Sunday, March 6, 2011

Ke Pasar Malam di Waktu Malam

Apa punya tajuk daa. Tapi ini aku nak story kisah aku ke pasar malam pada waktu malam semalam. Biasanya aku pergi sebelum Maghrib. Pergi siang bukan saja terang dan senang nampak apa yg nak kita beli tapi org pun tak ramai sangat.

Semalam aku balik rumah dari menjemput emak Adam dan anak2 aku pun dah pukul 7:10. Mereka kata nak ke pasar malam. Biasanya kami beli makanan bila ke pasar malam tapi semalam kat rumah nasi, lauk dan sayur tengahari masih ada lagi.

"Kalau korang nak beli makanan belilah utk sendiri aje. Ayah nak balik makan nasi kat rumah. Sayang lauk dan tauge kasar yg emak ko masak tu. Lagipun itu lagi sedap dari yg dibeli di pasar malam." kataku kpd anak2.

Sampai di pasar malam aku pun menurunkan anak isteri aku sementara aku parkirkan kereta. Jalan yg dua lorong dah tinggal satu sebab penunggang motorsikal sudah letakkan motor mereka berlapis di atas jalan. Kereta siapa yg kena hadang oleh motor2 tu menangislah kalau nak keluar.

Masa aku ke kawasan letak kereta aku nampak ada satu tempat kosong. Nasib aku baik malam tadi. Terus aku parkir kat situ.

Masa aku masuk ke kawasan pasar malam, aku dapati ramainya orang. Mungkin sebab dah dapat gaji minggu lepas. Ada juga yg baru dapat gaji hari Jumaat tu. Bersesak-sesak dan berhimpit2. Ada juga yg bawa bayi ke pasar malam. Tinggal ajelah kat rumah bayi awak tu

Aku rasa tak selesa bila berhimpit2 mcm tu. Tak kira lelaki perempuan. Tapi bagi yg gatal ini peluang baik. Cheap thrill.

Last2 aku balik ke kereta setelah berjumpa dgn anak isteri aku yg sudah membeli sedikit makanan. Haikal dan Haizam ikut aku ke kereta manakala emak Adam dan Atikah meneruskan expedisi mencari barang yg mereka mahu.

Dalam kereta itu kami belasah makan apam balik dan keropok sambil minum ABC yg dibeli. Anak2 aku juga makan kulit ayam yg digoreng. Aku tak makan sebab takut kolesterol (jangan percaya ayat ni).

Setelah setengah jam dan emak Adam dan Atikah belum juga tiba akupun call mereka. Rupanya mereka sedang membelek beg duit dan tudung.

Org perempuan ni kat situ pun jadi kalau nak shopping.

25 comments:

  1. tudung psr mlm murah & bnyk pilihan
    blh tawar menawar lg...

    ReplyDelete
  2. kakngah,

    ini rasanya kes terlebih pilih dan menawar. Itu yg lambat giler.

    Kalau saya tahu mcm tu, saya balik rumah dulu huhuhu

    ReplyDelete
  3. YB..kadang2 orang perempuan suka belek je.tapi tak beli pun..

    ReplyDelete
  4. sokong apa yg adik ipar kaklong ckp tu...

    ReplyDelete
  5. beli ke tidak itu dah faktor kedua..faktor pertama ialah dapat belek membelek dari satu gerai ke satu gerai..muda2 dulu suka juga, tapi sekarang dah tak larat hayun langkah..

    ReplyDelete
  6. waaahhh...........YB,mane nasi kerabu dan laksa penang??hehe

    ReplyDelete
  7. YB ni sama je dengan suami kita. Lebih suka makan masakan isterinya, dari beli yang dijual di pasar malam tu. Beli untuk anak-anak.

    Tapi, Tie suka pergi waktu malam. Sebab waktu siang, ramai orang perasan dan kenal, kita jadi segan nak membeli :) .

    ReplyDelete
  8. bila baca entri ini teringat saya buat karangan melawat ke zoo negara ! hehe

    ReplyDelete
  9. macam baca karangan tergantung. antiklimax betul lah!

    ReplyDelete
  10. kak Erna,

    Apa yg kak Erna cakap tu betul. Puas membelek kadang2 tak beli. Keluar masuk keluar masuk kedai, satu pun tak beli. Semalam nasib baik mereka beli. Atikah sampai 3 helai.

    ReplyDelete
  11. kak long,

    tag team kakak dan adik ipar ke ni?

    Kat Jalan TAR lagi murah kot. Tadi petang kami ke Jln Masjid India pula. Nak ke Tangkak tak jadi huhuhu

    ReplyDelete
  12. hani@debumelukut,

    Itulah antara sifat org perempuan yg org lelaki susah nak faham. Tapi setelah berbelas tahun kahwin, saya layan ajelah asalkan mereka bahagia.

    Kak Hani manalah tua sangat. Setakat tempat shopping mcm Nilai 3 tu boleh lagi hayun langkah rasanya hehehe

    ReplyDelete
  13. Adinda Amy Sensei,

    Bukankah amy dah tumpang nasi kerabu LiNda semalam? hehehe

    ReplyDelete
  14. Tie,

    Itu tandanya kami menghargai air tangan isteri masing2 hehehe.

    Sejujurnya, masakan emak Adam lebih sedap dari yg dibeli di pasar malam. Kalau dia masak cukup2 utk tengahari, barulah malam makan yg dibeli di pasar malam.

    Kalau tak sesak sebelah malam takpe. Kat sini malam terlalu ramai org. Petang ok sikit.

    ReplyDelete
  15. al-lavendari,

    Apa kena mengena pasar malam dgn zoo negara?

    Mungkin taraf entri ni mcm karangan melawat zoo negara abg masa darjah 3 dulu kot. Huwaaaaaa

    ReplyDelete
  16. gadisBunga,

    Tergantung ke? Bukan tak biasa baca entri saya yg mcm ni hehehe.

    ReplyDelete
  17. Salam YB..,

    Biasa laa tu ..... dah diaorg memang gitu....
    saya layannnnnn jer.....

    ReplyDelete
  18. YB....

    terlupa plak nak tanya ...habis taugeh kasar ngan kat rumah apa citer....hehehehe..

    ReplyDelete
  19. i kalau pegi pasar malam mesti cari benda yang i da tulis je.bersesak-sesak nak pilih benda lain macam takde mood.

    ReplyDelete
  20. azmnor,

    Wsalam.

    Oh awak pun biasa juga? Nak buat mcmana kann. Layan ajelah ngeeee

    ReplyDelete
  21. azmnor lagi,

    malam tu bila balik rumah saya dan emak Adam makan nasi. Clear tauge kasar dan lauk tu hehehe

    ReplyDelete
  22. Syida,

    Banyak ke yg awak nak beli kat pasar malam sampai kena tulis? Tapi itu amalan bagus.

    Kalau saya yg pergi dgn anak2, kami dah bincang apa yg nak dibeli dan siapa yg akan ke gerai mana. Very focus. Sekejap aje dah dapat barang yg nak dicari dan balik rumah hehehe

    ReplyDelete
  23. malas nak ke pasar malam rimas tengok orang bersesak-sesak kat situ, cuma sekali sekala bila teringin nak makan pecal baru saya pergi sbb pecal orang jawa disini sedap.

    ReplyDelete
  24. sharifah rosidah,

    Memang ada org yg tak suka tempat yg bersesak2 ni. Boleh pitam atau migrain dibuatnya.

    Pecal yg sedap mestilah buatan org Jawa. Kalau saya nak makan emak Adam akan buat yg sedap punya sebab dia pun org Jawa hehehe

    ReplyDelete
  25. kalau pergi siang..
    jadik 'pasar siang' !!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails