Tuesday, March 29, 2011

Bertambah Lagi Seorang Pemandu Wanita

Bagi sebahagian pengguna jalanraya, pemandu wanita biasanya dikategorikan sebagai pemandu yg kurang cekap dan kadang kala membahayakan. Kebanyakan yg cakap mcm tu sudah tentu org lelaki tapi ada juga org perempuan yg beranggapan seperti itu kpd kaum sejenis mereka. macamana tu?

Hal ini sering terjadi sehingga ditimbulkan di Parlimen.

Cekap atau tak cekap, bahaya atau tak bahaya sebenarnya banyak bergantung kepada sikap seseorang. Walaubagaimanpun jantina itu mungkin ada memainkan peranan kerana lelaki dan wanita dijadikan Allah tidak sama sifatnya. Harap jangan marah dengan kenyataan ini.

Hari ini Afifah telah mengambil ujian memandunya. Dia lulus! Senyum lebar dia masa balik ke rumah petang ni.

Tapi jangan haraplah dapat Swift dalam masa terdekat ini. Atikah yg dah dapat lesen penuh (tempoh lesen P dia sudah berakhir baru2 ni) pun masih berusaha mengayat aku utk dapatkan walit dia tu.

Cukuplah utk entri kali ini. Panjang2 malas org nak baca hehehe

44 comments:

  1. Pemandu wanita suka memandu dengan bahaya..dalam paper hari ini..

    ReplyDelete
  2. YB..tak jugak menambah.kadang2 ada lesen aje..memandu tak pernah..macam akak le..
    lesen pun dah berumur 22 tahun..

    ReplyDelete
  3. selalu org beranggapan mcm tulah.

    ReplyDelete
  4. pendek sangat,tak semangat nak baca...!

    ReplyDelete
  5. sungguhhh!!!
    pekara pertama yg buat seorang wanita senyum lebar bila dapat lesen memandu...rasa macam lulus ujian kat universiti...!




    maksud nya kaklong la tu...heheheh!!!

    ReplyDelete
  6. YB... puncanya sikap pemandu itu sendiri


    tak kiralah lelaki ke pompuan


    tambah satu lagi swift YB.... hehhehe

    ReplyDelete
  7. Tahniah pada afifah... hehehe... anak2 yang baru lulus periksa ni mesti tengah giler steering kata orang... asyik nak memandu je... ke kedai dekat pun nak bawak kereta...

    ReplyDelete
  8. relevan,

    Saya pun biasa jumpa mereka ini. Mula2 dulu bengang juga tapi bila dah lama ni, sabar ajelah.

    Defensive driving hehehe

    ReplyDelete
  9. kak Erna,

    Org yg baya kakak ini mmg ada yg mcm tu. Ada lesen tapi tak bawa kereta. Makcik saya pun sama. Tapi lesen terus diperbaharui.

    Tapi budak2 yg muda ni kebanyakannya akan bawa kereta samada utk pergi ke kolej atau bila dah kerja.

    Geng2 ni lah yg menambah bilangan pemandu wanita hahaha

    ReplyDelete
  10. monalea,

    Org beranggapan macam tu sebab perkara ini wujud hehehe

    Takde angin pokok takkan bergoyang

    ReplyDelete
  11. kak long,

    Hari ni sibuk sikit. Tak sempat nak tulis panjang2.

    Malam ni tadi pergi beli barang dapur. Balik lepas makan dan menonton trilogi cinta terus buat kerja.

    Skrg ni baru sempat nak balas komen. Mana sempat nak tulis panjang2 huhuhu

    ReplyDelete
  12. kak long lagi,

    Mungkin betul apa yg kak long kata. Masa ambil keputusan SPM pun Afifah rilek aje. Tadi dia senyum lebar.

    Kak long masa dapat lesen mesti tak sabar nak bawa kereta.

    ReplyDelete
  13. ibuintan,

    Betul tu. Ada pemandu yg tak berhemah dan tak tahu bertolak ansur. Mereka ingat jalan tu mereka punya.

    Kalau sampai 2 swift nak parking kat mana? Kena bawa masuk dalam rumahlah hehehe

    ReplyDelete
  14. follow driver perempuan ni samada jarakkan kereta atau potong cepat-cepat..

    ReplyDelete
  15. aNIe,

    Terima kasih bagi pihak Afifah.

    Tak tahu lagi samada dia akan giler steering atau tidak. Kat kawasan saya ni jalan selalu jam. Kalau baru dapat lesen biasanya takut sikit nak bawa kereta bila jalan jam.

    ReplyDelete
  16. Insan Marhaen,

    Satu tindakan bijak jika pemandu wanita tu jenis yg suka tekan brek w/p kereta depan dia jauh lagi huhuhu

    ReplyDelete
  17. since ada lesen, kira pemandu bertauliahlah. pada saya pemandu lelaki atau pompuan sama je, cuma lelaki lebih steady.

    ReplyDelete
  18. tahniah....utk Afifah..
    boleh lah mula berangan2 utk dapat swift.. hehe

    ReplyDelete
  19. izman,

    Sesiapa yg ada lesen tu mmg lah boleh dianggap pemandu bertauliah tapi kecekapan mengendalikan kenderaan itu berbeza.

    Saya suka awak cakap lelaki lebih steady hehehe

    ReplyDelete
  20. zino,

    terima kasih.

    Kakak dia dah dekat setahun berangan nak swift. Bolehlah Afifah join kakaknya berangan2 hahaha

    ReplyDelete
  21. i confuse afifah dengan atikah.

    ReplyDelete
  22. pemandu wanita memandu bahaya..pemandu lelaki road bully..so siapa yg memandu berhemah??? huhuhuhu

    ReplyDelete
  23. selalu dengar istilah mat rempit..

    selalu dengar driver bus lelaki...

    selalu juga terserempak dengan lelaki yg memandu laju, potong kiri kanan dengan anak kecil di dalam keretanya(tak letak dalam baby seat)... emosi!!!..

    tapi tak marah...

    ReplyDelete
  24. tahniah kepada anak tu, anak saya sampai dah tamat lesen dia pada bulan mac lepas tapi masih takut nak bawak kereta, mak dia dulu habis form five ambik lesen bila dah lulus terus bawah kereta satu bandar johor bahru, masa pindah dari los angeles ke olahoma dulu siap bawak kereta gilir2 dgn suami bukan dekat tau lebih kurang seribu lima ratus kilometer dalam masa 3 hari.

    ReplyDelete
  25. time Adam nanti...
    apaaalah kereta dia demand nanti ye...

    ReplyDelete
  26. Fifah,

    pesan kat babah kalau tak dapat swift dapat yg kechik sikit macam mini cooper pun jadi lah !!!


    ...tgk skodeng jg ni

    ReplyDelete
  27. assalamualaikum....


    pada saya pemandu wanita hebat..mereka sgt berhati2....

    ReplyDelete
  28. tahniah anak dah dpt lesen...

    lelaki pun ada yg bawak keta secara berbahaya apa?

    ReplyDelete
  29. ya ke ?


    minggu lepas..pemandu lelaki.
    ada citer tapi tak sempat buat entri lagi.

    ReplyDelete
  30. afifah mesti menuntut ilmu mengayat, baru boleh dapat swift tu!

    ReplyDelete
  31. -GC-,

    Tak setuju takpe.

    Tapi jgn lupa pakai tali pinggang bila GC memandu lain kali hehehe

    ReplyDelete
  32. KSWSK,

    Pemandu yg macam Wawa dan saya ni kot yg berhemah hehehe

    ReplyDelete
  33. fae,

    Memang kita geram bila tengok org2 yg memandu mcm yg fae cakap tu. Kalau mereka tak sayang nyawa mereka lantaklah. Tapi mereka ini menyusahkan org lain.

    Saya pun dah terikut emosi

    ReplyDelete
  34. sharifah rosidah,

    Anak awak tu lelaki ke perempuan? Mungkin dia jenis yg berhati2. Anak saya Atikah pun masa P tak nak bawa sangat kereta takut melanggar undang2. Nanti tak konfom lesen tu ngeee

    Kat USA mmg biasa travel jarak jauh ni. Awak kat LA dulu kat mana? UCLA ke dgn Judin. Skrg dia Datuk dan dah jadi Ketua Pengarah JKR.

    ReplyDelete
  35. DrSinga,

    Mungkin Adam nak Ferrari agaknya. Tapi jangan risau. Ada banyak dalam simpanan saya!

    Hari Ahad baru lepas ni baru belikan dia basikal.

    ReplyDelete
  36. ikan emas,

    eh macam awak tahu2 aje. Mmg Afifah sibuk nak kereta mini cooper tu. Bila nampak kereta tu kat jalan dia kata kereta dia huhuhu

    ReplyDelete
  37. sahrom,

    Waalaikum salam.

    Untunglah awak jumpa pemandu wanita yg hebat dan berhati2.

    Saya jumpa pemandu yg hebat dan yg tak hebat huhuhu

    ReplyDelete
  38. wahida,

    Terima kasih. Kalau pergi makan angin bersama keluarga bolehlah gilir2 memandu.

    Betul kata awak. Lelaki pun ramai juga yg memandu dgn bahaya dan menyusahkan pengguna jalanraya yg lain.

    ReplyDelete
  39. a.z.r.i.n.a,

    yalah tu. Sampai masuk Parlimen dan jadi polimik.

    Nanti bila ada masa bolehlah Reen buat n3 ttg pemandu lelaki tu.

    ReplyDelete
  40. gadisBunga,

    Dia kena menuntut ilmu tu dari emaknya. Emak Adam pandai mengayat hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails