Tuesday, February 15, 2011

Solat Tanpa Was Was

Selamat menyambut Maulidur Rasul. Marilah kita memperbaharui azam utk menjadi umat yg mengamalkan ajaran2 baginda Rasulullah s.a.w di dalam kehidupan kita demi mencari keredhaan Allah S.W.T.

Alhamdulillah di negara kita terdapat banyak masjid dan surau. Ini memudahkan kita utk menunaikan solat walaupun ketika kita berpergian. Surau2 terdapat di merata tempat seperti di kawasan R&R, di kampung2, di taman2 perumahan, di pejabat2 dan juga di stesen2 minyak.

Sempena Maulidur Rasul hari ni aku nak cerita sikit tentang surau di stesen minyak terutama di sykt kulit kerang kerana aku pernah terlibat dgnnya.

Pada tahun2 1980an dan sebelumnya, kebanyakan stesen minyak kulit kerang tidak menyediakan surau. Hanya terdapat beberapa stesen yg mempunyai surau termasuk yg disediakan oleh pengusaha stesen (dealer) terutama di Pantai Timur.

Keadaan ini berubah pada penghujung tahun 1990an apabila sykt kulit kerang mula menyediakan surau di stesen2 yg baru dan juga yg dibina semula. Sebahagian surau dibina sebagai sebahagian dari bangunan kedai dan ada pula yg dibina secara berasingan (independent stand alone building). Pada ketika itu sykt kulit kerang merupakan sykt minyak milik asing yg banyak membina surau di stesen minyak mereka.

Bahagian luar surau stand alone dgn facade yg melambangkan ciri2 Islam

Arah kiblat adalah penting di dalam merekabentuk susun atur kedudukan surau di sesebuah stesen. Pintu surau dan tempat berwudhu tidak boleh diletakkan di arah kiblat kerana ia akan mengganggu org yg sedang solat apabila ada org lain masuk/keluar surau atau mengambil air sembahyang. Selain itu, surau tidak boleh diletakkan menghadap tandas atau kebuk sampah (refuse chamber) walaupun kedua2nya di bangunan lain yg bersebelahan. Ini sebagai menghormati org yg bersembahyang.

Untuk menentukan arah kiblat, permohonan ke Jabatan Agama Islam Negeri yg berkenaan akan dilakukan. Jabatan akan menghantar juruukur bertauliah dari Jabatan Ukur dan Pemetaan utk datang dgn peralatan yg sesuai utk menentukan arah kiblat dgn tepat. Setelah arah kiblat ditentukan, satu sijil akan dikeluarkan oleh pejabat mufti utk mengesahkan bahawa arah kiblat di surau tersebut adalah tepat.

Juruukur sedang menggunakan theodelite utk menentukan arah kiblat bagi surau di stesen minyak di R&R Tapah. Di sebelah kiri adalah konsultan bagi projek tersebut

Arah kiblat ditanda sementara di atas lantai setelah diukur. Tanda arah yg kekal akan diletakkan di siling surau kemudiannya

Jika anda berhenti utk solat di surau di stesen minyak lain kali, ketahuilah bahawa segala perkara yg berkaitan telah diambil kira di dalam rekabentuk dan pembinaan surau tersebut.

33 comments:

  1. eh..
    org lain tak balik dr berarak lagi ke ??


    YB,

    ada jg projek perumahan yg tak mengambil kira perkara ini ...ada kiblat di ruma@bilik yg mengadap bilik air/tandas

    ReplyDelete
  2. ikan emas,

    Org lain kepenatan berarak lalu tertidur agaknya hehehe

    Itulah kalau akitek dan/atau pemaju tak ambil berat perkara ini. Sepatutnya kalau mereka itu beragama Islam kenalah lebih peka. Yang bukan Islam pun sepatutnya tahu perkara ni.

    ReplyDelete
  3. kaklong nak tanya..kebanyakan surau stesen2 miyak ni pun ada menyediakan kemudahan telekong bg wanita...itu semua stesen minyak ke yg punya atau ada insan lain yg bermurah hati sedekah

    ReplyDelete
  4. tapi kekadang...telekong nya sudah berbau masam...sbb tu kaklong lebih selesa bwk telekong sdri...!

    ReplyDelete
  5. as salam YB....

    singgah di malam yang dingin..apa khabar??

    YB...

    saya wat blog baru ni sebab blog lama akaunnya tak bole nak akses..so terpakse bikin blog baru..kalo YB free nanti..dtglaa melawat yee...

    http://kilauancintasangratu2011.blogspot.com

    nanti link baru tau..

    terima kasih...

    ReplyDelete
  6. Ooo...

    Sy pnh singgah kat surau ni, tp tk ingat stesen minyak kat mana... Mak sy kata bagus stesen minyak ni sbb sediakan tempat solat..

    Pasal telekung tu, selalunya mmg bawak sendiri punya la...

    ReplyDelete
  7. mcm tu...ok2..

    learned something today

    thnx uncle

    ReplyDelete
  8. kak long,

    Biasanya telekong tu milik pekerja stesen minyak tu. Ada juga yg disediakan oleh dealer. Begitu juga dgn sejadah.

    ReplyDelete
  9. kak long lagi,

    Mereka jarang2 basuh telekong tu kot. Sama mcm kain pelekat yg disediakan di surau lelaki.

    Saya pun biasanya bawa kain sendiri. Kalau tertinggal aje baru saya pinjam kain kat situ.

    ReplyDelete
  10. Adinda Amy Sensei,

    Wsalam.

    Ha'ah malam ni dingin sikit sebab petang tadi hujan lebat. Saya sihat alhamdulillah.

    Saya masuk blog lama Amy mcm dah ok aje. Cuma bila saya nak linkkan dia kata tak boleh utk masa ini. Kena cuba lagi lain kali huhuhu

    ReplyDelete
  11. dah tulis tadi tp ilang... huhuhu, tadi kabo yg sy suka ngan tandas dan surau standalone, dan meluat ngan stesen minyak old pesen yang masih kekalkan sisa kumbahan tidak diseliakan dgn baik, melambangkan betapa pengotornya rakyat malaysia :(

    ReplyDelete
  12. ~ Cik Azz~,

    Mungkin yg awak singgah solat tu bukan surau yg ini sebab stesen ni baru siap. Kebanyakan susun atur surau dan bangunan utama adalah lebih kurang sama. Mungkin disebabkan faktor itu, awak rasa telah bersembahyang di surau yg di dalam gambar tu.

    Telekung tu seeloknya bawa sendiri seperti yg awak amalkan skrg.

    ReplyDelete
  13. zaren,

    These are some of the behind the scene activities. As users, all we are interested is that everything is in order.

    (terpaksa balas cakap omputih sbb zaren komen dlm bahasa tersebut hehehe)

    ReplyDelete
  14. Mak Su,

    kesiannya mak su. Terima kasih kerana bersusah payah menulis sekali lagi.

    Surau stand alone boleh menampung 10 -15 org jemaah dlm satu2 masa bergantung kpd arah kiblat. Ianya sgt sesuai terutama bagi stesen di lebuhraya

    Tandas standalone pula boleh memuatkan lebih banyak wc. Jadi tak perlu berbaris panjang mcm di stesen yg ada satu tandas saja.

    Mmg tahap kebersihan di sebahagian stesen masih belum memuaskan. Adalah menjadi tanggungjawab dealer utk memastikan kebersihan tetapi ada yg dah give up bila pengguna sering membuat kotor atau menyebabkan lubang tandas sumbat berulang kali.

    ReplyDelete
  15. YB...saya suka dan rasa amat selesa jika solat di R & R .. kerana ruang solat yang disediakan sekarang amat nyaman selesa...

    ReplyDelete
  16. sepanjang kerjaya zino dah menyumbang dalam pembinaan beberapa surau dan masjid.. yg terakhir masjid wangsa maju tu

    ReplyDelete
  17. aNie,

    Surau di R&R agak luas dan selesa. Tapi bila musim cuti masih tak mengcukupi. Mungkin kena buat yg lebih luas.

    ReplyDelete
  18. zino,

    Alhamdulillah banyak pahala tu zino. InsyaAllah berkekalan w/p bila zino dah tiada di dunia ini.

    Saya baru 2 kali bersembahyang di masjid Wangsa Maju tu. Tak tahu zino terlibat dgn pembinaannya.

    ReplyDelete
  19. surau kat petronas genting sempah ada 1 je.
    dah lah kecik, kena kongsi laki pompuan lak tu.

    ReplyDelete
  20. Salam YB,
    baguslah semakin banyak surau, sekarang dah takde alasan org tak solat sebab tak jumpa surau (walhal sebenarnya kat mana2 pun boleh solat)

    ReplyDelete
  21. k.e.r.i,

    Tak cukup tanah kot kat situ. Tapi sepatutnya buatlah surau berasingan utk lelaki dan wanita.

    Saya tak boleh komen banyak2 sbb saya tak kerja dgn Petronas.

    ReplyDelete
  22. ~terima kasih YB sebab sudi berkongsi info ni..

    ~saya suka surau2 di stesen Shell..besar, selesa...

    ReplyDelete
  23. Abu Aiman,

    Wsalam.

    Betul tu. Skrg surau ada hampir di mana2. Antara hendak dgn tak nak aje kalau nak mendirikan solat.

    ReplyDelete
  24. Daddy Ziyyad,

    Terima kasih kembali kerana sudi membaca coretan ini dan memberi feedback.

    Surau itu dibuat besar supaya selesa org nak solat. Ada juga yg saiz minimumnya ditentukan oleh PBT.

    Saya harap inilah antara amal jariah saya utk org2 Islam semasa saya bekerja dgn sykt bukan Islam itu.

    ReplyDelete
  25. adanya surau di stesen2 minyak mmg memudahkan kite2 ni nak bersolat. jadi susah la nak bagi alasan tak solat sebab asyik on the road ke ape ke kan.

    tak sangka untuk buat surau di stesen minyak pun dibuat detail. baguslah. terasa ikhlasnya kalau surau pun diberi perhatian sebegitu rupa.

    tahniah untuk yb.

    bukan macam sesetengah tempat...surau adalah ruang yg paling tak diberi perhatian. kat mana boleh sumbat walau seselekeh mana dan sesempit mana pun...sumbat aje.

    ReplyDelete
  26. alhamdulillah.skrg ni byk hentian yg provide surau, senang utk org ramai nak solat.

    ReplyDelete
  27. salam maulidur rasul YB..

    alhamdulila makin selesa surau skrg..:)

    ReplyDelete
  28. gadisBunga,

    Alhamdulillah di negara kita mmg banyak disediakan tempat utk solat.

    Dah alang2 nak buat sesuatu itu kenalah dgn sebaik mungkin. Masa saya jaga Jab Kejuruteraan di sykt kulit kerang, saya akan teliti setiap susun atur bangunan di stesen minyak yg akan dibina dan pastikan surau di tempat dan arah yg sebaik2nya. Semoga Allah menerima amal yg tak seberapa dari hambaNya yg jahil lagi banyak dosa ini.

    ReplyDelete
  29. -GC-,

    Rahmat Allah tu sebenarnya utk kita.

    ReplyDelete
  30. cikceriacorner,

    Wsalam. Di kebanyakan masjid dan surau masih berlangsung sambutan Maulidur Rasul. Surau kami sambutan pada malam esok.

    Kesedaran semakin baik di dalam menyediakan kemudahan yg selesa utk kita beribadat.

    ReplyDelete
  31. zafi,

    Salam maulidur rasul.

    Maaf lambat balas. Tapi sambutan maulid masih rancak berjalan di masjid2 dan surau2.

    Dan yg lebih penting kita kenalah menghayati ajaran baginda s.a.w.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails