nampak pucat dan berdedar2 masa berlari mendapatkan kami.

    Bila dah settle tu baru kami rasa geli hati pun ada ngeeee

    ReplyDelete
  30. besaor gambar tengkorak penyu tu, mana la budak tak takut.
    -Di kuantan ni ada kedai2 yg menjual telur penyu, maknanya masih ada permintaan.

    ReplyDelete
  31. ingat hantu betulsaya, rupanya yang
    ado!

    haah balik hari je, memang ada kerja, suami mewakili abang dia untuk mengadakan karnival upin n ipin dengan ict perak. so kerajaan negeri perak berbesar hati nak bekerjasama dengan syarikat abang ipar saya, kemungkinan besar dlm bulan mei nanti.

    ReplyDelete
  32. h4ni3,

    eh comel ke hantu tu? Mesti awak ni peminat ninja turtle ngeeee

    ReplyDelete
  33. Abu Aiman,
    Kalau gambarnya pun dah besar, mesti penyunya pun besar. Sayang mati pula penyu tu. Pasal besar tu yg Adam terkejut.

    Kat mana di Kuantan tempat menjual telur penyu tu? Harap ada lesen dan terkawal supaya tak pupus terus penyu gara2 org yg menggemari telurnya.

    ReplyDelete
  34. sally,

    budak perempuan yg asyik bercakap dlm hp tu lah penunggunya hehehe

    ReplyDelete
  35. otak adam memang lain dari yang lain..kreatif!

    ReplyDelete
  36. Hehehe... pandai dia takut ye...

    ReplyDelete
  37. camtu hantu labu mat saleh mlm halloween le..

    ReplyDelete
  38. sharifah rosidah,

    Kami pun ingat hantu apa yg adam nampak. Rupanya gambar tengkorak penyu.

    Abg ipar awak tauke les copaque tu ke? Mmg kreatif org2 kat sykt tu.
    Awak dah biasalah travel serata Msia ni? Kalau dah biasa, setakat Taiping tu mmg boleh balik hari.

    Bulan Jan baru2 ni ada karnival U&I di Muzium Negara. Itulah kali pertama saya bawa Adam melihat U&I. Bukan main teruja dia bila lihat maskot tu tapi bila nak didukung Adam takut pula huhuhu

    ReplyDelete
  39. Insan Marhaen,

    Kanak2 kecil melihat banyak perkara dari sudut yg berbeza dari org dewasa. Seronok juga melihat cara mereka berfikir.

    ReplyDelete
  40. aNIe,

    Itulah tak tahu duduk diam ikut kami. Nak merayau sorang2. Ambik ko jumpa hantu hehehe

    ReplyDelete
  41. nahmy,

    Ha'ah betul tu. Kalau ada tengkorak tu lagi boleh letak lilin kat dalamnya ngeeee

    ReplyDelete
  42. YB,saya pernah nampak beberapa kedai kat tepi sungai kuantan (benteng) tu jual telur penyu. Nak try makan boleh la beli =)

    ReplyDelete
  43. Abu Aiman,

    Kedai2 yg dekat stand bas tu ke? Kalau yg kat kedai makan Maria tu takde rasanya.

    Dulu pernah ada seseorg beri saya cuba telur penyu. Tapi kerana ianya tak boleh keras, rasa geli pula nak makan. Bila teringatkan anak penyu langsung hilang selera ngeeee

    ReplyDelete
  44. Salam perkenalan YB,

    seronok juga baca coretan YB, ceritanya macam saya pernah terkena masa dulu...

    ReplyDelete
  45. azmnor,

    Salam kenal. Terima kasih kerana sudi singgah dan memberi komen di blog saya ni.

    Coretan saya banyak berkisar kisah seharian saya sekeluarga. Kalau nak baca kisah politik atau ulasan dari akhbar mungkin susah jumpa kat blog ini.

    Jemputlah lagi ke sini. Mungkin ada kisah kita yg ada persamaan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails